KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online Seratau – 22 Ogos

Klik pada tajuk akhbar untuk erita lengkap

Media Berperanan Wujudkan Keamanan Dunia

24210813-mediaJAKARTA – Direktur Jenderal Diplomasi Publik Kementerian Luar Negeri RI AM Fachir menyerukan agar seluruh media di Indonesia memiliki visi dan misi negara. Hal ini dipandangnya sangat penting dalam mewujudkan perdamaian di kawasan maupun global.

Dalam kesempatan Forum Publik Kongres Diaspora II dengan tema “Demokrasi, Pemerintahan yang Baik dan Kemajemukan” di Jakarta, Selasa (20/8), Fachir mencontohkan gejolak di Timur Tengah sebagai dampak dari pemberitaan media.

“Lihat saja revolusi yang terjadi di Arab, itu mulainya juga dari media sosial. Sekelompok orang menggunakan Twitter dan Facebook untuk menjatuhkan rezim berkuasa,” tuturnya.

Mengingat ada cukup banyak warga dunia yang menggunakan jejaring sosial, Fachir menyerukan agar dalam menampilkan Indonesia yang baik, media perlu mengingat perannya sebagai pendidik masyarakat.  SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Jangan cabar polis – Abdul Rahim

ops cantasPULAU PINANG 21 Ogos – Polis memberi amaran kepada semua pihak termasuk kumpulan kongsi gelap supaya tidak cuba mencabar pasukan keselamatan itu berikutan operasi membanteras jenayah secara besar-besaran yang sedang dilaksanakan.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi (gambar) berkata, terdapat pihak cuba mempertikaikan tindakan pasukan itu menembak mati lima penjenayah dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan Pantai Jerejak kelmarin.

Beliau turut memaklumkan pihaknya telah mengenal pasti identiti mereka yang mencabar polis termasuk mempamerkan kain rentang dengan lambang kongsi gelap ketika upacara pengebumian lima penjenayah terbabit semalam.

“Kita memperoleh maklumat melalui risikan yang dilakukan termasuk rakaman video ketika mereka berarak semasa pengebumian itu.

“Selain itu, kita juga menerima beberapa laporan berkaitan perarakan terbabit dan tindakan lanjut akan diambil mengikut Seksyen 42 Akta Pertubuhan 1966,” katanya.    UTUSAN ONLINE

23 banduan diberkas semula

MEDAN: Pasukan keselamatan Indonesia berjaya mengawal semula penjara sesak di bahagian barat Indonesia berikutan tercetusnya rusuhan semalaman.

Mereka dapat menangkap semula kira-kira 23 banduan yang meloloskan diri dalam insiden itu, kata pihak berkuasa semalam.

Rusuhan itu tercetus pada petang kelmarin di Penjara Labuhan Ruku, yang dibina untuk menempatkan sekitar 300 banduan tetapi kini mempunyai lebih 850 tahanan, kebanyakan daripadanya pengedar dadah.

Ketua polis setempat, Leftenan Kolonel (Lef-Kol) Japerson Sinaga, berkata rusuhan itu bermula apabila seorang warden dipukul oleh sekumpulan banduan yang baru dipindahkan ke penjara itu dari penjara lain.

Banduan-banduan itu membakar penjara di wilayah Sumatera Utara itu.    CYBERITA ONLINE SINGAPURA

‘Tiada kaedah baru diperkenal BNM’

image (4)KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) tidak akan memperkenalkan langkah baru untuk mengurangkan hutang isi rumah kerana langkah yang ada sekarang sudah mencukupi dan telah memberikan keputusan yang dijangka, kata Gabenor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

“Tidak, kami belum memperkenalkan langkah-langkah begitu. Kami telah memperkenalkan langkah itu dahulu dan itulah yang sedang dilaksanakan dan kita telah melihat bahawa hutang isi rumah telah menyederhana sedikit.

“Ini adalah hasil yang mahu kita lihat,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pertumbuhan suku kedua negara di sini hari ini.

Zeti berkata demikian ketika mengulas tentang desas desus bahawa BNM mungkin akan memperkenalkan lebih banyak langkah untuk mengekang hutang isi rumah.    SINAR HARIAN ONLINE

Banjir lumpuhkan Manila

"Bot” buatan sendiri untuk menyeberangi jalan raya yang dilanda banjir di Manila

“Bot” buatan sendiri untuk menyeberangi jalan raya yang dilanda banjir di Manila

MANILA, 19 Ogos (AFP) – Hujan lebat telah menutup kebanyakan bandar Filipina hari ini ketika air sehingga ke paras leher melanda beberapa bahagian di Manila, manakala banjir di kawasan perladangan utara telah meragut satu jiwa.

Sekolah, pejabat kerajaan dan bursa saham di bandar besar yang dihuni oleh 12 juta orang ditutup ketika dalam keadaan bersiap sedia dikeluarkan, tahap tertinggi sistem amaran yang mana banjir meluas diramalkan.

“Kami berusaha menyelamatkan apa saja yang kami mampu. Tetapi ia berlaku dengan tiba-tiba,” J R Pascual, ayah kepada empat orang anak memberitahu wartawan ketika dia cuba mengambil kebanyakan harta benda paling penting dari rumahnya yang ditenggelami air hingga ke paras pinggangnya.    MEDIA PERMATA ONINE

Sebar Syiah di taska

Ipoh: Pengikut dan pendukung kuat ajaran Syiah yang diharamkan di negara ini dikesan cuba menyebarkan fahaman itu kepada golongan kanak-kanak terutama kepada mereka yang masih belajar di peringkat pra-sekolah atau tadika.

Taktik halus menyebarkan ajaran Syiah itu dikesan Unit Kajian Syiah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang mendapati ada pihak yang cuba menyebarkannya ke beberapa sekolah atau tadika di Lembah Klang.

Ketua ISMA Mohamad Ismail berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati terdapat 13 tadika berorientasikan pendidikan Islam di sekitar Lembah Klang dikenal pasti menerapkan fahaman Syiah pada kanak-kanak.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya juga mengesan sekolah tahfiz dan agama di beberapa negeri termasuk Perak dan Johor dipergunakan bagi menyebarkan unsur fahaman Syiah.    myMetro Online

Lima mahasiswa Universitas Brawijaya jual ginjal demi uang kuliah

Lima mahasiswa yang berniat untuk menjual ginjal melakukan aksi di depan kantor Rektorat, Universitas Brawijaya, Malang, Jawa Timur, Selasa

Lima mahasiswa yang berniat untuk menjual ginjal melakukan aksi di depan kantor Rektorat, Universitas Brawijaya, Malang, Jawa Timur, Selasa

Malang (ANTARA News) – Lima mahasiswa Universitas Brawijaya Malang merancang menjual ginjalnya untuk membayar sumbangan penyelenggaraan pendidikan (SPP) yang menurut mereka terlalu mahal.

Rancangan tersebut terungkap ketika mahasiswa menggelar unjuk rasa di depan gedung rektorat Universiti Brawijaya, Selasa.

“Ada lima rakan kami yang berniat menjual ginjalnya agar boleh membayar SPP,” kata penyelaras aksi protes pemberlakuan wang kuliah tunggal (UKT), Nano.

Dia dan sebahagian besar mahasiswa, termasuk mahasiswa baru, menilai pemberlakuan UKT memberatkan orang tua.

Penyelesaian yang ditawarkan pihak rektorat iaitu menggunakan pinjaman bank undian para mahasiswa justru menambah beban orang tua.    ANTARA NEWS ONLINE

Padah enggan bayar saman

KUALA LUMPUR – Polis akan mengambil tindakan tegas dengan membatalkan lesen memandu 1.7 juta pengguna jalan raya di seluruh negara selepas mereka didapati enggan melunaskan saman walaupun nama masing-masing sudah disenaraihitamkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ekoran sikap pemandu yang enggan melunaskan saman atas kesalahan trafik yang dilakukan.

Katanya, tindakan itu akan ditumpukan terhadap penunggang motosikal dan pemilik kenderaan komersial yang banyak menyumbang kepada jumlah kemalangan maut pada Ops Selamat 3 sempena Aidilfitri baru-baru ini.

“Tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang degil untuk membayar saman tertunggak. Jangan salahkan kami jika lesen sudah ditarik semula.    KOSMO ONLINE

24 PTI ditahan

LAHAD DATU: Polis menahan 24 lelaki Pendatang Tanpa Izin (PTI) semasa melakukan serbuan di dua lokasi berasingan sekitar bandar ini menerusi Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah,di sini, pada awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supritendan Shamsudin Mat berkata,operasi selama lapan jam bermula seawal pukul 4 pagi dan berakhir 12 tengah hari itu melibatkan 79 anggota terdiri Polis,SSPDRM, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan pasukan Rela.

Operasi katanya, diketuai oleh Insp. Ali Husin Sahina selaku Ketua Bahagian Ketenteraman Awam (KBKA) dan Ketua Trafik Daerah (KTD) bersama Ketua Bahagian Siasatan dan Pendakwaan JPN Kota Kinabalu, Shamsuddin Erang.

Beliau memberitahu, sepanjang operasi itu dilaksanakan pihaknya telah melakukan empat serbuan dan turut memeriksa 62 orang termasuk lelaki dan wanita.    NEW SABAH TINES ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Ogos 22, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: