KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online Seratau – 26 Ogos

Klik pada tajuk akhbar untuk erita lengkap

“Gula” Jakarta Lebih Manis

PERIKSA WARGA PENDATANG

PERIKSA WARGA PENDATANG

Arus urbanisasi ke DKI Jakarta dan kota-kota besar lainnya makin tak terbendung. Untuk Jakarta saja, jumlah warga baru yang datang setelah Lebaran 2013 diperkirakan mencapai 1 juta jiwa.

Angka urbanisasi 1 juta ini pertama kali dilontarkan oleh pejabat Kementerian Perhubungan berdasarkan perhitungan jumlah penumpang arus balik Lebaran 1434 H yang baru lalu.
Angka perkiraan jumlah pendatang juga diperoleh berdasarkan hasil survei Dinas Kependudukan dan Catatan Sipil (Dukcapil) DKI Jakarta dan Kepolisian Daerah Metro Jakarta Raya (Polda Metro) usai Idul Fitri pertengahan Agustus lalu di titik keluar-masuk, seperti terminal, stasiun, bandara, pelabuhan, dan gerbang tol. Diperkirakan pendatang baru di Jakarta mencapai 36.000 orang.    SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

AS siap sedia serang Syria

Gambar 23 September 2008 merakamkan kapal perang USS Ramage, USS Carter Hall dan USS Roosevelt melalui Terusan Suez

Gambar 23 September 2008 merakamkan kapal perang USS Ramage, USS Carter Hall dan USS Roosevelt melalui Terusan Suez

WASHINGTON 24 Ogos – Amerika Syarikat (AS) dipercayai sedang bersiap sedia untuk melancarkan operasi ketenteraan ke atas Syria, ketika armada perang negara itu dilihat sedang mengukuhkan kedudukannya di Laut Mediterranean.

Setiausaha Pertahanannya, Chuck Hagel membayangkan, Pentagon telah menggerakkan tenteranya ke suatu kawasan menjelang kemungkinan tindakan ketenteraan dilancarkan ke atas Syria, walaupun Presiden Barack Obama menyuarakan tindakan berhati-hati.

Menurut Hagel, komander-komander AS, bagaimanapun telah menyediakan beberapa ‘pilihan’ kepada Obama, sekiranya beliau memilih untuk meneruskan tindakan ketenteraan terhadap Damsyik.   UTUSAN ONLINE

Sultan Selangor Ingatkan Jemaah Haji Tidak Berdemonstrasi

SHAH ALAM: Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat negeri Selangor yang akan mengerjakan ibadah haji tahun ini agar tidak berdemonstrasi semasa berada di Makkah dan Madinah.

Baginda bertitah tindakan sedemikian pastinya menjejaskan nama baik rakyat Malaysia serta hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.

“Beta menasihatkan bakal-bakal haji supaya dapat menjaga nama baik negeri Selangor dan juga negara Malaysia yang telah dikenali di kalangan pemimpin negara Arab sebagai jemaah haji berdisplin dan terbaik.

“Beta tidak berkenan rakyat negeri Selangor yang pergi menunaikan haji ke tanah suci Mekah dan Madinah mengadakan tunjuk perasaan atau demonstrasi,” titah baginda pada majlis Penyempurnaan Kursus Perdana Haji tahun 1434H/2013 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Ahad.   mStar Online

Serangan bom kereta di luar dua masjid di Lebanon

SERANGAN BOM: Orang ramai berkumpul di tempat kejadian letupan di luar Masjid Al-Taqwa di Tripoli

SERANGAN BOM: Orang ramai berkumpul di tempat kejadian letupan di luar Masjid Al-Taqwa di Tripoli

BEIRUT (Lebanon): Pihak berkuasa Lebanon berkata perangkaan kematian ekoran dua serangan bom kereta di Tripoli, sebuah bandar di utara Lebanon, meningkat kepada 47 orang.

Polis Lebanon juga semalam berkata kira-kira 300 orang masih dirawat di hospital, dengan 65 daripada mereka dalam keadaan kritikal, berikutan letupan di luar dua masjid puak Sunni itu, kelmarin.

Letupan yang dirancang dalam kawasan bandar yang diduduki sebahagian besarnya puak Sunni itu telah meningkatkan lagi ketegangan di Lebanon ke paras lebih bahaya dan meningkatkan kebimbangan tentang kemungkinan negara itu terjerumus ke dalam satu kitaran serangan balas dendam antara puak Sunni dengan Syiah.

Letupan-letupan kelmarin adalah kejadian kedua yang berlaku di Lebanon dalam tempoh hanya lebih seminggu.    CYBERITA ONLINE SINGAPURA

2 pelajar kita ditahan tentera Mesir

Kuala Lumpur: Dua penuntut perubatan Malaysia di Mesir dilaporkan ditahan pasukan keselamatan negara berkenaan selepas didapati melanggar arahan perintah berkurung, Selasa lalu.
Mereka yang sepatutnya dihantar pulang ke Malaysia pada hari berkenaan, gagal dihubungi selepas mendaftarkan diri di kedutaan besar Malaysia di Kaherah.
Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Mesir, Shaiful Anuar Mohammad, ketika dihubungi BH berkata selepas diperiksa, kedua-dua penuntut yang berasal dari Sarawak dan Melaka itu didapati ditahan pasukan keselamatan di Helwan, Mesir.
Katanya, selepas ditahan, wakil pasukan keselamatan Mesir terus menghubungi pihak kedutaan bagi memaklumkan penahanan itu sebelum wakil kedutaan dihantar bagi membebaskan mereka.    BERITA HARIAN ONLINE
600,000 masih di pusat perlindungan
MANILA, 23 Ogos (AFP) – Kira-kira 600,000 orang mangsa banjir di Filipina masih berada di pusat perlindungan sementara atau bersama sanak saudara hari ini, selepas hujan lebat selama beberapa hari yang telah mengorbankan 20 orang, menurut pegawai-pegawai.

Sehari selepas banjir surut di ibu negara, Manila, air lopak-lopak yang bergenang dan air pasang di kawasan pantai memanjangkan kepayahan di kawasan tengah Luzon menuju utara, pegawai pertahanan awam Josefina Timoteo memberitahu wartawan.

“Ini terutamanya petani dan nelayan yang masih tidak dapat pulang ke rumah mereka untuk menyambung semula kerja. Kami masih membekalkan keperluan mereka,” kata Timoteo, ketua pertahanan awam bagi rantau itu.    MEDIA PERMATA ONLINE

Diganggu monyet tanpa kira waktu

Sekumpulan monyet menyelongkar tong sampah yang dipenuhi sampah sarap.

Sekumpulan monyet menyelongkar tong sampah yang dipenuhi sampah sarap.

MUAR – Kira-kira 30 penduduk di Lorong Haji Othman, Jalan Junid, dekat sini, bimbang berikutan ancaman monyet liar yang sering berkeliaran di kawasan berkenaan.

Penduduk mendakwa gangguan tersebut telah berlarutan lebih 50 tahun lalu dan keadaan itu semakin serius kebelakangan ini apabila kumpulan haiwan itu menyerang tanpa mengira waktu.

Penduduk, Abd Rahman Osman, 69, berkata, haiwan itu semakin tidak terkawal sejak hutan berdekatan diterokai.

“Haiwan ini datang dengan jumlah yang banyak melebihi 20 ekor membuatkan penduduk terutamanya kanak-kanak takut. Ada monyet yang agak agresif bila nampak manusia.    SINAR HARIAN ONLINE

Mesir, Negeri Kinanah yang Porak Poranda

Jasad demonstran pendukung presiden terguling Mesir, Muhammad Mursi, diletakkan di lantai di rumah sakit darurat

Jasad demonstran pendukung presiden terguling Mesir, Muhammad Mursi, diletakkan di lantai di rumah sakit darurat

Aroma anyir darah menyengat di beragam penjuru ibu kota Kairo. Masjid-masjid menjadi tempat penampungan mayat yang bergelimpangan dan berlumuran darah. Salah satu masjid, Masjid Al Iman bahkan telah berubah fungsi menjadi kamar mayat yang menampung ratusan jenazah.

Jumlah korban tewas menurut catatan pihak Ikhwanul Muslimin (IM), mencapai lebih dari 2.000 jiwa. Adapun menurut Juru bicara Kementerian Kesehatan Khaled el-Khateeb, korban tewas sekitar 525 orang dn korban luka mencapai 3.717 orang.

Meski korban telah banyak berjatuhan, bentrok terus saja terjadi terutama di kawasan Rabiah dan Al Nahshah square tempat berkumpulnya simpatisan IM. Mereka menolak kudeta dan meminta dikembalikannya jabatan Mursi sebagai presiden Mesir.    REPUBLIKA ONLINE

Telkom penetrasi ke Malaysia

Kuala Lumpur (ANTARA News) – PT Telkom Indonesia Tbk melakukan penetrasi ke pasar seluler Malaysia melalui layanan mobile virtual network operator (MVNO) dengan target pasar wisatawan kedua negara dan WNI yang tinggal di negara itu.

“Kita akan sasar para wisatawan baik dari Indonesia maupun Malaysia, disamping warga negara Indonesia yang telah menetap di negara ini,” kata Direktur Utama PT Telkom Indonesia Arief Yahya seusai penandatanganan kemitraan dengan para mitra Telekomunikasi Indonesia Internasional (M) Sdn Bhd, anak perusahaan PT Telkom di Kuala Lumpur, Minggu.

Terkait dengan itu, kata dia, Telin Malaysia akan bekerja sama dengan perusahaan biro perjalanan wisata agar para wisatawan yang berkunjung ke Malaysia dan Indonesia dapat lebih mudah untuk berkomunikasi.   ANTARA NEWS ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Ogos 26, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: