KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online Serantau – 11 0KT

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

Pesawat ‘mendarat’ depan rumah

Kudat: Pembantu juruterbang dan seorang penumpang maut, manakala empat lagi parah, selepas pesawat Twin Otter milik MASwings, terbabas merempuh sebuah rumah di Kampung Sin San dekat sini, petang semalam.

Nahas jam 2.50 petang itu berlaku apabila pesawat MH3002 dari Kota Kinabalu, terbabas ke arah kediaman terbabit sejurus mendarat di luar landasan Lapangan Terbang Kudat.

Pesawat dengan 16 orang termasuk juruterbang dan krew kabin itu, merempuh pagar konkrit rumah yang terletak luar lapangan terbang di hujung landasan itu menyebabkan sebahagian kediaman terbabit rosak teruk.   BERITA HARIAN ONLINE

Jamaah Diimbau Sedia Payung Saat Wukuf

Jamaah haji Indonesia sedang wukuf di Arafah

Jamaah haji Indonesia sedang wukuf di Arafah

REPUBLIKA.CO.ID, MAKKAH–Jemaah haji Indonesia diimbau untuk membawa payung saat wukuf di Arafah untuk mengantisipasi apabila turun hujan. Imbauan itu menyusul hujan yang mengguyur Arafah, Rabu (9/10) sore.

“Jemaah diimbau untuk bawa payung. Sedia payung sebelum hujan,” ujar Direktur Pelayanan Haji Kemenag Sri Ilham Lubis di Makkah, Kamis (10/10).

Pada Rabu sore hujan mengguyur Makkah hingga timbul genangan di beberapa tempat. Beberapa tenda yang disiapkan untuk wukuf  bahkan roboh akibat hujan disertai angin.

“Untuk tenda, kami akan coba koodinasi dengan muasasah apa antisipasi mereka seandainya pada hari H (wukuf) turun hujan,” kata Sri Ilham.   REPUBLIKA ONLINE

Audit umpama kisah dan tauladan

image (3)SHAH ALAM – Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menyifatkan laporan yang dibentangkan saban tahun sebagai ‘kisah dan tauladan’ yang perlu diberi perhatian semua pihak.

Beliau berkata, ketua jabatan orang yang paling berperanan dalam membawa perubahan.

”Kami di audit buat laporan macam lagu 60-an ‘Kisah dan Tauladan’.

“Audit (ambil) kesah supaya perkara itu dijadikan tauladan. Bayangkan kalau audit tidak masuk, benda bermasalah dibiarkan, ketirisan akan berlaku,” katanya.

Ketirisan, katanya, bukan hanya melibatkan perbelanjaan tetapi juga aspek lain termasuk pungutan hasil.   SINAR HARIAN ONLINE

Bank Dunia: Jumlah Orang Miskin Berkurang

Kemiskinan (Ilustrasi)

Kemiskinan (Ilustrasi)

WASHINGTON – Orang miskin di dunia telah merosot jumlahnya selama tiga dasawarsa belakangan.  Data Bank Dunia yang dirilis Kamis malam (10/10) atau Jumat dini hari waktu Indonesia, menyebutkannya. Namun, hingga kini, masih ada 400 juta anak, hidup dalam kondisi yang sangat parah. Kesemua jumlah anak ini, termasuk dalam 721 juta warga dunia yang hidup di bawah garis kemiskinan.

“Kami telah menyaksikan gerakan bersejarah, mereka yang  mengentaskan diri mereka dari kemiskinan selama tiga dasawarsa terakhir. Namun jumlah anak yang hidup dalam kemiskinan, membuat kami lebih yakin bahwa masih ada banyak tugas yang harus dikerjakan,” kata Presiden Bank Dunia Jim Yong Kim. Data ini dipakai sebagai referensi pertemuan Bank Dunia-IMF pada hari ini.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Ribut landa Mina, Arafah

Sebahagian khemah menempatkan jemaah Malaysia runtuh dan rosak akibat hujan dan angin kencang

Sebahagian khemah menempatkan jemaah Malaysia runtuh dan rosak akibat hujan dan angin kencang

JEDDAH 10 Okt. – Sebanyak tujuh orang cedera ketika hujan diiringi angin kencang melanda kawasan Mina dan Arafah, semalam.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam bagi Haji, Kolonel Abdullah Al-Harthy berkata, tanah suci menerima hujan sederhana yang mengakibatkan kerosakan ke atas beberapa khemah sementara yang didirikan di Arafah.

Katanya, kenderaan penduduk tempatan turut mengalami kerosakan akibat terkena serpihan zink yang digunakan sebagai pagar khemah diterbangkan ke udara.

”Sejurus menerima amaran daripada Pejabat Meteorologi dan Alam Sekitar (PME) tentang kemungkinan hujan lebat dan angin kencang, Jabatan Pertahanan terus mengambil langkah berjaga-jaga dan keselamatan bagi menangani kemungkinan situasi kecemasan.    UTUSAN ONLINE

$10j lagi bagi pertingkat hasil tani

PEMERINTAH semalam menokok lagi $10 juta ke dalam Dana Makanan Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) bagi membantu para petani dan syarikat pertanian tempatan mempertingkat pengeluaran mereka di Singapura.

Mengumumkan tambahan tersebut di Konvensyen Industri Makanan yang pertama AVA, Menteri Pembangunan Negara, Encik Khaw Boon Wan, berkata di bawah tokokan terbaru tersebut – yang ketiga sejauh ini – AVA juga telah mempermudahkan cara dana tersebut dapat dimanfaatkan, menyusuli maklum balas daripada pihak industri.

Ini termasuk mengurangkan jumlah dokumen sokongan yang diperlukan – kini hanya rekod Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra) syarikat yang dikemas kini diperlukan – dan membolehkan lebih banyak peralatan pertanian dibeli menggunakan dana itu, termasuk sistem rawatan air bagi ikan dan mesin menyemai biji bagi sayur-sayuran.  CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Malaysia potensi tinggi lahir usahawan muda: John Kerry

KUALA LUMPUR: Setiusaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry menyifatkan Malaysia sebagai negara berpotensi tinggi untuk melahirkan usahawan muda memandangkan 60 peratus populasi rakyat di negara ini terdiri daripada mereka yang berusia 35 tahun ke bawah.

Ini kerana, kebanyakan golongan usahawan berjenama global memulakan perniagaan mereka dalam lingkungan usia muda antaranya Facebook dan ia boleh diikuti golongan muda yang lain di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Dalam ucapan pembukaan Persidangan Usahawan Global (GES), beliau berkata, pihaknya memuji insentif yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mencatatkan 40 peratus pemain perindustrian kecil dan sederhana (pks) menjelang 2015 dan optimis Malaysia mampu mencapainya.   myMetro Online

Kawasan industri Malang serap 6.000 tenaga kerja

2012080319Malang (ANTARA News) – Kawasan industri di wilayah Kota Malang, Jawa Timur, diperkirakan membuka peluang lowongan kerja bagi sekitar 6.000 orang, kata Kepala Dinas Perindustrian dan Perdagangan (Disperindag) Malang, Hadi Santoso.

“Ada dua kawasan industri yang bakal kita bangun. Progres perencanaannya saat ini masih dalam tahap studi kelayakan dan tinggal kita ajukan ke wali kota,” katanya di Malang, Kamis.

Kawasan industri tersebut akan dibangun di wilayah Tlogowaru di atas lahan seluas 64 hektare dan di wilayah Arjowinangun seluas 26 hektare. Keduanya berada di Kecamatan Kedungkandang.   ANTARA NEWS ONLINE

Usaha demi kemajuan bersama

PAGE05_101002302306BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt (Bernama) – Perdana Menteri China Li Keqiang hari ini menyeru pihak yang terlibat dalam pertikaian mengenai Laut China Selatan supaya berusaha secara aktif untuk kemajuan bersama.

Dalam ucapan di Sidang Kemuncak Asean-China ke-16 di sini, Li berkata, perkara itu boleh dilakukan sementara menunggu tercapainya penyelesaian berhubung kawasan yang menjadi pertikaian.

Katanya, kedua-dua pihak tidak seharusnya membiarkan persoalan berkaitan Laut China Selatan menjejaskan keseluruhan hubungan China-ASEAN. “Kita semua bersetuju bahawa pertikaian tentang Laut China Selatan perlu ditangani melalui rundingan dan perbincangan antara pihak yang terbabit secara langsung mengenainya. Malah, kata beliau, China dan negara anggota ASEAN perlu bekerjasama untuk memelihara keamanan dan kestabilan di kawasan berkenaan serta bersama-sama berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang lebih baik dan membolehkan tercapainya penyelesaian secara aman terhadap pertikaian itu.  MEDIA PERMATA ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Oktober 11, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Oktober 2013
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: