KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online Serantau – 17 0KT

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

Rumah dibina 30 hari

SALAH sebuah bangunan pasang siap berteknologi tinggi yang dibina di Jepun.

SALAH sebuah bangunan pasang siap berteknologi tinggi

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Kebanyakan kita mungkin pernah melihat kilang pemasangan kereta yang sebahagian besar kerja dilakukan oleh robot sebagaimana yang terdapat di kilang pemasangan kereta nasional, Proton.

Bagaimanapun ramai yang tidak sedar industri perumahan di kebanyakan negara, khususnya negara maju telah memasuki fasa tersebut, di mana penggunaan teknologi tinggi dapat menjimatkan masa, kos serta penggunaan tenaga kerja.

Bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan di dalam industri yang berkembang pesat ini, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) kini sedang berusaha membawa teknologi dari luar negara termasuk dari Jepun, China, Australia, United Kingdom serta Amerika Syarikat dan disesuaikan dengan keperluan teknologi tempatan.

Rumah yang ingin dibina oleh PR1MA itu adalah berkonsep pasang siap yang mampu dibina dalam tempoh 30 hingga 60 hari tetapi yang lebih penting ia sangat kukuh sehingga mampu menahan gempa bumi.

Rumah tidak lagi dibina di tapak pembinaan, tetapi dibina di dalam kilang dan apabila 90 peratus siap, ia dipindahkan ke tapak untuk menyiapkan 10 peratus lagi kerja pembinaan.   UTUSAN ONLINE

Jadi TKI, Memed Sudah 16 Kali Berhaji  

Umat Muslim di dunia berbondong-bondong menuju Jabal Rahmah di Padang Arafah

Umat Muslim di dunia berbondong-bondong menuju Jabal Rahmah di Padang Arafah

TEMPO.COMina – Seperti pepatah, sambil menyelam minum air. Itu pula yang dilakukan Memed Amin di tanah suci. Ia, yang sudah 16 tahun bekerja sebagai sopir di Arab Saudi, tahun ini akan melaksanakan ibadah haji untuk ke-16 kalinya. Memed menunaikan rukun Islam kelima ini di sela tugasnya sebagai sopir yang mengantar jemaah haji asal India.

“Sekalian saja. Mereka wukuf, saya wukuf. Sekarang mereka sedang mabit di Mina. Bus saya parkir di garasi. Jadi, saya datang ke sini. Nanti dua hari lagi baru saya jemput,” tutur pria berusia 58 tahun ini kepada Antara, Rabu, 16 Oktober 2013.

Perjalanan haji yang dilakukan Memed tanpa maktab. Semua ia lakukan sendiri sehingga ia tidak punya tenda di Mina. Bersama rekan-rekannya, ia hanya menggelar tikar di tepi jalan di depan area melempar jumrah di Jamarat. Seperti piknik saja, mereka makan dan tidur di sana.   TEMPO ONLINE

8,613 calon duduki peperiksaan bertulis STAM mulai tahun ini

KUALA LUMPUR: Sebanyak 8,613 calon akan menduduki peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang bermula pada 21 hingga 23 Oktober dan 28 hingga 29 Oktober di 116 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Menurut Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan hari ini, sebanyak 4,094 calon adalah dari sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan, 2,601 calon sekolah menengah agama negeri, 685 calon sekolah menengah agama rakyat, 48 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian dan 1,185 calon persendirian.  BERITA HARIAN ONLINE

India Tolak Tegas Pengawasan Internet

Pengawasan internet (Ilustrasi)

Pengawasan internet (Ilustrasi)

NEW DELHI– India tegas menentang pengawasan pihak manapun terhadap Internet. Apalagi, dengan mengatas-namakan keamanan dunia maya. Menteri Telkom Kapil Sibal, Selasa (15/10) mengatakan, India tidak mau  menjadi bagian dari kendali di Internet.

“Kami memiliki komite antar-pemerintah di PBB, yang berusaha menyelesaikan masalah itu melalui beberapa jenis pengawasan pemerintah, yang -saya pikir- sebagai bangsa India harus tentang,” katanya, saat berbicara di Konferensi Tingkat Tinggi Ilmu Pengetahuan Assochams India di New Delhi.

Menteri Sibal juga menentang gagasan tentang badan global untuk adanya pihak swasta yang melakukan pengawasan.  SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Pusat kewartawanan Eropah tawar kursus percuma

SINGAPURA, 15 Okt (Bernama) – Pusat Kewartawanan Eropah (EJC) mengumumkan pendaftaran kini dibuka bagi kursus kewartawanan data dalam talian secara percuma iaitu ‘Doing Journalism with Data: First Steps, Skills and Tools.’

Kursus lima modul ini memperkenalkan peserta dengan konsep, teknik dan kemahiran asas yang boleh diguna bersama-sama data secara berkesan bagi menghasilkan artikel menarik meskipun kesuntukan masa.

Kenyataan EJC menyebut kursus ini terbuka kepada sesiapa sahaja di seluruh dunia yang memiliki Internet dan berhasrat menghasilkan artikel menggunakan data.   MEDIA PERMATA ONLINE

Rumah Baru Untuk Kamera Lama

camera_1SEKEPING gambar boleh membawa seribu makna, tetapi di sebalik sebuah imej terdapat kamera yang mencipta kelainan.

Bagi memberi penghormatan dan sambutan terhadap sejarah penciptaan alat ini, sebuah muzium khas dibuka di Pulau Pinang.

Terletak di sebuah rumah kedai lama dua tingkat sebelum perang di nombor 42, Jalan Muntri, muzium ini mengukuhkan kedudukannya sebagai muzium pertama dikhaskan untuk kameradi Malaysia serta Asia Tenggara.

Pencapaian tersebut membolehkan muzium ini tercatat dalam Malaysia Book of Records.  mStar Online

Banyak Perempuan Cina Berusia Lebih dari 100 Tahun

Salah satu perempuan berusia di atas 100 tahun di Cina.

Salah satu perempuan berusia di atas 100 tahun di Cina.

REPUBLIKA.CO.ID, HAIKOU — Rupanya perempuan Cina hidup lebih lama! Itu terbukti dengan kenyataan empat-perlima dari lebih 54 ribu orang yang berusia di atas 100 tahun di Negara Tirai Bambu itu adalah perempuan.

Seorang perempuan yang berusia 127 tahun dari Cina Barat-laut adalah yang paling tua di antara mereka, demikian jumlah yang disiarkan pada Rabu (16/10), seperti dilansir Xinhua.

Geriatric Society of China (GSC) menyatakan orang tertua di Chna adalah Alimihan Seyiti, orang Uygur yang dilahirkan pada 25 Juni 1886. Perempuan tersebut tinggal di Kabupaten Shule di Wilayah Otonomi Xinjiang Uygur.

Jika terbukti, Seyiti dapat menjadi orang paling tua di dunia, dengan mengalahkan pemegang Guinness World Record, Jeanne Calment, yang berasal dari Prancis dan berusia 122 tahun, dengan selisih umur lima tahun.   REPUBLIKA ONLINE

Kanak-kanak hilang dalam hutan

Penduduk sekitar turut membantu mencari kanak-kanak terbabit. Gambar kecil: Ainaadia dan Mohd Hafiz.

Penduduk sekitar turut membantu mencari kanak-kanak terbabit. Gambar kecil: Ainaadia dan Mohd Hafiz.

BALING – Empat kanak-kanak berusia 10 sehingga 14 tahun hilang di dalam Hutan Simpan Gunung Inas dipercayai dibawa seorang lelaki yang juga penduduk tempatan.

Ainaadia Mat Dahari, 13, bersama adiknya, Ahmad Mohamad Mat Dahari, 11, dan dua rakan, Mohd Hafiz Rizuan, 14, serta Rohaizat Jamaludin, 10, dilaporkan hilang kira-kira jam 5 petang, kelmarin.

Menurut sumber, mereka termasuk dua lagi rakan sebaya yang lain mengikut lelaki yang kononnya ingin membawa mereka menjerat burung di dalam hutan tersebut.

Bagaimanapun, dua rakan kanak-kanak itu mula risau setelah memasuki kawasan hutan dan nekad pulang ke rumah masing-masing sebelum memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarga.   SINAR HARIAN ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Oktober 17, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Oktober 2013
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: