KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online Serantau – 26 0KT

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

AS intip perbualan 35 pemimpin dunia

London: Amerika Syarikat memantau perbualan telefon 35 pemimpin dunia, menurut dokumen sulit yang dibocorkan bekas kontraktor Edward Snowden, lapor akhbar The Guardian, kelmarin.

Nombor telefon pemmpin dunia itu disampaikan kepada Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) oleh seorang lagi pegawai jabatan kerajaan lain, kata dokumen itu, lapor The Guardian dalam laman webnya.

Memo itu menyatakan, kakitangan Rumah Putih, Jabatan Negara dan Pentagon digesa berkongsi nombor telefon ahli politik asing.    BERITA HARIAN ONLINE

Banyak Remaja Kena Kanker Paru, Rokok dan Makanan Berminyak Pemicunya

Metode deep fried merupakan teknik menggoreng dalam minyak panas dan banyak, sehingga bahan gorengan terendam sempurna.

Metode deep fried merupakan teknik menggoreng dalam minyak panas dan banyak, sehingga bahan gorengan terendam sempurna.

KOMPAS.com – Data Pusat Kanker Nasional RS Kanker Dharmais (RSKD) menyebutkan penderitakanker paru terus meningkat, utamanya pada perokok. Lima tahun terakhir juga muncul tren, perokok perempuan meningkat sehingga risiko terkena kanker paru pun tinggi. Perokok remaja juga mengalami peningkatan. Pasien kanker paru pada remaja pun tendensinya terus naik.

“Pasien kanker paru paling banyak di atas usia 40. Tapi perokok usia SMP/SMA tendensinya naik. Semakin muda usia penderitanya, kanker paru semakin ganas dan peluang hidupnya kecil,” terang spesialis paru dan pernapasan yang juga Ketua Tim Kerja Paru RSKD, dr A Mulawarman Jayusman, SpP(K) kepada Kompas Health di Jakarta.

Mulawarman mengatakan kanker paru pada usia muda cenderung agresif karena pertumbuhan sel kanker lebih cepat menyebar. Kanker bisa menyebar ke bagian atas tubuh juga bagian bawah. Bukan hanya di paru, tapi juga ke tulang, kelenjar, otak, liver, ginjal.  KOMPAS ONLINE

Jepun lulus hukuman lebih berat jika bocor rahsia negara

TOKYO: Kabinet Jepun semalam meluluskan satu rang undang-undang yang akan mengenakan hukuman lebih berat kepada pesalah yang mendedahkan maklumat sulit negara.

Undang-undang itu bertujuan menangani masalah birokrasi Jepun yang dikatakan mudah membocorkan rahsia sehinggakan sekutu rapatnya, Amerika Syarikat, keberatan berkongsi maklumat perisikan jika masalah itu tidak diatasi.

Ketua jurucakap kerajaan, Encik Yoshihide Suga, berkata undang-undang baru itu penting kerana “perkongsiaan maklumat perisikan dengan lain negara hanya boleh dilakukan jika rahsia itu dapat disimpan”.

Di bawah undang-undang baru itu, pegawai perkhidmatan awam yang membocorkan rahsia negara boleh dikenakan sehingga 10 tahun penjara.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA   

Tunggang kuda rawat OKU

Seorang kanak-kanak istimewa yang mengikuti rawatan di Pusat Hippoterapi dan RDA Terengganu

Seorang kanak-kanak istimewa yang mengikuti rawatan di Pusat Hippoterapi dan RDA Terengganu

KUALA TERENGGANU – Aktiviti menunggang kuda untuk OKU di Pusat Hippoterapi, Terengganu Equestrian Resort (TER) mampu memberi sinar kepada golongan istimewa itu.

Pengerusi Yayasan Kebajikan Perkasa Alam, Datuk Hamzah Muhammad berkata, terapi itu menggunakan gerakan irama tiga dimensi daripada gerakan kuda sementara penunggang diletakkan secara teratur di atas pelana sambil belajar dan bertindak balas terhadap setiap gerakan kuda.

“Ia membolehkan mereka mengembangkan kawalan postur, reaksi dan koordinasi. Selain itu, mereka juga akan mendapat manfaat dari segi psikologi, pertuturan dan bahasa.   SINAR HARIAN ONLINE

RI Terbaik di Dunia dalam Keuangan Mikro Syariah

syariah-ilustrasi-_131022200122-914REPUBLIKA.CO.ID, SINGAPURA — Negara-negara muslim di dunia memiliki lembaga keuangan mikro syariah (LKMS) sebagai wujud penerapan prinsip ekonomi syariah.  Meskipun begitu, keterjangkauan LKMS hanya didominasi oleh tiga negara yaitu Indonesia, Bangladesh dan Afghanistan dengan presentase sekitar 80 persen.  Director International Islamic Law and Finance Centre Singapore Management University Andrew White menilai dari ketiga negara itu, Indonesia adalah pemimpin dalam pengaplikasian LKMS atau yang dikenal dengan Baitul Maal Wat Tamwil (BMT).

“Indonesia yang terbaik di dunia dalam keuangan mikro syariah,” ujar Andrew.  Andrew menyatakan hal itu dalam seminar bertajuk Poverty Alleviation Through Islamic Microfinance: The BMT Model in Indonesia yang diselenggarakan oleh The International Islamic Law and Finance Centre Singapore Management University di Singapura, Jumat (25/10).  Acara turut dihadiri oleh Majelis Pengurus Pusat Perhimpunan BMT Indonesia dan segenap peserta yang berasal dari akademisi dan masyarakat umum di Singapura.    REPUBLIKA ONLINE

Penyamun Amerika Latin tumpas

Shah Alam: Walaupun beberapa sindiket pecah rumah dianggotai suspek dari Amerika Latin berjaya ditumpaskan, namun masih ada yang tidak serik dan terus menjadikan negara ini sebagai ‘lubuk’ mendapatkan wang mudah.

Terbaru, sindiket itu terbabit dalam satu kejadian pecah rumah di rumah seorang pensyarah wanita di Seksyen 8, di sini, Jumaat lalu menyebabkan mangsa mengalami kerugian lebih RM30,000.

Namun, kelicikan tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 dan 44 tahun yang juga suspek utama dalam kes berkenaan berjaya dicekup polis dalam dua tangkapan berasingan oleh sepasukan anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kelmarin.   myMetro Online

Flu Burung Mewabah di Lampung

Penyuntikan vaksin anti flu burung (Ilustrasi)

Penyuntikan vaksin anti flu burung (Ilustrasi)

BANDARLAMPUNG  –Virus flu burung (avian influenza-H5N1) mewabah di dua kabupaten di Provinsi Lampung, yakni Kabupaten Lampung Selatan dan Lampung Timur. Ribuan ayam mati di dua kabupaten tersebut.

Di Kabupaten Lampung Selatan, flu burung mewabah di Kecamatan Palas, Kalianda, dan Rajabasa. Wabah virus flu burung tersebut awalnya ditemukan daerah pesisir Kecamatan Rajabasa, kemudian merabak ke wilayah Kalianda dan terus ke Palas.

Bahkan sebelumnya, dua warga Dusun Banjar Sari, Desa Palas Bangunan, Kecamatan Palas, masing-masing bernama Rodiah (55 tahun) dan Sri Rahayu (34 tahun) dinyatakan suspect virus mematikan tersebut dan kini dirawat di Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Abdoel Moeloek, Bandarlampung.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Lima lelaki bersama 13 ekor ayam sabung ditahan

LABUAN: Polis Marin di sini menahan 5 lelaki tempatan dan merampas 13 ekor ayam sabung yang cuba di bawa ke Menumbok menaiki sebuah bot MK 1245 dalam satu Ops Cantas Khas Laut pada Sabtu lalu.

Jurucakap Polis Marin, Komander pasukan Polis Marin (W4), ACPMohamad Madun, berkata kesemua mereka yang membabitkan seorang pemandu, seorang pekerja bot dan tiga penumpang ditahan bersama 13 ekor ayam sabung jantan dalam bot berkenaan berhampiran kawasan Terminal Feri Menumbok kira-kira jam 2 petang.   NEW SABAH TIMES ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Oktober 26, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Oktober 2013
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: