KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online Seratau – 27 Ogos

Klik pada tajuk akhbar untuk erita lengkap

Pengangkutan awam perlu penambahbaikan

Kerja-kerja pembinaan stesen MRT giat dijalankan

Kerja-kerja pembinaan stesen MRT giat dijalankan

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Masih banyak ruang penambahbaikan yang boleh dipertingkatkan untuk pengangkutan awam di ibu kota bagi merealisasikan perkhidmatan dari ‘pintu ke pintu’.

Profesor Pengangkutan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, perkhidmatan bas awam terutamanya perlu penambahbaikan bagi melancarkan lagi sistem pengangkutan awam negara.

Namun begitu, beliau tidak menafikan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Lembah Klang sudah setanding dengan bandar-bandar besar di Asia Tenggara.    UTUSAN ONLINE

Ribuan Perajin Tahu Tempe Ancam Mogok Produksi

MEMBUAT TAHU-Pembuat tahu mengangkat tahu yang baru

MEMBUAT TAHU-Pembuat tahu mengangkat tahu yang baru

SEMARANG- Tingginya harga kedelai membuat ribuan perajin tempe dan tahu di Jawa Tengah memutuskan untuk berhenti produksi. Mereka juga siap menggelar aksi unjuk rasa dan mogok massal, sebagaimana instruksi Sekretaris Umum Gabungan Koperasi Produsen Tempe dan Tahu Indonesia (Gakoptindo), Suyanto.

Ketua Puskopti Jawa Tengah, Sutrisno Supriantoro mengatakan harga kedelai terus mengalamai kenaikan. Hingga hari Minggu kemarin, harga kedelai mencapai 8.600-8.700 per kilogram. Sutrisno mengatakan Puskopti Jawa Tengah sudah merapatkan untuk menyikapi kenaikan harga kedelai.

“Kami akan menggelar unjuk rasa, atau bisa juga ikut mogok produksi. Akan kami pantau terus kondisi harga kedelai,” ujarnya di Semarang, Senin (26/8).    SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Pusat khas bantu pekerja gaji rendah

KONGRES Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) sedang mempertimbang usul menubuhkan sebuah pusat khidmat nasihat menyeluruh untuk pekerja bergaji rendah dalam usaha menawarkan lebih banyak sokongan kerjaya kepada golongan tersebut.

Saranan menubuhkan sebuah pusat khidmat menyeluruh itu merupakan antara hasil perbincangan fokus yang diadakan gerakan buruh bagi meneroka usaha lebih mendalam bagi membantu pekerja bergaji rendah.

Membentangkan dapatan sesi fokus dalam satu sidang media semalam, Pengarah Unit Pekerja Kontrak dan Kasual (UCCW) NTUC, Encik Zainal Sapari, berkata antara isu yang menjadi keprihatinan golongan bergaji rendah ialah gaji yang tidak mencukupi, sekitaran kerja yang sukar dan diskriminasi.    CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Dubes RI Keliling Mesir Salurkan Sembako ke WNI

Universitas Al-Azhar Mesir

Universitas Al-Azhar Mesir

REPUBLIKA.CO.ID, KAIRO — Duta Besar RI untuk Mesir Nurfaizi Suwandi dalam sepekan terakhir ini mengaku sudah mengunjungi sejumlah provinsi di Mesir untuk menyampaikan bantuan sembako kepada warga negara Indonesia (WNI). Penyaluran sembako dilakukan menyusul krisis yang tengah melanda negara itu.

“Saya sudah mengunjungi sejumlah provinsi termasuk di Zagazig dan Tafahna kemarin,” kata Nurfaizi di Kairo, Senin (27/8) saat dikonfirmasi mengenai kelanjutan bantuan kemanusiaan KBRI kepada WNI.

Ketua Persatuan Pelajar dan Mahasiswa Indonesia (PPMI) Cabang Tafahna, Anhar M Elluary, membenarkan kunjungan Dubes ke Tafahna pada Ahad (25/8).   REPUBLIKA ONLINE 

Lebih 1,000 pelajar dibawa pulang sebelum Jumaat

image (2)PUTRAJAYA – Seramai 1,056 lagi pelajar Malaysia di Mesir akan diterbangkan pulang sebelum Jumaat demi keselamatan mereka kerana difahamkan ada beberapa perancangan demonstrasi besar pada hari berkenaan, menurut Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Setakat hari ini seramai 1,328 pelajar selamat dihantar pulang menerusi Ops Piramid 2.

Kebanyakan mereka ialah dari kawasan panas Mesir yang sedang bergolak iaitu dari luar Kaherah dan Iskandariah.

“Kawasan panas yang dimaksudkan ialah di Tanta (pelajar di situ) akan diterbangkan hari ini, di Mansoura esok dan Zagazig pada 28 Ogos,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.   SINAR HARIAN ONLINE

Hanya 320 tunai haji tahun ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Ogos – Hanya 320 orang jemaah haji Brunei akan menunaikan rukun Islam ke-5 ke kota suci Mekah tahun ini atas sebab-sebab keselamatan dan keselesaan memandangkan kerja-kerja menaik taraf dua masjid suci, Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah giat dijalankan.

Penetapan kuota itu dibuat oleh kerajaan Arab Saudi bagi Negara Brunei Darussalam, berbanding 400 tahun lalu, menurut Menteri Hal Ehwal Ugama Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman ketika berucap di Majlis Kursus Amali/Praktikal Ibadat Haji bagi Bakal Jemaah Haji Seluruh Negara Brunei Darussalam hari ini.

Pengurangan itu dibuat kerana perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan dan ia sedikit sebanyak menjejaskan jemaah yang telah disenaraikan tahun ini yang tidak dapat menunaikan ibadah haji. Pengurangan bagaimanapun bersifat sementara dan melibatkan seluruh negara-negara lain di dunia.   MEDIA PERMATA ONLINE

1,000 samseng bakar rumah, kedai

Yangon: Keganasan agama terbaru meletus di bahagian barat laut Myanmar lewat kelmarin apabila kira-kira 1,000 samseng membakar berpuluh-puluh rumah dan kedai selepas khabar angin menyatakan seorang wanita muda diserang secara seksual oleh seorang lelaki Islam. Tiada kecederaan dilaporkan.

Sekumpulan penduduk mengepung balai polis menuntut suspek diserahkan kepada mereka, kata seorang pegawai polis dari kawasan itu yang enggan dikenali. Apabila polis enggan, mereka mengadakan rusuhan dan mula membakar bangunan terbabit, katanya.

Sami radikal Myanmar Wirathu, yang sering mengadakan ceramah anti Islam mengirimkan kenyataan menerusi laman Facebook dan berkata ratusan penduduk mengambil bahagian dalam rusuhan di pinggir Kantbalu.   BERITA HARIAN ONLINE

MUI tolak ajang Miss World di Indonesia

Malam puncak Miss World

Malam puncak Miss World

Majelis Ulama Indonesia, MUI, mengeluarkan pernyataan untuk menolak penyelenggaraan ajang pemilihan Miss Word di Indonesia.

“Alasannya karena kontes menjadikan wanita sebagai obyek dan hanya dijadikan ajang cari untung saja,” kata Ketua MUI, Amidhan, kepada wartawan BBC Indonesia, Pinta Karana.

Namun Amidhan mengaku kalau MUI tidak bisa berbuat apa-apa seandainya kontes tetap berlangsung.

“Kami kan bukan polisi syariah jadi posisi kami hanya menolak,” kata Amidhan.

Beberapa bulan yang lalu, organisasi-organisasi massa berbasis Islam mengadakan aksi unjuk rasa menolak penyelenggaraan Miss World di Bogor.  BBC INDONESIA ONLINE

Tandas jadi tempat tinggal

ZHENG, isteri dan anak mereka menonton televisyen

ZHENG, isteri dan anak mereka menonton televisyen

Shenyang: Berdepan dengan harga dan sewa rumah yang tinggi, sebuah keluarga menemui jalan aneh untuk mengatasi masalah kekurangan kediaman di sebuah daripada bandar raya terbesar China dengan mengubah suai tandas lelaki untuk dijadikan tempat tinggal.

Ketika Zeng Lingjun berpindah ke Shenyang untuk mencari pekerjaan, lelaki berusia 33 tahun itu mengambil keputusan, daripada mencari rumah di bandar raya berkenaan yang dia yakin tidak mampu membeli atau membayar sewanya, adalah lebih baik dia menyewa tandas hotel yang tidak digunakan.

Zeng yang bekerja sebagai tukang kasut berpindah ke tandas itu yang seluas 20 meter persegi pada 2006. Apabila berkahwin dengan Wang Zhixia pada 2010, isterinya juga berpindah ke situ. Begitu juga dengan anak mereka, Devi yang kini berusia dua tahun.   myMetro Online

1,911 Ditahan Dalam Ops Cantas Narkotik Di Seluruh Negara

KUALA LUMPUR: Seramai 1,911 orang ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam Ops Cantas Narkotik selama tiga hari bermula Jumaat lepas di seluruh negara.

Pengarah JSJN Datuk Noor Rashid Ibrahim hari ini berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1,772 kes telah dibuka termasuk 26 kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Polis turut merampas pelbagai jenis dadah daripada operasi itu iaitu heroin sebanyak 10,410.41 gram, syabu (6,793.35 gram), ganja (778.91 gram) dan Erimin 5 (1,097 biji).

Dalam operasi itu, katanya, polis turut menangkap 30 anggota kongsi gelap terdiri daripada kumpulan Geng 04, Geng 08, Geng 555, Geng Raj dan Geng 18 yang dipercayai turut terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.    mStar Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Ogos 27, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: