Dalam masa beberapa hari lagi tibalah bulan November, dan selepas itu bulan Disember. Maknanya sudah 10 bulan kita menjalani tahun 2013. Dan menjelanglah pula tahun 2014. Dan dalam bulan November ini juga kita sama-sama akan menyambut awal Muharram tahun Hijrah 1435.
Begitulah pantasnya waktu berjalan. Rasanya baru saja kita menyambut ketibaan tahun Masehi 2013 dan Hijrah 1434, dan sekarang tahun baru pula menjelma.
Bagaimana dengan keadaan kita. Berapa banyakkah perkara yang dirancang hendak kita lakukan tahun ini, telah dapat kita lakukan dan bagaimana pula dengan kejayaan yang telah dicapai.
Dan apabila tiba tahun-tahun baru ini, kita akan terus membuat perancangan dan kita akan terus membuat penjadualan tentang apa yang hendak kita lakukan. Hakikatnya bagaimanakah agaknya kesudahannya dan hasil yang akan dibawa olehnya.
Inilah yang sentiasa menghantui kita, terutama kita yang sentiasa membuat perancangan dan strategi mengenai masa depan kita.
Komen Terbaru