KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 19 Ogos 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

10 wilayah terpilih penonton terbaik perarakan budaya

Pawai Budaya Nusantara 2013 digelar di Jakarta, Minggu (18/8)

Pawai Budaya Nusantara 2013 digelar di Jakarta, Minggu (18/8)

Jakarta (ANTARA News) – Kontinjen sepuluh wilayah terpilih sebagai penonton terbaik dalam perarakan budaya Nusantara 2013 bertema “Budaya Pemersatu Bangsa” di Jakarta, Minggu, yang diikuti oleh seluruh provinsi di Indonesia.

Ke sepuluh wilayah itu adalah DKI Jakarta, Jawa Timur, Jawa Barat, Daerah Istimewa Yogyakarta, Jambi, Lampung, Sumatera Barat, Sumatera Utara, Sulawesi Barat, dan Jawa Tengah.

Sebagai bentuk penghargaan kontinjen budaya dari 10 wilayah itu menerima piala dari Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada akhir acara.

Sebelumnya, Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif menyatakan bahawa Dewan Juri akan memilih 10 penonton terbaik dengan mempertimbangkan beberapa kriteria pemilihan, yakni konsep garapan, kreativiti, dan penampilan pasukan secara keseluruhan.    ANTARA NEWS ONLINE

MKN diarah selaras usaha bawa keluar rakyat Malaysia di Mesir

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengarahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyelaras persiapan yang melibatkan agensi kerajaan dan swasta bagi membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir berikutan keadaan tidak menentu di negara itu.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri petang ini, satu pasukan telah dihantar ke Mesir bagi menyelaras perjalanan proses ini dan sehingga kini dianggarkan seramai 3,300 rakyat Malaysia yang masih berada di negara bergolak itu.

Pasukan ini diketuai Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab, telah berlepas ke Kaherah, Mesir bagi menilai keperluan evakuasi dan situasi keselamatan rakyat Malaysia di Mesir.    BERITA HARIAN ONLINE

Bazar Amal Pusat Ehsan 30 Ogos ini di Taman Jubli

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajah Maryam sekali lagi akan menganjurkan Bazar Amal ke-8 pada 30 Ogos hingga 1 September ini, bertempat di Taman Jubli, dekat sini.

Ini akan menjadi kali kedua acara amal itu diadakan di Taman Jubli, di mana kupon-kupon akan boleh dibeli pada harga $5 bagi setiap buku kecil, yang mengandungi lima kupon bernilai $1. Kupon-kupon berkenaan akan dapat digunakan bagi pelbagai aktiviti yang telah disediakan pada hari itu nanti.

Menurut kenyataan Pusat Ehsan yang dikeluarkan di sini, dalam memeriahkan lagi acara amal itu, beberapa pertandingan akan diadakan di sekitar taman tersebut.    MEDIA PERMATA ONLINE

Proton Suprima S ‘hatchback’ serba lengkap, penuhi kehendak pengguna

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Proton Holdings Bhd. (Proton) hari ini melancarkan model ‘hatchback’ terbaharunya, Proton Suprima S berenjin 1.6 liter berharga antara RM76,338 seunit hingga RM79,638 seunit.

Nama Suprima yang dipinjam daripada kata asal Inggeris supreme yang membawa maksud tertinggi dilihat sesuai kerana model itu memiliki semua kehendak serta keperluan semasa lebih moden sekarang.

Kereta terbaharu ini merupakan model dilengkapkan dengan produk terkini yang tidak pernah dimiliki model Proton terdahulu seperti lampu siang (DRL), Android-based Operating System, lampu LED di belakang dan Hill-hold Assist serta Park Assist bagi varian premium.

Proton Suprima S merupakan sebuah model lima pintu yang dinamik serta memiliki reka bentuk luaran dan dalaman yang sporty lagi premium dengan prestasi enjin yang unggul.    UTUSAN ONLINE

31 maut apabila feri karam

Seorang pegawai perubatan mengendung bayi berusia tiga bulan, Trisia Mae Kumaro, yang telah diselamatkan

Seorang pegawai perubatan mengendung bayi berusia tiga bulan, Trisia Mae Kumaro, yang telah diselamatkan

CEBU (Filipina): Sekurang-kurangnya 31 maut dan lebih 170 orang masih hilang apabila sebuah feri karam di sini akibat bertembung dengan sebuah kapal kargo, malam kelmarin.

Feri Thomas Aquinas dilaporkan membawa 831 penumpang ketika berlanggar dengan kapal kargo berkenaan berdekatan Pelabuhan Cebu.

Kapal kargo yang membawa 36 krew itu bagaimanapun tidak tenggelam.

Para pengawal pantai bersama kapal tentera, serta nelayan setempat, berjaya menyelamatkan lebih 620 penumpang dari perairan di situ.

Sehingga lewat semalam, lebih 170 penumpang masih hilang.    CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Publik Ingin Penetapan 1 Ramadhan dan 1 Syawal dari Awal

Peneliti Lingkaran Survei Indonesia (LSI) Rully Akbar

Peneliti Lingkaran Survei Indonesia (LSI) Rully Akbar

JAKARTA, KOMPAS.com – Majoriti masyarakat menginginkan kepastian awal Ramadhan dan Syawal lebih awal. Hal ini dikarenakan masyarakat ingin lebih leluasa membuat rencana kewangan dan masa cuti di hari raya.

Penyelidik Lingkaran Survei Indonesia (LSI) Rully Akbar mengatakan, dalam kaji selidik yang dilakukan, sebanyak 52,05 peratus responden menginginkan kepastian 1 Ramadhan dan 1 Syawal diketahui lebih awal, sedangkan 34,10 peratus menginginkan penetapan itu dilakukan saat mendekati pelaksanaannya (H minus 1) , dan 13,85 peratus responden lain tidak memberikan jawaban.

Lebih jauh, Rully menyampaikan, sekurang-kurangnya ada tiga alasan yang diungkapkan para responden mengapa ingin mengetahui kepastian awal Ramadhan dan Syawal lebih awal. Maklumat yang diketahui sejak awal akan membuat semuanya lebih terancang, keilmuan sudah boleh meramalkan masa secara tepat, dan kerana awam percaya bahawa penentuan awal puasa serta Lebaran sejak jauh hari juga sah secara agama.   KOMPAS ONLINE

Beli senjata dalam talian

Seremban: Seorang ahli perniagaan berusia 35 tahun yang ditahan kerana memasukkan syabu ke dalam rokoknya, didapati turut menyimpan dua senapang, dua mesingan, sepucuk pistol berserta senjata lain ketika serbuan ke rumahnya di Bandar Enstek, Nilai, dekat sini, jam 11 pagi kelmarin.

Sumber polis berkata, pihaknya yang menerima maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah oleh suspek menyerbu rumahnya sebelum menemui beberapa senjata berat yang disimpan di kediamannya.

“Ketika penahanan awal, kami mendapati suspek memasukkan syabu ke dalam rokoknya. Pemeriksaan seterusnya mengejutkan kerana kami menemui dua senapang, dua mesingan, sepucuk pistol serta beberapa senjata lain,” katanya.    myMetro Online

Dirgahayu RI Ke-68

Gusti Elvira Ramadhanti mencium Merah Putih dalam Pengkuhan Paskibraka di Istana Negara, Kamis (16/8).

Gusti Elvira Ramadhanti mencium Merah Putih dalam Pengkuhan Paskibraka di Istana Negara, Kamis (16/8).

Jumat, 16 Ogos: BESOK seluruh bangsa Indonesia merayakan ulang tahun kemerdekaan Republik Indonesia ke-68. Pelbagai jenis acara telah disiapkan warga, tidak hanya di bandar-bandar, tetapi hingga ke pelosok kampung, bahkan ke sudut-sudut pulau terpencil sampai ke puncak bukit yang sejuk dan sepi.

Kemerdekaan adalah anugerah. Ia seperti mahkota yang terus diusung, disanjung, sekaligus menjadi arah perjuangan bangsa ke depan. Meski terjadi berbagai benturan di antara sesama warga bangsa, mahkota itu tetap menyatukan kita dan senantiasa menjadi penjuru cita-cita bersama sebagai bangsa dan negara merdeka.

Perjalanan sejak 1945 sudah sangat panjang, bahkan melelahkan. Tidak sedikit korban yang jatuh atas nama kemerdekaan ini, mungkin ribuan bahkan jutaan orang tewas kerana mempunyai tafsir sendiri-sendiri dalam mengisi kemerdekaan ini. Satu sama lain merasa paling berhak menafsirkannya sehingga orang lain dipandang menyimpang, sehingga harus mengikutinya, bahkan disingkirkan bila perlu.    SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Mesir berdarah: NGO desak campur tangan PBB

Mohd Azmi Abdul Hamid

Mohd Azmi Abdul Hamid

ALOR SETAR – Empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) segera campur tangan bagi menghentikan pergolakan yang berlaku di Mesir, yang menyaksikan berlaku pertumpahan darah sesama Islam.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, desakan perlu dibuat terhadap PBB agar Setiausaha Agungnya, Ban Ki Moon memanggil Majlis Keselamatan PBB untuk mengadakan mesyuarat tergempar.

“PBB wajar ambil tindakan serta merta untuk menghentikan keganasan dan pembunuhan beramai-ramai selain untuk memulihkan semula demokrasi di Mesir,” katanya.

Menurutnya, piagam itu mengizinkan PBB untuk mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan sanksi dan tindakan ketenteraan untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera dan polis Mesir.    SINAR HARIAN ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Ogos 19, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: