KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online Serantau – 23 0KT

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

Banjir semakin buruk

MANJUNG – Mangsa banjir di Pantai Remis terus meningkat, kini kepada 1,077 orang.

Sehingga jam 6 pagi tadi, sebuah lagi pusat pemindahan terpaksa dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Hampar menempatkan 59 orang daripada 17 keluarga.

Berbanding semalam, jumlah mangsa yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sedia ada juga meningkat masing-masing SK Sungai Batu (659); Dewan Orang Ramai Kampung Tebuk Yan 2 (75);  Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kampung Padang Serai (85) dan Taman Bintang (199).   SINAR HARIAN ONLINE

Saudi Akan Denda Operator Haji yang Tinggalkan Sampah

Puluhan jamaah haji asal Indonesia, Malaysia, dan Maroko melintasi perbukitan gurun memasuki wilayah Makkah

Puluhan jamaah haji asal Indonesia, Malaysia, dan Maroko melintasi  gurun memasuki wilayah Makkah

 

REPUBLIKA.CO.ID, JEDDAH — Kementerian Haji Arab Saudi menginstruksikan penyelenggara dan firma haji membersihkan seluruh sampah di tempat-tempat suci. Mereka juga harus membersihkan kembali tenda-tenda jamaah agar lokasi di sekitarnya bersih dan rapi kembali.

Kementerian mengatakan, penyelenggara haji yang tidak patuh terhadap instruksi tersebut akan didenda seribu saudi riyal per satu ton sampah. Pemerintah Kota Makkah mengatakan, limbah dan sampah yang dikumpulkan dari tiga lokasi, Mina, Arafah dan Muzdalifah berjumlah 53 ribu ton. Masih ada lagi tambahan 6.000 ton sampah dari berbagai titik tempat suci.   REPUBLIKA ONLINE

Brunei laksana hukum hudud

Bandar Seri Begawan: Sultan Brunei semalam memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina.

Mengumumkan keputusan itu, beliau merujuk langkah berkenaaan sebagai yang bersejarah pelaksanaan undang-undang Islam sebenar di negara itu.

Sultan Hassanal Bolkiah, 67, antara lelaki terkaya di dunia, berkata, akta baru undang-undang syariah yang dikaji selama bertahun-tahun itu diperkenalkan secara rasmi semalam di negara yang kaya dengan minyak itu mengikut tempoh percubaan selama enam bulan.    myMetro Online

Arab Saudi akan tindak 120.000 jemaah haji ilegal

Pemerintah Saudi mengatakan 120.000 haji ilegal akan dikenakan sanksi atau deportasi.

Pemerintah Saudi mengatakan 120.000 haji ilegal akan dikenakan sanksi atau deportasi.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi tengah melacak keberadaan 120.000 orang yang melakukan ibadah haji secara ilegal.

Sejumlah laporan di Arab Saudi mengatakan Kementerian telah mengirimkan surat ke para gubernur berisi desakan untuk mencari dan menghukum mereka yang melakukan ibadah haji tanpa izin.

Mereka yang ketahuan melanggar akan dipanggil ke kantor-kantor polisi hari Minggu mendatang.

Warga Saudi yang melakukan ibadah haji tanpa izin akan dikenai denda sementara warga asing akan dideportasi dan dilarang kembali dalam 10 tahun ke negara tersebut.   BBC INDONESIA

Kematian ‘Sultan Sulu’ tak jejas tuntutan atas Sabah

MANILA: Kematian seorang tokoh Filipina yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, tidak akan menjejas kajian yang sedang dijalankan oleh pemerintah Filipina perihal tuntutan negara itu terhadap Sabah, menurut seorang jurucakap pemerintah Filipina, kelmarin.

“Ia seolah-olah mengandaikan bahawa tuntutan itu bergantung pada seseorang, ia bukan demikian, ertinya, kajian itu masih diteruskan,” kata Timbalan Jurucakap Presiden Filipina, Cik Abigail Valte, dalam satu wawancara dengan sebuah stesen radio.

Beliau berkata demikian semasa ditanya sama ada pemerintah Filipina masih mahu membuat tuntutannya terhadap Sabah menyusuli kematian Jamalul Kiram III.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Kebakaran ‘mega’ Australia

Sydney: Pasukan bomba Australia kelmarin berdepan keadaan paling mencabar dalam tempoh beberapa dekad kerana beberapa kebakaran besar berpotensi mengancam Sydney.

Lebih 200 rumah musnah dan 120 lagi rosak akibat kebakaran hutan yang berlaku di seluruh negeri New South Wales berikutan cuaca panas minggu lalu, dibantu angin kencang.

“Kami berdepan keadaan yang sukar dikawal. Ia seakan mengulangi keadaan seperti lewat 60-an” Shane Fitzsimmons, Pesuruhjaya RFS New South Wales.   BERITA HARIAN ONLINE

Malaysia deportasi 109 WNI melalui Nunukan

ilustrasi Sejumlah Tenaga Kerja Indonesia (TKI) ilegal yang dideportasi dari Malaysia

ilustrasi Sejumlah Tenaga Kerja Indonesia (TKI) ilegal yang dideportasi dari Malaysia

Nunukan (ANTARA News) – Pemerintah Kerajaan Malaysia memulangkan (deportasi) sebanyak 109 warga negara Indonesia (WNI) bermasalah yang bekerja di Negeri Bagian Sabah Malaysia melalui Kabupaten Nunukan Kalimantan Utara.

Konsul RI Tawau Malaysia, Muhammad Soleh melalui Konsul Muda Media Informasi/Komunikasi, Fasilitasi Penyelesaian Masalah Ketenagakerjaan, Johan Mulyadi di Tawau, Selasa menyebutkan WNI bermasalah yang dipulangkan ini berkaitan dengan program PATI (pendatang asing tanpa izin) yang dilakukan pemerintah Kerajaan Malaysia.

Ia menambahkan, seluruh WNI bermasalah tersebut berkaitan dengan tidak memiliki dokumen keimigrasian sehingga tidak memenuhi syarat sebagai pekerja asing di negara itu.   ANTARA NEWS ONLINE

37 pelajar bakal lakar sejarah kumpulan graduan pertama veterinar

umpulan pertama pelajar Fakulti Perubatan Veterinar

umpulan pertama pelajar Fakulti Perubatan Veterinar

KOTA BHARU 22 Okt. – Seramai 37 pelajar yang merupakan kumpulan pertama penuntut Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang kini mengikuti pengajian tahun akhir semakin teruja untuk melakar sejarah sebagai graduan sulung universiti dalam jurusan itu tahun depan.

FPV UMK yang juga fakulti kedua seumpamanya di negara ini selepas Universiti Putra Malaysia (UPM) memasuki usia lima tahun dengan bilangan penuntut dari tahun satu hingga lima iaitu sebanyak 200 orang.   UTUSAN ONLINE

200 Ribu Pria di Jakarta Rawan Terkena HIV/AIDS

Pegawai Negeri Sipil (PNS) diambil sample darahnya saat dilakukan pengujian tes HIV

Pegawai Negeri Sipil (PNS) diambil sample darahnya saat dilakukan pengujian tes HIV

TEMPO.CO Jakarta – Sebanyak 246.820 orang lelaki pelanggan seks komersil di DKI Jakarta rawan terjangkit HIV/AIDS. Sekretaris Komisi Penanggulangan AIDS Rohana Manggala mengatakan persebaran HIV/AIDS di Ibu Kota paling besar disumbang oleh perilaku seks tidak sehat seperti gonta-ganti pasangan atau tidak menggunakan kondom.

“Jumlah penderita HIV/AIDS di Jakarta bahkan masuk tiga besar se-Indonesia,” kata Rohana di Balai Kota pada Selasa, 22 Oktober 2013. Tercatat pada tahun 2013 ada 24.807 kasus positif HIV dan 6.973 penderita AIDS.

Menurut data Komisi tercatat di DKI Jakarta pada tahun 2012 ada 21.229 jiwa pekera seks komersil berpotensi HIV/AIDS. Rinciannya, 7.662 jiwa merupakan pekerja seks komersil langsung yang menjajakan diri di lokalisasi atau jalanan.  TEMPO ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Oktober 23, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Oktober 2013
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: