KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online Serantau – 24 0KT

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

EMPANGAN MELIMPAH

Air deras setinggi 4 meter bawa bersama lumpur, pokok, pasir rempuh Lembah Bertam

Cameron Highlands: Tiga maut, seorang lagi hilang apabila air yang dilepaskan dari Empangan Sultan Abu Bakar, di Ringlet, di sini, tengah malam dan awal pagi semalam menyebabkan banjir lumpur, di Lembah Bertam.

Aliran air membawa sampah sarap, pokok dan pasir menyebabkan Sungai Bertam melimpah serta menghanyutkan kira-kira 80 rumah, yang terletak di tebing sungai itu. BERITA HARIAN ONLINE
Mudahkan yang berkaitan dengan pendidikan
20130716relokasi2Tak ada yang membantah posisi sentralpendidikan dalam pembangunan. Semua sepakat bahwa mutu pendidikan harus terus ditingkatkan. “Kita melihat ke depan mutu SDM harus diperbaiki, salah satunya lewat pendidikan. Untuk itu apa pun yang berhubungan dengan pendidikan harus mendapatkan kemudahanpajak,” kata Drs. Iman Santoso, M.Si, dosen Universitas Indonesia  Jurusan Administrasi Fiskal, bidang pajak.
Untuk itu Iman menilai porsi 20 persen anggaran pendidikan dalam APBN sebagai tepat. Dia mengapresiasi sumbangsih pajak untuk pendidikan, dengan antara lain menyebut sekolah gratis berdana BOS (Bantuan Operasional Sekolah).
“Beberapa sekolah telah dibangun lebih representatif. Itu sudah ada kemajuan. Dari segi kurikulum, sudah banyak perbaikan,” kata Iman, lalu mencontohkan Universitas Indonesia yang disebutnya terus menyesuaikan diri dengan kebutuhan lapangan, berkat dukungan dana pajak.    ANTARA NEWS ONLINE
3 maut dalam banjir kilat di Cameron

BH_20131024_LIPIX_807456KUANTAN: Tiga penduduk terbunuh dalam kejadian banjir kilat selepas air Sungai Bertam melimpah ekoran air empangan Sultan Abu Bakar di Ringlet, Cameron Highlands, dilepaskan awal semalam.

Dua mangsa meninggal dunia akibat lemas manakala seorang lagi meninggal dunia akibat serangan jantung, lapor laman Berita Harian Malaysia, yang menukil laporan agensi berita Bernama.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, remaja warga Indonesia berusia 17 tahun pula dipercayai hilang akibat dihanyutkan arus deras dan seorang lelaki cedera akibat kejadian itu.

Menurut pihak polis, banjir itu turut merosakkan 80 rumah dan 100 kenderaan.  CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Sultan Pahang Minta Rakyat Pelihara Persefahaman Kaum

PEKAN: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah meminta seluruh rakyat di negara ini supaya terus memelihara persefahaman antara satu sama lain dan menjaga keharmonian sedia ada.

Baginda bertitah segala perkara remeh dan tidak penting yang boleh mengganggu-gugat keharmonian rakyat dan kemakmuran negara perlu ditolak ke tepi dan jangan sesekali diungkit.

“Sekiranya berlaku pertelingkahan dan pergaduhan, hanya akan merugikan rakyat, justeru semua rakyat perlu berfikir dengan sewaras-warasnya sebelum melakukan sesuatu,” titah baginda dalam majlis istiadat pengurniaan darjah dan pingat kebesaran sempena ulang tahun ke-83 Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, di sini, Khamis.   mStar Online

Putin: Islam Bagian Terpenting Rusia

Russian President Vladimir Putin

Russian President Vladimir Putin

REPUBLIKA.CO.ID, BASHKORTOSTAN–Sikap Presiden Rusia, Vladimir Putin, soal umat Islam memang tidak bisa ditebak. Sebelumnya, Putin merupakan pihak yang menentang keras pembangunan masjid di Moskow.

Kini, Putin memuji Islam sebagai bagian terpenting dalam masyarakat Rusia yang beragam. “Nenek moyang kami tidak pernah mendiskriminasi satu sama lain atas dasar etnis dan keyakinan,” kata dia ketika bertemu ulama Muslim di Ufa, Bashkortostan, Seperti dilansir The Voice of Rusia,Kamis (24/10).

“Mereka saling menghormati dan mendukung dalam suka dan duka. Mereka juga meninggalkan kia warisan yang besar, yakni persahabatan yang menghindarkan kita saling menghancurkan dan menyalahkan,” tambah dia.   REPUBLIKA ONLINE

Jaminan keadilan dan kesejahteraan semua

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Okt – Sememangnya tidak dapat diragukan lagi bahawa undang-undang ciptaan Allah secara mutlaknya adalah menjamin keadilan dan kesejahteraan untuk semua, Muslim dan non-Muslim.

Demikian itulah ketentuan Allah, Undang-Undang-Nya adalah untuk semua, menyeluruh bagi keadilan dan kesejahteraan untuk semua. Islamkah mereka atau bukan Islamkah, sekaliannya itu adalah sama-sama dilindungi oleh Undang-Undang-Nya.

Golongan Zimmi, golongan orang bukan Islam yang duduk bernaung di bawah panji-panji Islam, sama sekali tidak boleh disakiti, tidak boleh dizalimi oleh sesiapapun, jelas Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Juned.Jika dilakukan juga maka hukumnya adalah berdosa, tegasnya semasa menyampaikan Ceramah Perdana semasa Majlis Pembukaan Rasmi Majlis Ilmu 2013 di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas hari ini.   MEDIA PERMATA ONLINE

Operasi pulau ditutup paling lewat November 

Sebahagian pelancong yang sedang menunggu bot untuk ke Pulau Redang

Sebahagian pelancong yang sedang menunggu bot untuk ke Pulau Redang

KUALA TERENGGANU – Segala aktiviti pelancongan di pulau peranginan di negeri ini akan mula ditutup selewat-lewatnya November depan atau bergantung pada keadaan cuaca berikutan musim tengkujuh di Pantai Timur akan bermula.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee berkata, pada kebiasaannya operasi di pulau ditutup selama empat bulan mulai pertengahan Oktober.

Menurutnya, perjumpaan bersama pengusaha chalet, resort dan bot akan diadakan dalam masa terdekat untuk membincangkan perkara itu.

“Walaupun arahan belum dikeluarkan, tetapi mereka (pengusaha) telah mula membuat persediaan kerana setiap tahun musim tengkujuh akan bermula pada akhir Oktober hingga awal Januari atau Februari depan.   SINAR HARIAN ONLINE

Burung Gagak Dikaitkan dengan Kematian Jemaah Haji 

TEMPO.COJakarta – Seorang jemaah haji Indonesia meninggal setelah mendaki Jabal Nur. Menurut kabar yang beredar, kepala jemaah itu dipatuk burung gagak sebelum ia meninggal. Hal ini dilaporkan Antara, Senin, 21 Oktober 2013. Memang, di Mekah, khususnya di beberapa kawasan bukit batu seperti Jabal Nur, burung gagak banyak berkeliaran.

Burung gagak merupakan salah satu hewan yang disebut dalam Al-Quran. Burung berwarna hitam ini berperan dalam mengajarkan manusia bagaimana cara menguburkan jenazah untuk pertama kalinya. Bukan tanpa alasan Allah SWT memberikan tugas ini kepada burung gagak. Di antara unggas, gagak diketahui memiliki kecerdasan tertinggi. Gagak memiliki proporsi otak terbesar, bila dibandingkan dengan ukuran tubuhnya.

Dalam beberapa kebudayaan dan mitologi, burung gagak seringkali dianggap sebagai pertanda buruk. Di Eropa misalnya, gagak dipercaya sebagai burung peliharaan penyihir. Sementara di Indonesia, gagak dianggap pertanda datangnya petaka, termasuk kematian. TEMPO ONLINE

Aquino yakin tamatkan pemberontakan Islam

MANILA 24 Okt. – Presiden Filipina, Benigno Aquino menaruh keyakinan beliau mampu menamatkan pemberontakan pemisah Islam di wilayah selatan sebelum melepaskan jawatannya pada 2016.

Kerajaan berharap untuk memeterai perjanjian damai akhir bersama Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) pada tahun ini, namun rundingan itu menjadi buntu.  UTUSAN ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Oktober 24, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Oktober 2013
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: