KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online Seratau – 09 Sept

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

Semua kena berjimat

Kuching: Jabatan dan agensi kerajaan telah diarah mengambil langkah berjimat cermat dalam semua aspek pengurusan dan proses pentadbiran, termasuk perbelanjaan pegawai ke luar negara. 

Ia berikutan langkah kerajaan mengurangkan subsidi bahan api yang bukan sekadar menuntut rakyat berjimat cermat, malah turut dijadikan amalan oleh semua jabatan dan agensi kerajaan.  

Ketua jabatan sudah dimaklum Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata beliau sudah memaklumkan kepada semua ketua jabatan berhubung arahan berkenaan.   BERITA HARIAN ONLINE

Siswa SD, Target Mudah Penjual Jajanan Nakal

YOGYAKARTA, KOMPAS.com – Balai Besar Pengawasan Obat dan Makanan (BBPOM) Yogyakarta mencatat siswa Sekolah Dasar (SD) selama ini menjadi potensi pasar terbesar jajanan berbahaya. Karenanya, pihak sekolah diminta peduli memantau jajanan yang ada disekitar kawasan sekolahan. 

“Selama ini siswa SD merupakan pasar yang paling banyak dimanfaatkan para pedagang nakal,” kata Kepala Bidang Sertifikasi dan Layanan Informasi Konsumen BBPOM Yogyakarta Dyah Sulistyorini, Minggu (08/09/2013). 

Dyah memaparkan, berdasarkan pengamatan BBPOM makanan yang dijual ke anak-anak Sekolah Dasar (SD) rata-rata mengandung bahan pengawet, pewarna tekstil, pemanis buatan dan penggunaan MSG yang berlebihan. Menurutnya, penjual makanan di sekolah ada yang tidak mengetahui bahwa bahan yang dicampurkan berbahaya bagi kesehatan.  KOMPAS ONLINE

Islam melarang meminta-minta

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Sept. – Menyedihkan apabila pada masa ini terdapat sebilangan orang di negara ini yang meminta-minta wang ke rumah-rumah keluarga, jiran atau rakan, orang yang tidak dikenali dan ada juga yang meminta-minta kepada pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan bantuan kewangan.

Lebih mendukacitakan lagi terdapat juga segelintir orang yang tanpa segan silu meminta-minta wang daripada orang ramai di tempat-tempat awam seperti kompleks membeli belah, restoran, tanah perkuburan atau seumpamanya dengan alasan bahawa hasil pendapatan yang diperolehi tidak mencukupi bagi menampung keperluan hidup.

Khatib dalam Khutbah Jumaat hari seterusnya menekankan bahawa agama Islam melarang umatnya dari perbuatan meminta-minta walaupun seseorang itu ditakdirkan oleh Allah Ta’ala untuk menjadi orang miskin atau fakir.   MEDIA PERMATA ONLINE

Arab Saudi sedia terima 1.6 juta jemaah haji

Sekumpulan jemaah haji Thailand berlepas untuk menunaikan rukun Islam kelima itu

Sekumpulan jemaah haji Thailand berlepas untuk menunaikan rukun Islam kelima itu

JEDDAH 7 Sept. – Arab Saudi telah melaksanakan persiapan rapi di pintu-pintu masuk negara ini bagi menerima kedatangan jemaah haji musim ini.

Pengarah Jabatan Pasport Kementerian Hal Ehwal Haji, Mejar Jeneral Ayed Al-Harbi berkata, jabatan tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di sini dan Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Muhammad di Madinah mempunyai kakitangan mencukupi sempena musim haji yang bermula 13 Oktober ini.

Katanya, persiapan di pintu utama di Mekah juga telah disiapkan.

“Kakitangan terlibat akan diselia oleh Menteri Dalam negeri, Putera Muhammad bin Naif yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Agung Haji, manakala pejabat pasport akan dipantau oleh Pengarah Jabatan Pasport, Leftenan Jeneral L. Bulaihed,” katanya.   UTUSAN ONLINE

‘Perluas kriteria masuk pengajian tinggi’

INSTITUSI pengajian tinggi di sini boleh melakukan lebih banyak lagi dengan memperluaskan kriteria kemasukan pelajar agar laluan mencapai kejayaan lebih terbuka, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean.

Langkah ini penting sedang pemerintah menangani cabaran membantu warga Singapura mendaki puncak kejayaan yang mereka citakan, sementara memastikan Singapura kekal sebagai masyarakat inklusif – dengan setiap rakyat bukan sahaja dapat merasakan jati diri, malah menikmati bersama kemajuan negara ini.

Encik Teo berkata demikian semasa berucap di upacara menandakan siapnya struktur kampus tetap Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) di Somapah Road, dekat stesen MRT Expo, semalam.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Pengutip derma masih degil

Tabung-tabung masih ditempatkan di premis perniagaa

Tabung-tabung masih ditempatkan di premis perniagaa

KUALA LUMPUR – Kutipan derma menerusi tabung-tabung yang ditempatkan di premis-premis perniagaan, termasuk yang dilakukan oleh individu di tempat awam masih berleluasa meskipun Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tidak membenarkan aktiviti berkenaan kerana tidak mendapat surat kebenaran rasmi jabatan itu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati masih terdapat tabung-tabung yang ditempatkan di restoran-restoran malah lokasi tumpuan umum masih menjadi sasaran pemungut derma menjalankan aktiviti secara terbuka.

Salah seorang pembantu restoran terletak di Wangsa Maju, dikenali sebagai Ali, 30, berkata, dia tahu tentang arahan larangan pihak Jawi itu, namun segala urusan berhubung tabung diputuskan majikannya.   SINAR HARIAN ONLINE

RI Borong Alutsista dari Luar Negeri

Petugas sedang menjaga helikopet puma milik TNI AU

Petugas sedang menjaga helikopet puma milik TNI AU

BANDA ACEH – Sejak beberapa tahun terakhir, pemerintah Indonesia terus melakukan penambahan alutsista militer secara besar-besaran. Direncanakan pada 2014, kekuatan militer Indonesia akan menjadi kekuatan terbesar di Asia Tenggara.

Menteri Pertahanan Purnomo Yusgiantoro saat pembukaan latihan pasukan Raider di Lapangan Blang Padang, Banda Aceh, Jumat (6/9), mengatakan, penambahan tersebut dilakukan hingga 2014 dan akan menjadi kekuatan militer terbesar di Asia Tenggara.

“TNI dalam waktu dekat akan menambah satu skuadron Helikopter Apache, selain itu juga akan ada penambahan pesawat tempur F 16 sebanyak 24 unit, pesawat tersebut akan ditempatkan di sekitar Sumatera, serta penambahan Pesawat tempur Sukhoi,” ujar Purnomo.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Pelajar tentera Brunei diterima masuk UPNM

KUALA LUMPUR – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melakar sejarah baharu apabila buat julung kalinya menerima kemasukan dua pelajar daripada Ang katan Tentera Diraja Brunei (RBAF) ke dalam Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan.

Dekan Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan UP NM, Mej. Jen. Prof. Datuk Dr. Mohd. Zin Bidin berkata, Kementerian Pendidikan telah memberikan kelulusan khas kepada dua pelajar itu memandangkan Brunei merupakan negara yang rapat dengan Malaysia.

“Pihak kami mengalu-alukan kehadiran mereka untuk bersama-sama menimba ilmu kedoktoran di universiti ini.

“Harapan saya dengan kemasukan dua orang pelajar luar negara berkenaan akan menjadi titik tolak kepada UPNM untuk menjadi fakulti perubatan tersohor di rantau ini,” katanya ketika berucap di Majlis White Coat di Dewan Theaterrette, Bangunan Lestari di sini semalam.   KOSMO ONLINE

Dahlan : Impor Pesawat Tak Bisa Ditunda

Menteri BUMN Dahlan Iskan.

Menteri BUMN Dahlan Iskan.

TEMPO.COJakarta -Menteri BUMN Dahlan Iskan menyatakan, impor pesawat dan lokomotif tetap dilakukan meski bisa membuat defisit neraca perdagangan kian lebar. Penundaan impor tak bisa dilakukan karena kontrak telah diteken oleh PT Garuda Indonesia (Persero) dan PT KAI (Persero), dengan eksportir. 

“Kalau sudah diteken kontrak tidak mungkin, bisa rugi nggak karuan. Tapi kalau belum teken kontrak rencana impor bisa ditunda,” katanya di Kementerian BUMN, Ahad 8 September 2013. 

Seperti diketahui Kementerian Perdagangan berencana meminta BUMN untuk menunda impor barang modal dengan nilai besar. Tujuannya agar beban defisit neraca perdagangan berkurang. Barang-barang itu antara lain pesawat dan lokomotif kereta api.   TEMPO ONLINE

Polis Tahan 10 Anggota Kongsi Gelap Di Padang Besar

KANGAR: Polis menahan 10 lelaki tempatan yang disyaki anggota kongsi gelap dalam operasi di Kompleks Bersepadu Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar pada Sabtu malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perlis Supt Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata mereka yang berumur antara 26 dan 32 tahun itu ditahan pukul 8 malam ketika memasuki negara ini dari Thailand.

Mereka yang berkonvoi menaiki tiga buah kenderaan ditahan oleh pasukan Ops Cantas Khas Bukit Aman dan JSJ Perlis, katanya pada sidang media, di sini, Ahad.   mStar Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 9, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

September 2013
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: