KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online Serantau – 21 0KT

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

Sultan Sulu, Jamalul Karim III, meninggal dunia

Sultan Sulu, Jamalul Karim III, meninggal dunia hari Minggu (20/10) di sebuah rumah sakit di Filipina pada usia 75 tahun, setelah mengalami gagal organ.

Nama Sultan Jamalul Karim ramai dibicarakan di kawasan, setelah para pengikutnya menginvasi Sabah, Malaysia, Februari silam, menewaskan puluhan orang dan memicu krisis keamanan.

Istri sultan, Fatima Celia, kepada kantor berita Associated Press mengungkapkan, sebelum meninggal suaminya memerintahkan keluarga dan pengikutnya untuk melanjutkan upaya merebut kembali Sabah.   TEMPO ONLINE/BBC INDONESIA

Asteroid diramal langgar bumi 19 tahun lagi

MIAMI: Pakar astronomi berkata, sebuah asteroid dengan ukuran 410 meter panjang, dikenali 2013 Tv135, akan melintasi atau mungkin menghentam Bumi pada 26 Ogos 2032.

Asteroid itu dikesan bergerak melalui buruj zirafah oleh saintis di Pusat Pemantau Astrofizik Crimea di selatan Ukraine minggu lalu.

“Saya sedang memantau buruj zirafah. Pemerhatian kali pertama menunjukkan ia bergerak dengan cepat dan agak hampir dengan Bumi,” kata pakar kaji bintang Gennady Borisov yang menambah 2013 Tv135 berada pada kedudukan 6.8 juta kilometer dari Bumi, Rabu lalu.    BERITA HARIAN ONLINE

Kesilapan lalu dijadikan iktibar untuk jaya

 Encik Muhammad Sudarman Ahmad dan Cik Raihan Roslan

Encik Muhammad Sudarman Ahmad dan Cik Raihan Roslan

MEREKA berdua pernah hilang tumpuan di sekolah sehingga tidak mencapai keputusan yang diinginkan bagi peperiksaan genting.

Namun, Cik Raihan Roslan dan Encik Muhammad Sudarman Ahmad tidak membiarkan kesilapan masa lalu menghalang mereka daripada mencapai cita-cita.

Berkat kegigihan dan sokongan dari orang tua, kedua-dua mereka akhirnya berjaya meraih ijazah yang telah lama diidamkan.

Mereka antara 100 pelajar Institut Pembangunan Pengurusan Singapura (MDIS)-Universiti Oklahoma City yang menaiki pentas untuk menerima ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan dalam Pengajian Liberal dengan penumpuan pada Komunikasi Massa, semalam.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Lebih 400 Rumah Di Seberang Perai Dilanda Banjir

BUKIT MERTAJAM: Lebih 400 buah rumah di tiga daerah di Seberang Perai dilanda banjir kilat sejak lewat malam tadi ekoran hujan turun tanpa henti selama hampir tujuh jam mulai petang Sabtu.

Di Seberang Perai Tengah (SPT), kawasan paling teruk dilanda banjir ialah Permatang Pauh dan Bukit Mertajam yang melibatkan 250 buah rumah dan menyebabkan ada penduduk yang terpaksa berpindah.

Seorang mangsa di Permatang Rawa Mukim 7 di sini, Abdul Razak Ismali, 54, berkata rumahnya dilanda banjir sejak awal pagi Jumaat tetapi tidak teruk berbanding malam tadi kerana pada sebelah siang, air telah surut.   mStar Online

578 Calon Bersaing Perebutkan Kursi Kepala Desa

21pilkadesTEMANGGUNG -Belasan pasangan calon atau kandidat perseorangan dalam pemilihan kepala daerah itu biasa. Tapi di Temanggung, bisa disebut luar biasa. Tak kurang 578 orang bersaing mencalonkan diri menjadi kepala desa di Kabupaten Temanggung. Pemilihan dilakukan berlangsung secara serentak di 225 desa di daerah tersebut, Sabtu.

Kepala Bagian Pemerintah Desa Pemkab Temanggung Agus Sarwono mengatakan sebenarnya ada 226 desa yang menggelar pilkades. Namun, karena di Tanggulanom, Kecamatan Tlogomulyo, tidak ada pendaftarnya maka hanya ada 225 desa.

Ia menyebutkan 578 calon tersebut, terdiri atas 532 laki-laki dan 46 perempuan.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Terminal lapangan terbang Filipina ‘paling teruk’

MANILA, Filipina, 18 Okt – Terminal lapangan terbang utama Manila di Filipina telah dinamakan sebagai terminal yang paling teruk di dunia bagi tahun kedua berturut-turut dalam kajian yang dijalankan oleh laman web perjalanan secara online.

Para pegawai pada hari ini telah menolak hasil kajian, menegaskan keadaan sedang diperbaiki.

Laman web “The Guide to Sleeping in Airports” berkata terminal Manila yang penuh sesak telah menduduki tempat nombor satu yang paling teruk di dunia oleh para pelancong berdasarkan keselesaan, kemudahan, kebersihan dan perkhidmatan pelanggan.

Ulasan yang dipaparkan di laman web telah menyebut tentang “kemudahan yang usang”, pekerja lapangan terbang yang tidak jujur – terutamanya pemandu teksi – masa menunggu yang begitu lama dan para pegawai yang kurang ajar.   MEDIA PERMATA ONLINE

Bangunan bebas kuman di China

Nilon antibakteria ini didakwa mampu menghapuskan kuman di sekitar pejabat tersebut

Nilon antibakteria ini didakwa mampu menghapuskan kuman di sekitar pejabat tersebut

IA mungkin kelihatan seperti sebuah istana gergasi berbentuk aneh, tetapi ia sebenarnya adalah blok pejabat paling bersih kerana bebas daripada kuman.

Dipetik DailyMail, rekaan pelik digelar Bubble Building itu adalah hasil idea kreatif studio 3GATTI yang sebelum ini pernah mencipta bangunan berbentuk payung dan menara telekomunikasi yang dilitupi rumput.

Bahagian luar pejabat yang terletak di tengah-tengah bandar Shanghai itu juga akan dilengkapi nilon antibakteria yang boleh mengembung.

Menurut 3GATTI, pembinaan struktur unik itu juga  berfungsi untuk menghapuskan kuman di sekeliling premis tersebut.

“Bentuk gelembung di luar bangunan direka untuk bergerak mengikut arah tiupan angin. Bahagian luar pula dinaikkan sepenuhnya ketika waktu bekerja bagi memastikan pengudaraan lebih baik, namun ia akan ditutup pada waktu malam,” jelas jurucakap 3GATTI itu lagi.  SINAR HARIAN ONLINE

Chen Long Kalahkan Chong Wei, China Borong Empat Gelar

Chen Long

Chen Long

JAKARTA, Kompas.com – China akhirnya memborong empat gelar juara di Denmark Terbuka Super Series Premier setelah di nomor tunggal putera Chen Long mampu mengungguli Lee Chong Wei, Minggu (20/10/2013).

Chen Long yang merupakan unggulan 2 berhasil mengungguli unggulan pertama asal Malaysia tersebut dalam dua gim 24-22, 21-19. Dalam pertandingan final yang berlangsung di Odense Sports Park, Odense,  Chen Long menang dalam 1 jam 8 menit.

Pertandingan dua pemain dua peringkat utama dunia ini berlangsung ketat. Chen Long yang selama ini berusaha melepaskan diri dari bayang-bayang Chong Wei dan pemain China lainnya, Lin Dan bermain  dengan determinasi dan teknik yang tinggi.   KOMPAS ONLINE

Nelayan hanyut 19 hari ditemui selamat dekat Pulau Perhentian

ABDUL AZIZ (kiri)

ABDUL AZIZ (kiri)

KUALA BESUT – Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas keluar menunda bot rakannya di Pantai Dasar Sabak pada 2 Oktober lalu ditemui selamat kira-kira 10 batu nautika dari Pulau Perhentian di sini semalam.

Abdul Aziz Daud, 58, dari Kampung Pulau Seratus, Tumpat ditemui pekerja Island Resort di antara Pulau Perhentian dan Pulau Lang Tengah pada pukul 12 tengah hari selepas hanyut selama 19 hari.

Mangsa kemudian dibawa ke Jeti Pelancongan Kuala Besut pada pukul 3.15 petang.

Cerita Abdul Aziz, dia seolah-olah berada di ambang maut selepas botnya dihanyutkan sehingga ke perairan Vietnam.   KOSMO ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Oktober 21, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Oktober 2013
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: