KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online Serantau – 20 0KT

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

20 penumpang panik, bas terperangkap banjir

Kanak-kanak turut terperangkap dalam kejadian itu

Kanak-kanak turut terperangkap dalam kejadian itu

BALING – Seramai 20 penumpang bas dalam perjalanan dari pekan Baling ke Sungai Petani terperangkap dalam kejadian banjir terburuk tahun ini di Kampung Binjul Luar dekat sini, kira-kira jam 5.45 petang semalam.

Kebanyakan penumpang merupakan penduduk Baling berjaya dikeluarkan dalam masa sejam menggunakan bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Baling.

Kesemua mangsa yang terperangkap tidak mengalami sebarang kecederaan melainkan trauma dengan kejadian itu.

Pemandu bas, Jamaludin Jasin, 52, berkata, arus yang terlalu deras membuatkan dia tidak boleh meneruskan pemanduan dan membayangkan bahaya kepada penumpang dan dirinya.    SINAR HARIAN ONLINE

Banjir di Bungus Akibat Pembalakan Liar

Banjir (ilustrasi)

Banjir (ilustrasi)

REPUBLIKA.CO.ID, PADANG — Wali Kota Padang Fauzi Bahar menyatakan meluapnya aliran Sungai Timbalun telah menimbulkan banjir yang menggenangi ribuan rumah pada tiga kelurahan di Kecamatan Bungus Teluk Kabung, karena rusaknya kawasan hutan di bagian hulu sungai tersebut.

“Penyebab bencana banjir kuat dugaan akibat adanya aktifitas penebangan kayu secara liar, terutama di kawasan bukit sekitar lokasi hulu sungai itu,”kata Fauzi Bahar di Padang, Sabtu Malam.

Menurut dia, karena hutan di bagian hulu sungai sudah rusak, sehingga keberadaannya sebagai pengatur dan penyerap air hujan yang turun, tidak mampu berfungsi maksimal. “Itu akibatnya kalau hutan sudah rusak,” katanya dengan nada tinggi.   REPUBLIKA ONLINE

Pemerintahan baik AMP diiktiraf

ANGKATAN Karyawan Islam (AMP) semalam menjadi satu-satunya badan Melayu/Islam (MMO) yang diberikan Anugerah Pujian Khas bagi Perekrutan dan Pembaharuan Anggota Lembaga daripada Majlis Badan Amal sebagai mengiktiraf pemerintahan baik yang diamalkan badan tersebut.

Tahun ini merupakan kali pertama Majlis Badan Amal memperkenalkan Anugerah Khas Kepujian itu – dua badan menerimanya tahun ini – di Majlis Anugerah Pemerintahan Badan Amal yang diadakan buat tahun kedua.

Satu lagi penerima Anugerah Pujian Khas tersebut ialah badan bantu diri, Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda).   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Polis Marin Semporna Gagal Cubaan Seludup 2,700 Liter Petrol

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 2,700 liter petrol ke negara jiran dengan menggunakan tiga buah bot pam di perairan Pulau Timbun Mata dan Tanjung Sirongol pada Jumaat.

Komander PPM Sabah ACP Mohammad Madun berkata bahan api berkenaan dirampas dari ketiga-tiga bot berkenaan antara pukul 7 malam hingga 7.30 malam ketika bot-bot itu dipercayai dalam perjalanan ke negara jiran berkenaan.   mStar Online

Industri mebel dan kerajinan Indonesia rajai ASEAN

Jakarta (ANTARA News) – Asosiasi Mebel dan Kerajinan Indonesia (AMKRI) optimistis industri mebel dan kerajinan nasional mampu merajai kawasan ASEAN dalam kurun lima tahun ke depan.

“Kami optimistis dalam lima tahun ke depan ekspor industri ini bisa menjadi barometer di kawasan ASEAN dengan nilai ekspor mencapai USD5 miliar,” kata Ketua Umum AMKRI Soenoto dalam jumpa pers di kawasan Trade Expo Indonesia (TEI) 2013, Kemayoran, Jakarta, Sabtu.   ANTARA NEWS ONLINE

Tiada sijil lahir: Nenek bimbang masa depan dua cucu

CHE Su Ali bersama Muhammad Shahrul Nizam dan Muhammad Shahrin

CHE Su Ali bersama Muhammad Shahrul Nizam dan Muhammad Shahrin

SUNGAI PETANI 18 Okt. – Dua kanak-kanak di Kampung Pengkalan Bukit Kecil, Simpor dekat sini bukan sahaja tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah malah salah seorang daripada mereka langsung tidak memiliki sijil kelahiran.

Kanak-kanak tersebut, Muhammad Shahrul Nizam, 8, dan Muhammad Shahrin, 9, terpaksa menumpang kasih dengan nenek mereka, Che Su Ali, 71, sejak kematian ibu pada 2007.

Menurut Che Su, urusan persekolahan Shahrin tidak dapat dilakukan memandangkan dia tidak memiliki dokumen kelahiran yang sah.

“Beberapa tahun lalu, proses daftar lewat kelahiran telah dibuat tapi hanya separuh jalan,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.   UTUSAN ONLINE

Pengusaha Tekstil Dukung Free Trade RI-AS

Industri tekstil (Ilustrasi)

Industri tekstil (Ilustrasi)

JAKARTA – Asosiasi Pertekstilan Indonesia (API) mendesak pemerintah segera menandatangani free trade agreement atau perjanjian perdagangan bebas antara Republik Indonesia (RI) dengan Amerika Serikat (AS) yang terjalin dalam kerangka Trans Pasifik Partnership (TPP).

Pasalnya, dengan adanya kerangka perjanjian tersebut diyakini bisa mendongkrak nilai ekspor tekstil dan produk tekstil (TPT) nasional.

“Kami berharap pemerintah segera merealisasikan free trade dengan AS serta Uni Eropa agar kinerja ekspor TPT bisa meningkat hingga 3 kali lipat. AS dan Uni Eropa adalah pasar ekspor utama produk TPT Indonesia dan rata-rata ekspornya mencapai 50% per tahun dari total ekspor TPT,” kata Ketua Umum API, Ade Suderajat Usman disela acara Aseantex and Streetwear Asia 2013 di Jakarta, Jumat (18/10).   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Kereta api Bukit Bendera terkandas

ORANG ramai menaiki kereta api Bukit Bendera yang beroperasi seperti biasa semalam selepas terkandas dua jam malam kelmarin.

ORANG ramai menaiki kereta api Bukit Bendera yang beroperasi seperti biasa semalam 

GEORGE TOWN – Gangguan bekalan elektrik menjadi punca kereta api Bukit Bendera terhenti di pertengahan landasan ketika menuruni bukit sehingga menyebabkan lebih 100 pengunjung terkandas hampir dua jam malam kelmarin.

Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera (PHC), Lawrence Khoo berkata, dalam kejadian pada pukul 7.30 malam itu, tindakan beberapa penumpang yang menendang pintu serta cuba memecahkan cermin tingkap sebelum meluru keluar beramai-ramai sebaik sahaja pintu terbuka secara paksa menyebabkan situasi menjadi bertambah buruk.

“Kita ada bekalan tenaga elektrik simpanan yang boleh diguna ketika kecemasan dan ia memerlukan kurang dari 10 minit untuk kita teruskan semula operasi.   KOSMO ONLINE

Cubaan seludup 220 batang kayu bakau dipatahkan

TAWAU, 18 Okt – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar 220 batang kayu bakau bernilai RM37,000 ke negara jiran dengan menggunakan bot jongkong awal pagi semalam.

Komander PPM Sabah, ACP Mohammad Madun berkata kesemua kayu bakau berkenaan dirampas dari dua buah bot jongkong yang diperiksa di kawasan Sungai Sinosolan kira-kira jam 4.30 pagi selepas mendapati kayu bakau itu dibawa tanpa dokumen yang sah.

“Sepasukan anggota Pasukan Polis Marin yang sedang dalam rondaan Op Cantas Khas Laut terserempak dan menahan dua bot jongkong yang dipercayai dalam perjalanan menuju ke Nunukan, Indonesia. Hasil pemeriksaan mendapati 220 batang kayu bakau di dalam bot jongkong terbabit.   MEDIA PERMATA ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Oktober 20, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Oktober 2013
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: