KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

MERDEKA … MERDEKA … MERDEKA – 31/8

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

Sambutan Merdeka serlah semangat patriotisme semua kaum di seluruh negara

KUALA LUMPUR,: Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-56 di seluruh negara hari ini diadakan dengan penuh kemeriahan dengan semangat patriotisme tinggi oleh masyarakat berbilang kaum yang melambangkan kesatuan hati untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Bertemakan “Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku”, orang ramai membanjiri lokasi utama sambutan di seluruh negara seawal 6.30 pagi dengan Dataran Merdeka di sini sahaja mencecah hampir 200,000 rakyat pelbagai lapisan menyertai dan menyaksikan acara penuh bermakna itu.

Berlainan sebelum ini, acara perbarisan dan perarakan tahun ini dikaitkan dengan tema sambutan, yang memberi penghormatan kepada pengorbanan pejuang menentang pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang mempertahankan kedaulatan negara.

Berkonsepkan Patriotik, Perpaduan dan Kedaulatan Negara, perarakan tahun ini bertujuan menunjukkan bahawa Malaysia adalah negara berdaulat dan rakyat sentiasa sedia mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang pencerobohan.    BERITA HARIAN ONLINE

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 meriah

YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah membalas tabik hormat kepada Kawalan Kehormat Utama pada sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56

YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah membalas tabik hormat kepada Kawalan Kehormat Utama pada sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-56 di Dataran Merdeka hari ini diadakan dengan penuh kemeriahan, warna warni dan disemarakkan dengan semangat patriotisme tinggi dan penghargaan untuk perajurit negara.

Ribuan rakyat tempatan dan warga asing hadir membanjiri Dataran Merdeka seawal 7 pagi untuk menyaksikan perarakan sambutan tahun ini yang bertemakan

‘Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku’. Sambutan dimulakan sejurus keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah pada pukul 8 pagi, yang disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Baginda kemudian membuat pemeriksaan Kawalan Kehormat Utama oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat yang diketuai Mejar Mohamad Abdullah.   UTUSAN ONLINE

Warga Malaysia Diminta Tiru Patriotisme Rakyat Indonesia

bendera-malaysia-_130809192825-826REPUBLIKA.CO.ID, KUALA LUMPUR — Warga Malaysia diminta mencontoh semangat patriotik rakyat Indonesia dalam menyambut hari kemerdekaan dengan mengibarkan bendera nasional.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengatakan rakyat Indonesia secara sukarela mengibarkan bendera Merah Putih setiap kali tiba hari kemerdekaan.

Berbeda dengan rakyat Malaysia, kampanye mengibarkan bendera Jalur Gemilang kurang mendapat sambutan karena kurangnya kesadaran untuk menyemarakkan sambutan kemerdekaan, kata dia seperti dilansir harian Berita Harian, Senin (26/8).

“Kita patut ambil contoh di Indonesia. Pemerintahnya tidak pernah memberi bendera kepada rakyat untuk dikibarkan menyambut kemerdekaan, tetapi mereka beli sendiri dan menjaganya dengan baik supaya bisa digunakan pada sambutan akan datang,” kata Mansor.  REPUBLIKA ONLI NE

Amerika Syarikat ucap tahniah kepada Malaysia

Kuala Lumpur: Malaysia menerima ucapan tahniah daripada Amerika Syarikat sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-56 hari ini.

Setiausaha Negara Amerika John Kerry dalam kenyataan yang dihantar melalui Kedutaan Amerika di sini hari ini berkata: “Bagi pihak Presiden (Barack) Obama dan rakyat Amerika Syarikat, saya amat berbesar hati untuk mengucapkan tahniah kepada semua rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56 pada 31 Ogos.

“Saya mengucapkan selamat Hari Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia di seluruh dunia,” katanya.    myMetro Online

Brunei-M’sia makin akrab

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang ke X1v dan Perdana Menteri Dato Laila Utama Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Razak serta kerajaan dan rakyat Malaysia, sempena dengan Ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56.

Dalam titah perutusan Baginda kepada Yang Di-Pertuan Agong, Baginda bertitah bahawa sebagai negara jiran terdekat, Baginda bersyukur kedua-dua buah negara terus menikmati tali persahabatan dan jalinan silaturahim yang semakin akrab dan mesra dan seterusnya percaya bahawa Baginda dan Yang Di-Pertuan Agong Malaysia akan terus bekerjasama dengan lebih rapat lagi dalam meningkatkan hubungan kerjasama ini demi kepentingan kedua-dua buah negara dan rakyat masing-masing.    MEDIA PERMATA ONLINE

BNM keluarkan 3 jenis duit syiling peringatan

image (1)KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan bersempena sambutan ulang tahun ke-50 Muzium Negara.

Menurut kenyataan BNM hari ini, syiling peringatan itu diterbitkan dalam tiga spesifikasi iaitu emas, perak dan emas Nordic.

Syiling peringatan emas (pruf) diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 yang mempunyai nilai muka RM100 dan akan dijual pada harga RM1,800 setiap satu dengan jumlah tempa terhad kepada 500 keping.

Syiling peringatan perak (pruf) dengan ketulenan 92.5, mempunyai nilai muka RM10 dan akan dijual pada harga RM150 sekeping dan kuantiti tempa sebanyak 1,000 keping.

Syiling peringatan emas Nordic bernilai muka RM1, akan dijual pada harga RM10 sekeping dan dengan jumlah tempa 25,000 keping.    SINAR HARIAN ONLINE

Terengganu catat 24 bayi Merdeka.

KUALA TERENGGANU – Seramai 13 bayi perempuan dan 11 bayi lelaki selamat dilahirkan di seluruh negeri ini sempena sambutan kemerdekaan negara kali ke-56 hari ini.

Bayi pertama Merdeka di negeri ini telah dilahirkan tepat pukul 12.24 pagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Timbalan Pengarah Perubatan Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Muhamammad Omar, berkata, HSNZ merekodkan ke lahiran paling ramai bayi Merdeka iaitu 10 orang melibatkan lima bayi perempuan dan lima bayi lelaki.    KOSMO ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Ogos 31, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: