KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online Seratau – 04 Sept

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

Tidak boleh masuk Arab Saudi 10 tahun

Makkah: Arab Saudi akan mengusir jemaah asing serta-merta jika didapati tiada permit untuk menunaikan haji pada tahun ini.

Selain itu, pihak berkuasa juga memberi amaran, orang berkenaan juga akan diharamkan masuk ke Arab Saudi selama 10 tahun.

Arab Saudi mengumumkan peraturan dan hukuman lebih berat kepada mana-mana pihak yang melanggar peraturan musim haji tahun ini, kelmarin.

Orang yang didapati bersalah juga boleh dihukum penjara sekurang-kurangnya setahun, kata pihak berkuasa ketika pelancaran kempen memastikan jumlah jemaah kekal paras minimum pada musim Haji akan datang.   BERITA HARIAN ONLINE

Harga Daging Ayam Mahal, Ini Pemicunya.

Daging ayam yang dijual di pasar tradisional.

Daging ayam yang dijual di pasar tradisional.

REPUBLIKA.CO.ID, CIREBON — Melemahnya nilai tukar rupiah terhadap dolar AS berimbas pada naiknya harga pakan ternak. Kondisi itupun akhirnya ikut memicu kenaikan harga daging ayam di pasaran.

”Kenaikan harga pakan berkisar antara tujuh sampai sepuluh persen sejak beberapa hari terakhir,” ujar Kepala Dinas Pertanian Peternakan dan Kehutanan Kabupaten Cirebon, Ali Efendi, Selasa (3/9).

Ali mengungkapkan, kenaikan harga itu terjadi akibat pakan ternak selama ini masih menggunakan produk impor. Karenanya, saat dolar naik, maka harga pakan ternak otomatis juga naik.    REPUBLIKA ONLINE

Dua inisiatif baru bantu pekerja asing

PUSAT Pekerja Asing (MWC) semalam memperkenalkan dua inisiatif baru yang bertujuan menghulurkan lebih banyak saluran bantuan yang betul kepada golongan pekerja asing di Singapura menangani masalah yang dihadapi, seperti isu dan amalan salah pihak majikan atau bantuan kecemasan.

Kededua inisiatif itu, Talian Bantuan MWC 24 Jam, dan Rangkaian Teman Asrama MWC, didedahkan Pengerusi MWC, Encik Yeo Guat Kwang, semasa beliau melawat dua asrama pekerja asing, Soon Lee Lodge dan Vobis Enterprise, dekat Boon Lay, semalam.

Menurut Encik Yeo, talian bantuan yang dijangka mula ditawarkan pada suku pertama tahun depan, yang akan diadakan dalam tiga bahasa utama – Inggeris, Mandarin dan Tamil – dijangka mampu memberikan para pekerja asing ketenangan dan keselamatan apabila berdepan dengan pelbagai cabaran.    CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Konvoi 265 bot cipta rekod dunia

KEMAMAN – Konvoi sebanyak 265 bot fiber di pesisir pantai dari Kuala Kerteh ke Kuala Kemaman sempena program Merdeka Raya Parlimen Kemaman 2013 semalam mencipta rekod sebagai konvoi bot terbesar di dunia, sekali gus mengharumkan nama Kemaman dan Terengganu.

Lebih menarik, kesemua bot berkenaan dihias indah dengan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Book of Records (MBOR), Aziz Hamdan berkata, konvoi sejauh 55 kilometer di pesisir pantai itu unik dan belum pernah diadakan di tempat lain di seluruh dunia setakat ini.

“Daripada apa yang kita selidiki, konvoi di laut ini yang menggunakan bot fiber nelayan berenjin bawah 125 kuasa kuda dan bergerak bersama-sama ke satu destinasi adalah yang pertama diadakan dalam dunia.   SINAR HARIAN ONLINE

Merealisasikan ASEAN bebas dadah 2015

Dato Paduka Haji Hamdan semasa mempengerusikan Mesyuarat Persediaan Pegawai-pegawai Kanan

Dato Paduka Haji Hamdan semasa mempengerusikan Mesyuarat Persediaan Pegawai-pegawai Kanan

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Sept – Mesyuarat Persediaan Pegawai-pegawai Kanan bagi Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN mengenai Hal Ehwal Dadah berlangsung hari ini dengan dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri (Keselamatan dan Penguatkuasaan), Dato Paduka Haji Hamdan Haji Abu Bakar.

Pada mesyuarat yang berlangsung di The Empire Hotel and Country Club Jerudong itu, para pegawai kanan mengadakan perbincangan secara komprehensif mengenai isu penyalahgunaan dadah di rantau ini, pencapaian terkini dan cabaran dalam mewujudkan ASEAN bebas dadah tahun 2015.

Sidang mesyuarat turut berpeluang untuk bertukar-tukar pendapat dan mendengar beberapa usul yang disyorkan oleh delegasi pegawai kanan yang terlibat.    MEDIA PERMATA ONLINE

YPM lulus peruntukan RM576 ribu tampung pelajar di Rozsall

KOTA KINABALU: Yayasan Pelajaran Mara (YPM) meluluskan peruntukan sebanyak RM576 ribu pada tahun ini bagi menampung 48 pelajar yang mendapatkan latihan bertauliah dalam bidang kecantikan di Rozsall Beauty Academy.

Menurut Pengerusinya, Dato’ Yussof Dohab, para pelajar yang mengikuti Skim Pembiayaan Pendidikan YPM (SPIN) ini akan berpeluang memperolehi pensijilan antarabangsa dari City Guilds, United Kingdom dan juga Sijil Profesional Tahap 3 dalam bidang Teknik Terapi Kecantikan (Beauty Therapy Techniques).   NEW SABAH TIMES ONLINE

Wapres: jadikan madrasah penyebar kedamaian

Wapres Boediono

Wapres Boediono

Jakarta (ANTARA News) – Wakil Presiden Boediono mengharapkan madrasah di Indonesia dapat menyebarkan ajaran perdamaian dan kasih sayang serta menangkal ajaran sempit yang tidak toleran dan penuh kebencian, sehingga menjadi teladan pengembangan madrasah dari negara lain.

“Kita semua berharap madrasah di Indonesia dapat menjadi model bagi pengembangan madrasah di negara-negara lain, dengan menampilkan sistem yang bagus dan maju mengikuti zaman tapi sekaligus menyebarkan kedamaian dan kasih sayang diantara kita,” kata Wakil Presiden Boediono saat membuka Simposium Internasional II Pemberdayaan Madrasah dalam Konteks Global di Jakarta, Selasa malam.

Wapres mengharapkan madrasah tidak menjadi tempat penyebaran benih-benih kebencian dan ajaran yang sempit dan memonopoli kebenaran.   ANTARA NEWS ONLINE

Judi Internet di kedai makan

Ampang: Berselindung di sebalik kedai makan dan pusat Internet antara modus operandi digunakan sindiket perjudian yang dilaporkan berleluasa sekitar daerah ini sejak lebih enam bulan lalu.

Sindiket perjudian ini dilaporkan bukan sekadar menyasarkan warga asing seperti Indonesia sebaliknya warga tempatan. Lebih menyedihkan, mereka turut membenarkan remaja berusia belasan tahun memasuki premis terbabit untuk bertaruh nasib.

Harian Metro yang mendapat aduan orang ramai yang mendakwa wujud beberapa kawasan di daerah ini seperti Pandan Indah, Pandan Jaya dan Jalan Mamanda, di sini, melakukan aktiviti perjudian Internet dengan meluas segera menyiasat ke lokasi dikatakan bagi melakukan tinjauan selain mendapatkan kesahihan.

Tinjauan wartawan mendapati dakwaan berkenaan benar, malah beberapa premis di kawasan itu menggunakan pelbagai taktik bagi mengaburi mata masyarakat termasuk berselindung di sebalik kafe ataupun restoran dan kedai Internet.   myMetro Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 4, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

September 2013
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: