KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online Seratau – 30 Ogos

Klik pada tajuk akhbar untuk erita lengkap

Jemaah Umrah tak boleh tunai Haji: Saudi

Riyadh: Jemaah Umrah tidak dibenarkan terus tinggal di Arab Saudi untuk mengerjakan Haji.

Arab Saudi menetapkan peraturan bahawa visa Umrah tidak akan dilanjutkan tempohnya untuk tujuan itu, kata Timbalan Menteri Haji, Hatim Qadi.

Pihak berkuasa juga sudah menolak permohonan lebih 200 syarikat Umrah untuk melanjutkan visa mereka yang ada di Makkah dan Madinah untuk mengerjakan Haji. Ketetapan dan peraturan Kementerian Haji adalah jelas dalam perkara ini.

Semua visa Umrah tidak akan dilanjutkan tempohnya dan jemaah tidak boleh terus tinggal di sini untuk mengerjakan Haji.   BERITA HARIAN ONLINE

Indonesia protes pangkalan AS di Pulau Cocos, Australia

Pesawat intai jenis Global Hawk seperti inilah yang akan ditempatkan di Pulau Cocos, Australia.

Pesawat intai jenis Global Hawk seperti inilah yang akan ditempatkan di Pulau Cocos, Australia.

Pemerintah Indonesia mengirim nota protes kepada pemerintah Australia dan Amerika Serikat dan meminta penjelasan tentang rencana pembangunan pangkalan militer AS di Australia.

Pangkalan AS yang akan dibangun kabarnya akan ditempatkan di Pulau Cocos, yang hanya berjarak sekitar 3.000km sebelah barat daya Jakarta.

Dan menurut rencana di pangkalan itu, Amerika Serikat akan menempatkan pesawat-pesawat intai tak berawaknya.

Juru bicara Kementerian Pertahanan Brigjen Hartind Asrin mengatakan untuk menghindari kesalahpahaman sebaiknya pemerintah Australia dan AS segera menjelaskan tujuan pembangunan pangkalan itu.   BBC INDONESIA ONLINE

Amerika, sekutu sedia serang Syria

WASHINGTON: Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya bersedia menyerang Syria dalam beberapa hari ini.

Jika dilaksanakan, ia adalah tindakan paling agesif yang pernah dilakukan oleh kuasa Barat ke atas negara Timur Tengah itu yang dilanda perang saudara sejak dua setengah tahun lalu.

Para utusan Barat memberitahu pihak pembangkang Syria supaya menjangkakan tindakan ketenteraan terhadap tentera Presiden Bashar al-Assad sebagai hukuman bagi serangan senjata kimianya ke atas orang awam minggu lalu, menurut sumber-sumber yang menghadiri satu mesyuarat dengan Pakatan Kebangsaan Syria (SNC) di Istanbul.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Polis ambil tindakan terhadap anggota kongsi gelap

SHAH ALAM 29 Ogos – Polis akan mengambil tindakan terhadap anggota 49 kumpulan kongsi gelap yang dikenal pasti, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.

Beliau berkata, tindakan akan diambil terhadap mereka di bawah Akta Pertubuhan dan akta-akta berkaitan jenayah.

“Jadi kalau mereka mahu jadi ahli kongsi gelap, kena bersedialah, selain akta berkaitan jenayah, kami juga akan ambil tindakan mengikut Akta Pertubuhan terhadap mereka,” katanya kepada pemberita dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini.    UTUSAN ONLINE

Penjual Senpi kepada Teroris Dibekuk di Pasar Baru

Berbagai jenis senjata api (senpi) hasil razia dan operasi Polisi (ilustrasi)

Berbagai jenis senjata api (senpi) hasil razia dan operasi Polisi (ilustrasi)

JAKARTA – Petugas Polda Metro Jaya, Kamis (29/8) membekuk penjual senjata api berinisial KL (40) di Pasar Baru, Jakarta Pusat. Ia   diketahui  pernah menjual senjata kepada terduga teroris IK alias Iqbal Khusaeni.Dari hasil penyelidikan, KL yang bertempat tinggal di Kelapa Gading, Jakarta Utara, telah menjual lebih dari 35 pucuk senjata.

“Dari hasil pemeriksaan yang bersangkutan, didapatkan informasi bahwa dia pernah menjual sekitar 15 pucuk senjata api kepada IK,” kata Kepala Bagian Penerangan Umum (Kabagpenum) Divhumas Mabes Polri Kombes Pol Agus Rianto di Jakarta, Kamis.

Dijelaskan Agus Rianto, selain sebagai penjual senpi, pelaku juga berperan sebagai pemilik serta pemodal dalam pembuatan senpi. Bahkan KL yang ditangkap Rabu (28/8) mendanai beberapa orang yang memiliki kemampuan memproduksi senpi di salah satu wilayah di Jawa Barat.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Teroka kerjasama dan sinergi baru

PAGE04_2908023038985 (1)BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Menteri-menteri pertahanan ASEAN bersetuju untuk terus bekerjasama dalam menangani isu-isu cabaran keselamatan bukan tradisional seperti dalam bidang bantuan bencana dan kemanusiaan (HADR) serta keselamatan maritim.

Di samping itu juga, menteri-menteri pertahanan ASEAN mengulangi komitmen untuk menangani cabaran-cabaran pertahanan dan keselamatan bersama menerusi mekanisme kerjasama dalam Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM-Plus).

Komitmen itu dibuat oleh menteri-menteri pertahanan ASEAN semasa bersidang di Mesyuarat Retreat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) yang berlangsung di Royal Brunei Golf and Country Club, Jerudong, hari ini.    MEDIA PERMATA ONLINE

Virus kencing tikus: Masih terkawal

KOTA BHARU – Orang ramai tidak perlu gusar berhubung kes jangkitan virus kencing tikus (leptospirosis) di negeri ini memandangkan wabak terbabit masih dalam keadaan terkawal.

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Ahmad Razin Ahmad Maher berkata, pihaknya sentiasa menjalankan pemantauan di samping sentiasa berwaspada bagi menangani wabak terbabit.

“Memang penyakit ini (kencing tikus) sentiasa ada dan puncanya disebabkan pembuangan sampah yang tidak sistematik sehingga menyebabkan kawasan sekitar kotor serta menggalakkan kehadiran haiwan terbabit di kawasan persekitaran.

“Jadi kerjasama semua pihak termasuk masyarakat dan pihak berkuasa tempatan (PBT) amat perlu bagi menangani wabak ini dari terus merebak,” katanya.    SINAR HARIAN ONLINE

Indonesia perlu antisipasi persoalan krisis perumahan

Menpera Djan Faridz

Menpera Djan Faridz

Jakarta (ANTARA News) – Menteri Perumahan Rakyat Djan Faridz mengatakan Indonesia perlu untuk mengantisipasi persoalan krisis perumahan yang dari waktu ke waktu semakin mencemaskan.

“Seluruh pihak perlu mengantisipasi timbulnya krisis perumahan di Indonesia,” kata Djan Faridz dalam keterangan tertulis yang diterima di Jakarta, Kamis.

Menurut Djan, tingginya permintaan akan rumah yang terus meningkat pada tahun-tahun mendatang apabila tidak ditangani dengan sungguh-sungguh akan mengarah kepada krisis perumahan di Tanah Air.

Untuk itu, ujar dia, seluruh pemangku kepentingan di bidang perumahan agar dapat meningkatkan kerja keras dalam mewujudkan pembangunan perumahan yang layak huni dan terjangkau, mewujudkan kawasan permukiman yang berimbang, serta mewujudkan kota bebas rumah tidak layak huni.   ANTARA NEWS ONLINE

Pemisah kibar bendera Malaysia

Narathiwat: Anggota tentera di sini merampas 100 bendera Malaysia dan sepanduk antikerajaan yang mereka percayai hendak dikibarkan pemisah di selatan negara itu esok, sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia.

Jurucakap Markas Operasi Keselamatan Dalam Negeri Banpot Phupian berkata semalam, kumpulan pemisah di selatan negara itu mengibarkan bendera Malaysia dan meletakkan sepanduk dengan mesej mengecam pihak berkuasa Thai pada 31 Ogos tahun lalu.

Banpot berkata, dia percaya mereka merancang melakukannya sekali lagi esok.   myMetro Online

‘Kami Merasa Terpukul dengan Kenaikan Kedelai’

Pekerja mengerjakan pembuatan tahu berbahan kedelai impor

Pekerja mengerjakan pembuatan tahu berbahan kedelai impor

REPUBLIKA.CO.ID, LEBAK — Sejumlah produsen tahu dan tempe di Kabupaten Lebak, Banten, kian menjerit setelah harga kedelai menembus Rp 9.000 per kilogram dari sebelumnya Rp 8.700 per kilogram.

“Kami bingung setiap tiga hari dipastikan harga kedelai selalu melonjak,” kata seorang produsen tahu di Rangkasbitung, Soleh, Kamis (29/8).

Menurut dia, kenaikan kedelai tersebut akibat melemahnya nilai rupiah terhadap dolar Amerika Serikat sehingga para perajin tahu dan tempe tidak tenang.

Kemungkinan harga kedelai terus melonjak sehubungan belum stabilnya mata uang rupiah terhadap dolar itu. Sebelumnya, kata dia, harga kedelai di pasaran sebesar Rp 7.800 per kilogram, namun kini menembus Rp 9.000 per kilogram.   REPUBLIKA ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Ogos 30, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: