KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online Serantau – 16 0KT

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

Tuck Yew puji semangat teguh Muslim S’pura

SAKSIKAN IBADAH KORBAN: Encik Lui (kiri), ditemani Encik Mohtar

SAKSIKAN IBADAH KORBAN: Encik Lui (kiri), ditemani Encik Mohtar

MASYARAKAT Islam tidak bersifat tertutup dan menerima warga bukan Melayu dan bukan beragama Islam dengan tangan terbuka.

Berkongsi pemerhatiannya, Menteri Pengangkutan, Encik Lui Tuck Yew, memuji kerjasama antara relawan dan usaha menggembleng sumber serta tenaga demi membantu mereka yang memerlukan.

“Masyarakat ini (Islam) sangat teguh dan menerima kedatangan orang ramai.

“Semua orang bersatu, bekerjasama, memahami dan menggembleng sumber untuk membantu mereka yang memerlukan, bukan sahaja dalam masyarakat Muslim, malah pada masyarakat besar Singapura secara amnya.

“Saya rasa itu pun penting. Apa yang mereka lakukan di masjid, ia turut menyumbang kepada kebaikan masyarakat yang lebih besar secara keseluruhannya,” ujar Encik Lui.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

93 maut gempa bumi di Filipina

Beberapa anggota penyelamat, mengangkat mayat lelaki yang maut ditimbus runtuhan akibat gempa bumi.

Beberapa anggota penyelamat, mengangkat mayat lelaki yang maut ditimbus runtuhan akibat gempa bumi.

MANILA 15 Okt. – Sekurang-kurangnya 93 orang maut dan lebih 100 lagi cedera apabila satu gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter menggegarkan tiga pulau pelancongan popular di wilayah tengah Filipina, hari ini.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam, Reynaldo Balido berkata, sebanyak 15 kematian disahkan di Cebu yang merupakan bandar kedua paling penting di Filipina, manakala 77 lagi kematian dicatatkan di Pulau Bohol dan seorang maut di Kepulauan Siquijor.

Pulau Bohol dan Siquijor popular dengan kecantikan pantai dan air lautnya serta sering menjadi tumpuan pelancong yang dibawa menggunakan bot laju dari Cebu.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada pelancong asing turut terbunuh dalam kejadian tersebut.    UTUSAN ONLINE

Kelaparan, Ulama Suriah Izinkan Warga Makan Daging Anjing

Warga Suriah kelaparan

Warga Suriah kelaparan

REPUBLIKA.CO.ID, DAMASKUS — Sekelompok ulama Suriah mengeluarkan fatwa kontroversial. Mereka mengizinkan warga yang tinggal di pinggiran kota Damaskus untuk memakan daging anjing.

Dalam sebuah video, dikutip dari BBC, ulama itu mengatakan masyarakat bisa memakan kucing, anjing dan kera untuk menghilangkan rasa lapar. Namun ulama terpaksa mengeluarkan fatwa karena rakyat di Muadhamiya kelaparan. Wilayah itu memang dikuasai pihak Oposisi sehingga terkepung militer Suriah.

Lembaga bantuan kemanusiaan meminta pemerintah mengizinkan suplai makanan masuk ke daerah itu. Karena banyak warga sipil yang terperangkap di dalamnya. Namun ratusan warga bisa melarikan diri dari wilayah itu pekan ini. Karena kedua belah pihak melakukan gencatan senjata.   REPUBLIKA ONLINE

Henti sebar berita palsu serangan Sulu: Mohammad

PULAU BANGGI (Kudat): Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mohammad Mentek memberi amaran kepada pihak yang sering menyebarkan berita palsu tentang serangan Sulu supaya segera menghentikan kegiatan mereka.

Beliau berkata, mereka bakal berhadapan tindakan undang-undang sekiranya terus mensensasikan berita berkenaan.

“Kita amat kesal kerana akhir-akhir ini wujud orang tertentu yang sengaja menyebarkan berita palsu melalui Internet, surat dan panggilan telefon bertujuan menakutkan penduduk,” katanya ketika berucap pada majlis korban sempena Hari Raya Aidiladha Masjid Kampung Karakit, dekat sini, hari ini.   BERITA HARIAN ONLINE

10,870 lembu, kerbau untuk ibadah korban

KOTA BHARU 13 Oktober – Sebanyak 10,870 ekor lembu dan kerbau akan disembelih bagi tujuan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha Selasa ini, di Kelantan.

Pengarah Perkhidmatan Veterinar Kelantan, Dr Azri Adzhar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 2,717 ekor atau 25 peratus adalah sumber bekalan ternakan tempatan manakala 8,153 ekor atau 75 peratus lagi diimport dari Thailand dan Australia.

Umat Islam yang akan melakukan ibadah korban dinasihatiagar mematuhi peraturan ditetapkan seperti memastikan ternakan yang diketahui status kesihatan, mendapat perlindungan vaksin pelalian penyakit kuku dan mulut, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.   SINAR HARIAN ONLINE

Menteri Agama Ajak Umat Islam Jaga Persaudaraan

Ribuan umat muslim berdoa di Jabal Rahma, Padang Arafah

Ribuan umat muslim berdoa di Jabal Rahma, Padang Arafah

TEMPO.CO Jakarta:Menteri Agama Suryadharma Ali mengingatkan muslim Indonesia untuk terus menjaga persaudaraan dan silaturahmi. Pesan ini disampaikan Suryadharma saat memberi sambutan pada puncak penyelenggaraan ibadah haji 1434H, Wukuf di Arafah.

“Semangat persaudaraan ini yang telah menggerakkan kaum Muslimin di Madinah, Al-Anshar menyambut dan menerima dengan hangat kedatangan kaum Muhajirin, -orang Muslim yang terusir dari Mekkah,” kata Suryadharma seperti ditulis dalam siaran resmi Kementerian Agama, Selasa, 15 Oktober 2013.
Menurut Suryadharma terjalinnya persaudaraan akan meleburkan berbagai kepentingan pribadi dan kelompok dalam wadah kebersamaan, persatuan dan kesatuan. Dalam wadah tersebut, di Arab Saudi sejak dulu beragam suku dan kabilah, warna kulit dan ras, hidup secara rukun dan damai, tanpa perbedaan.  TEMPO ONLINE
Kejar lembu di lebuh raya

Puchong: Pengguna yang melalui Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Masjid Batu 12, Puchong di sini gempar apabila seekor lembu jantan untuk korban sempena Aidiladha terlepas dari tempat penyembelihan hingga menghalang lalu lintas, semalam.

Kejadian berlaku jam 10.30 pagi apabila haiwan seberat 300 kilogram itu dikatakan tiba-tiba ‘naik minyak’ ketika orang kampung berusaha menumbangkannya sewaktu hendak disembelih menyebabkan tali yang diikat pada pokok putus sebelum ia melarikan diri dua kilometer.

Menurut sumber, dua unit peronda polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dikejarkan ke tempat kejadian dan mengambil masa setengah jam menangkap haiwan itu.   myMetro Online

Brunei pelbagaikan sumber pembekal beras

Sebahagian daripada stok simpanan beras wangi di bekalkan

Sebahagian daripada stok simpanan beras wangi di bekalkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Okt – Bagi memperkukuhkan lagi sekuriti makanan asasi negara dengan cara mempelbagaikan sumber bekalan beras supaya tidak bergantung pada sumber yang terhad, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, mengambil inisiatif untuk menambah syarikat pembekal beras ke negara ini iaitu Syarikat CP Intertrade Co Ltd, Thailand.

Menurut Pengarah Perbekalan dan Stor Negara, Pengiran Haji Mohd Noordin PLP Pengiran Haji Mohd Said, kontrak perjanjian pembelian beras antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama dengan syarikat berkenaan telah ditandatangani pada 9 Julai 2013 yang mana syarikat berkenaan akan membekalkan 3,003 metrik tan beras wangi jenis Thai Hom Mali kepada negara ini secara percubaan dalam tempoh setahun.    MEDIA PERMATA ONLINE

Si Miskin Tidak Dilarang Sekolah….

1223452Copy-of-IMG-4420780x390KOMPAS.com – Pasal 31 ayat (10) UUD 1945 menyatakan, “Setiap warga negara berhak mendapat pendidikan”. Makna yang terkandung dalam bunyi pasal itu tidak mengecualikan siapapun, termasuk mereka yang miskin.

Istilah “Si Miskin Dilarang Sekolah” tentu tidak berlaku karena pemerintah pusat melalui Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan (Kemdikbud) telah mengucurkan bantuan dana pendidikan melalui Program Bantuan Siswa Miskin (BSM). Program BSM bahkan menjadi satu dari enam program prioritas Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan (Kemdikbud) pada 2014 nanti. Adapun lima program prioritas lainnya yaitu Pendidikan Menengah Universal (PMU), Kurikulum 2013, peningkatan kualitas guru, rehabilitasi dan sarana prasarana, dan afirmasi daerah 3T.

Program BSM adalah program nasional yang bertujuan untuk menghilangkan halangan siswa miskin bersekolah dengan membantu mereka memperoleh akses pelayanan pendidikan yang layak, mencegah putus sekolah, dan menarik siswa miskin untuk bersekolah kembali.   KOMPAS ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Oktober 16, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Oktober 2013
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: