KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 14 Ogos 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

Jangka hayat bertambah punca pencen tak cukup

Dua cabaran utama sistem pencen Malaysia ialah jangka hayat rakyat negara ini yang semakin panjang dan terhakisnya struktur keluarga tradisional.

Kaji selidik Allianz Asset Management berhubung sistem pencen negara ini mendapati, sejak 1950-an, purata jangka hayat rakyat negara ini meningkat ketara, daripada 54 tahun kepada 73 tahun bagi lelaki, dan 56 kepada 77 bagi wanita.

 Ketua Pencen Antarabangsa di Allianz Asset Management AG, Brigitte Miksa, berkata jangka hayat yang lebih panjang itu mendedahkan pesara dengan ketidakcukupan aset untuk membiayai sisa hidup mereka dalam tahun-tahun tambahan berikutnya.    BERITA HARIAN ONLINE

Bali kembangkan ekonomi kreatif

Seorang perajin menyelesaikan pembuatan kain corak Bali, di kawasan Sukawati, Bali

Seorang perajin menyelesaikan pembuatan kain corak Bali, di kawasan Sukawati, Bali

Denpasar (ANTARA News) – Kegiatan ekonomi kreatif dalam pembangunan industri kecil dan kerajinan rumah tangga di Bali mampu memberikan kesan positif terhadap ekonomi Bali yang tumbuh cukup pesat.

“Usaha ekonomi kreatif yang digeluti seniman dan perajin Bali mampu memberikan kesan susulan dari pesatnya sektor pelancongan, di samping menembusi pasaran eksport,” kata Kepala Badan Pusat Statistik (BPS) Provinsi Bali, Gede Suarsa, di Seremban, Isnin.

Ia mengatakan, dengan pembangunan ekonomi kreatif yang disokong sektor pertanian, pelancongan serta sektor jasa-jasa mampu menjadikan Bali sejajar dengan bandar-bandar besar yang lain di Indonesia.

Bali tidak mempunyai sumber minyak dan gas bumi (migas), namun dengan pembangunan industri kreatif serta sektor pertanian dan pelancongan mampu meningkatkan kesejahteraan masyarakat.    ANTARA NEWS ONLINE

KJRI di Sabah beri perhatian serius operasi buru PATI oleh Malaysia

JAKARTA: Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) di Sabah memberi perhatian serius terhadap rancangan Kementerian Dalam Negeri Malaysia untuk mengadakan operasi bersepadu secara besar-besaran bagi memburu pendatang tanpa izin di Malaysia, selepas perayaan Aidilfitri ini.

Konsul Jeneral Indonesia di Kota Kinabalu, Sabah, Soepeno Sahid berkata sebagai langkah persediaan, KJRI di Sabah membentuk pasukan petugas Tenaga  Kerja Indonesia bagi menangani perkara itu dan menyusun beberapa langkah antisipatif jika ada tindakan pengusiran yang melibatkan warganegara Indonesia.

KJRI di Sabah meminta warganegara Indonesia di negeri itu supaya tetap tenang bekerja walaupun ada rancangan pihak berkuasa Malaysia untuk memburu pendatang tanpa izin, Soepeno dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Antara, pada Isnin.   NEW SABAH TIMES ONLINE

Senjata racun, biologi ancam keamanan

KUALA LUMPUR – Malaysia memberi amaran bahawa kewujudan senjata maut biologi dan toxin serta potensi penyalahgunaannya mencetuskan ancaman terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Ini ditegaskan oleh delegasi Malaysia di mesyuarat pakar-pakar kumpulan negara-negara ke Konvensyen Senjata Biologi (BWC) di Geneva, Switzerland semalam.

Menurut kenyataan kepada Bernama oleh Kementerian Luar hari ini, Malaysia percaya ancaman itu semakin meningkat berikutan kemajuan pesat di bidang sains dan teknologi.

Oleh itu, kata kenyataan itu, perlu wujud kerjasama saintifik dan teknologi antara wakil-wakil negara ke konvensyen itu bagi menentang penyakit berjangkit dan menangani ancaman keganasan bio.   SINAR HARIAN ONLINE

Banyak Nonton TV Ancam Kemampuan Anak

82Anak-nontontvdi kamar-today.comPenelitian terbaru yang dilakukan University of Montreal menyimpulkan bahwa bagi bayi berusia dua tahun, setiap satu jam kelebihan menonton dari batas waktu dua jam menonton dapat mengakibatkan dampak negatif pada kemampuan akademiknya serta dia lebih berisiko di-bully.

Hal tersebut disebabkan mereka tidak cukup mampu mengikuti proses membesarkan diri karena masalah konsentrasi dan fisik yang tidak sehat bugar.

Penelitian yang dipimpin Profesor Linda Pagani itu merupakan studi pertama yang menemukan hubungan antara terlalu banyak menonton televisi dan risiko bayi yang miskin keterampilan motorik serta bermasalah dalam psikososial.    Dalam penelitian itu diingatkan orang tua agar membatasi balita menonton televisi tidak lebih dari dua jam TV sehari.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Tahanan militan kongsi cerita loloskan diri

Encik Tung Wee Jie: Menunjukkan keadaan tangannya yang 'penuh' dengan gigitan nyamuk

Encik Tung Wee Jie: Menunjukkan keadaan tangannya yang ‘penuh’ dengan gigitan nyamuk

PORT DICKSON: Seorang pengurus ladang yang ditahan selama sembilan bulan oleh kumpulan pelampau Islam Filipina berkongsi tentang bagaimana beliau berjaya melarikan diri dengan memotong rantai besi kakinya menggunakan sudu.

Encik Tung Wei Jie, 26 tahun, diculik pada November lalu bersama sepupunya, Encik Tung Wei Fei, 34 tahun sebelum ditemui awal minggu lalu di pulau selatan Filipina, Jolo, dan pulang ke Malaysia kelmarin.

Menurut Encik Tung, sepupunya, Encik Tung Wei Fei, yang menghidap tekanan darah tinggi, dibawa pergi oleh penculik mereka April lalu dengan alasan akan membawanya ke hospital.

Katanya, beliau tidak tahu apa yang berlaku kepada sepupunya tetapi polis Filipina Selasa lalu mengesahkan bahawa sepupunya itu telah meninggal dunia kerana sakit.

Encik Tung, yang mengadakan sidang media di rumah bapa saudaranya di sini kelmarin, berkata beliau berusaha mencari jalan untuk lari kerana setiap hari mendengar penculik mahu membunuhnya dengan pelbagai cara, termasuk mahu menghumbannya ke laut, menembak atau menetak dengan parang.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Majikan Perlu Pastikan Pembantu Rumah Terlatih – Kedutaan Besar Indonesia

KUALA LUMPUR: Majikan di negara ini yang berhasrat mendapatkan khidmat pembantu rumah warga Indonesia dinasihat agar terlebih dahulu memastikan bakal pembantu itu sudah terlatih secukupnya.

Ini bagi mengelakkan berlaku kes dera terhadap mereka yang sebelum ini ada juga kaitan dengan ketidakupayaan pembantu rumah tersebut melaksanakan kerja-kerja rumah, kata Kaunselor Perhubungan Kedutaan Besar Indonesia di sini, Dino Nurwahyudin.

“Jika diperhati, majikan di Malaysia sebenarnya suka langsung mendapatkan khidmat pembantu rumah ini daripada agensi tanpa memeriksa kompetensi mereka untuk bekerja.

“Bila sampai ke rumah baru mereka sedar bahawa pembantu rumah ini tidak bisa melakukan apa-apa lantas mengakibatkan mereka emosional lalu mendera,” katanya.    mStar Online

Bedah Perut Penyelundup, Dokter Rusia Curi Paket Heroin

2206467Pembedahan780x390MOSCOW, KOMPAS.com – Polis Rusia, Selasa (13/8/2013), mengatakan telah menangkap seorang doktor bedah asal Siberia yang diduga mencuri heroin yang baru saja diambilnya dari perut seorang penyeludup narkotik.

Doktor bedah yang bekerja di sebuah rumah sakit di bandar kecil Bogotol, kira-kira 3,000 km sebelah timur Moscow, ditangkap saat tengah mabuk berat. Demikian laporan Polis Krasnoyarsk, Siberia.

Sebelumnya, doktor itu melakukan sebuah pembedahan untuk mengambil pakej heroin dari perut seorang lelaki atas permintaan polis.

Namun, kemudian polis menyedari sejumlah heroin dari perut penyeludup itu hilang.    KOMPAS ONLINE

Imam Madrid Sebut RI Contoh Islam yang Harmonis

muslim_indonesia_ilustrasi_101102151248REPUBLIKA.CO.ID, LONDON – Imam di Masjid Utama (Mezquita Central) di Madrid, Riay Tatary Bakry menyebutkan Indonesia merupakan contoh tempat Islam dapat berjalan harmonis dengan pemodenan.

Hal itu disampaikan Imam Masjid di Madrid sehubungan dengan perayaan Hari Raya Aidil Fitri 1434 Hijriyah yang diadakan KBRI Madrid, hujung minggu, ujar Koordinator Fungsi Penerangan, Sosial dan Budaya KBRI di Madrid, Consellor T. Satrio Nugroho di London, Selasa (13/8).

Imam Tatary menyebutkan, di Sepanyol terdapat lebih daripada 1.6 juta warga Muslim yang melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan dan melaksanakan shalat Idul Fitri.

Di Sepanyol baru terdapat sebanyak 12 masjid, sedangkan di Madrid terdapat dua masjid iaitu Masjid Utama dan Masjid Pusat Budaya Islam / Mesquita Centro Cultural Islamico.    REPUBLIKA ONLINE

Keselamatan di selatan Thai ditingkat

BANGKOK 12 Ogos – Tahap keselamatan di tujuh daerah utama di selatan negara ini, hari ini ditingkatkan selepas berlaku serangan bom ke atas kilang pengisian semula gas di Narathiwat, semalam.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Pusat Kawalan Operasi Keselamatan Dalam Negeri, Kawalan Barisan Hadapan Serantau Keempat, semalam yang melibatkan tujuh daerah di empat wilayah di selatan negara ini.

Daerah terbabit adalah Muang dan Betong di Yala, Muang, Pattani selain Muang, Tak Bai dan Sungai Golok di Narathiwat serta Hatyai, Songkhla.    UTUSAN ONLINE

Serangan Ekstremis, Resahkan Muslim Perancis

Muslim Perancis

Muslim Perancis

Perancis | POL – SEBUAH serangan penembakan yang gagal yang dilakukan kumpulan pelampau anti-Muslim telah meresahkan kalangan Muslim Perancis, takut terjadi adanya lonjakan serangan terhadap masjid dan kehidupan mereka.

“Ada keinginan yang jelas ini untuk menyakiti komuniti Muslim,” kata Kamel Kabtane, rektor Masjid Agung Lyon, seperti dilaporkan Reuters pada hari Isnin, 12 Ogos.

“Gangguan ini mulai terang-terangan. Rasanya seluruh organisasi harus bersatu memikirkannya,” katanya, sambil menambah bahawa telah terjadi dua gangguan kecil yang telah dilakukan kumpulan pelampau terhadap masjid di tenggara Perancis pada hujung minggu.

Komen Kabtane diucapkan semasa mesyuarat dengan para pemimpin Muslim di bandar Lyon, Perancis.    PELITA ONLINE

2 comments on “Menarik di akhbar online SERANTAU – 14 Ogos 2013

  1. Howdy I am so thrilled I found your website, I really found you by
    error, while I was looking on Digg for something else, Regardless I am here now and would just like to say thanks for
    a remarkable post and a all round enjoyable blog (I also love the theme/design), I don’t have time to look over it all at the minute but
    I have book-marked it and also added your RSS feeds,
    so when I have time I will be back to read more, Please do keep
    up the awesome jo.

  2. pizza hut coupon code
    Januari 19, 2014

    For most recent news you have to visit internet and on internet I found this web site as a best
    website for hottest updates.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Ogos 14, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: