KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online Serantau – 28 0KT

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

Cagar MyKad

Bagan Serai: Polis mengesan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir penagih dadah tegar di daerah itu yang sanggup menjual atau mencagar MyKad masing-masing untuk mendapatkan bekalan dadah.

Difahamkan, MyKad itu dijual kepada sindiket yang kemudian membekalkannya kepada pendatang asing tanpa izin pada harga tinggi.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, perbuatan terdesak itu kini makin popular dalam kalangan penagih dadah warga tempatan yang tidak menghargai dokumen kewarganegaraan dimiliki.  myetro Online

‘Bocoran risik AS paling serius’

WASHINGTON: Tindakan bekas kakitangan Agensi Risik Pusat (CIA) Amerika Syarikat, Edward Snowden, membocorkan rahsia program pengintipan negara itu telah membantu seteru Amerika dan merupakan pelanggaran maklumat rahsia paling serius dalam sejarah negara tersebut.

Demikian pandangan bekas pegawai kedua tertinggi CIA dalam satu wawancara dengan sebuah stesen televisyen semalam.

Encik Michael Morrell, yang pernah menjadi timbalan pengarah dan pemangku pengarah CIA, memberitahu rancangan CBS, 60 Minutes, bahawa pendedahan bekas kakitangan kontrak agensi risikan tersebut telah merosakkan usaha mengesan ancaman pengganasan yang mungkin berlaku.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Usaha menangani suaka politik

Sebahagian pencari suaka dari Sri Lanka

Sebahagian pencari suaka dari Sri Lanka

SYDNEY 25 Okt. – Australia memeterai perjanjian dengan Malaysia bagi menghalang pencari suaka politik singgah di negara-negara Asia Tenggara untuk ke Indonesia, negara yang menjadi tempat mereka menaiki bot untuk pergi ke perairan negara ini.

Ketibaan ribuan pencari suaka politik di negara ini sejak bertahun-tahun lalu menjadi satu masalah politik utama kepada Canberra.

Menteri Imigresen dan Perlindungan Sempadan Australia, Scott Morrison menganggarkan lebih separuh rakyat asing yang masuk secara haram ke Australia menggunakan Malaysia sebagai transit.  UTUSAN ONLINE

Generasi muda harus disiapkan hadapi globalisasi

ilustrasi Aksi Sumpah Pemuda

ilustrasi Aksi Sumpah Pemuda

Jakarta (ANTARA News) – Menjelang peringatan Sumpah Pemuda yang ke-85 pada Senin (28/10), Pemerintah dan lintas sektoral harus mempersiapkan secara sistematis agar pemuda Indonesia mampu menghadapi era globalisasi.

Heru Cokro, Presiden Junior Chamber International (JCI) Indonesia tahun 2014, mengemukakan hal tersebut lewat Forum Diskusi Pemuda di Jakarta, Minggu (27/10).

Heru mengatakan, belum disiapkan pemuda di era globalisasi terlihat dari tidak adanya visi Indonesia yang spesifik untuk menghadapi globalisasi, termasuk artikulasi tentang globalisasi yang lebih memadai dalam Rencana Pembangunan Jangka Panjang (RPJP) 2005–2025 dan Rencana Pembangunan Jangka Menengah (RPJM) 2010–2014.   ANTARA NEWS ONLINE

Pelajar, ulama lawan bomoh

JAKARTA: Berpuluh-puluh penuntut sekolah agama dan ulama seluruh wilayah Banten mengunjungi ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK) Indonesia selepas KPK dilaporkan kena sihir.

Salah seorang pelajar yang hadir, Dudung Abdurrahman, berkata kumpulan berkenaan membaca al-Quran untuk melindungi KPK daripada sebarang usaha mistik untuk menghalang siasatan ke atas dinasti politik Banten yang dicemari rasuah.

Ahli sihir di Banten, Sukabumi dan Cianjur Selatan akan serang pemimpin KPK. Mereka akan lakukannya tanpa arahan Atut atau pihak lain” Ki Gendeng Pamungkas Bomoh

“Ini adalah inisiatif kami sendiri menunjukkan sokongan moral kepada KPK. Ia juga bertujuan supaya KPK tidak takut dengan sebarang ilmu hitam,” katanya.  BERITA HARIAN ONLINE

Perhebat giatkan usaha agar pesara tentera diambil bekerja

KOTA KINABALU, 25 Okt (Bernama) – Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) sedang mempergiatkan usaha agar pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diambil bekerja.

Ketua Pengarahnya Liza Bakar berkata Perhebat sedang menjalinkan kerjasamadengan pelbagai syarikat bagi memastikan pesara ATM diambil untuk menjawat sekurang-kurangnya jawatan penyelia di syarikat terlibat.

“Jika mereka (pesara ATM) diambil bekerja dalam bidang keselamatan, kita(Perhebat) tidak mahu mereka hanya sekadar menjadi pengawal yang menjaga pintu premis, tetapi digaji untuk menyelia pengawal keselamatan yang lain,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan kursus pra latihan peralihan bakal pesara ATM di Kem Lok Kawi dekat sini hari ini.   MEDIA PERMATA ONLINE

Malaysia Curi Batu Bara di Perbatasan

Ilustrasi.

Ilustrasi.

PONTIANAK – Ketua Forum Komunikasi Masyarakat Perbatasan Provinsi Kalimantan Barat (Kalbar), Krisantus Herusiswanto, mengingatkan Tentara Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI AD) untuk lebih bersikap jujur terhadap indikasi pencurian batu bara oleh pengusaha Malaysia di bawah Bukit Selantik, Kawasan Kalingkang, Desa Jasa, Kecamatan Ketungau Hulu, Kabupaten Sintang.

Hal itu dikemukakan Krisantus Herusiswanto kepada SH, Kamis (24/10), menanggapi Dandim 1205/Sintang, Letkol (Inf) Anggit Exton Yustiawan, sebagaimana dikutip salah satu media cetak di Pontianak, Rabu (23/10).

Menurut Anggit Exton Yustiawan, TNI AD belum menemukan bukti keterlibatan pihak asing dalam praktik pencurian batu bara yang dilaporkan merangsek masuk ke wilayah Indonesia, melewati terowongan bawah tanah di Bukit Selantik.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Agensi didakwa tipu jemaah umrah

KUALA LUMPUR – Sebuah agensi pelancongan didakwa menipu kira-kira 1,200 bakal jemaah umrah dari seluruh negara, melibatkan kerugian RM4.8 juta selepas penerbangan mereka ditunda beberapa kali dan gagal menuntut kembali wang mereka.

Difahamkan agensi pelancongan beribu pejabat di Wangsa Maju di sini gagal menguruskan penerbangan jemaah umrah dijadualkan pada Jun tahun ini walaupun bayaran penuh RM3,999 seorang dibuat sejak 2012.

Seorang daripada perunding kumpulan jemaah yang dilantik agensi itu, Qurratul ‘Ain Hasman, 25, berkata dia bersama-sama 54 jemaahnya hanya menyedari ditipu selepas jemaah yang dijadual berlepas pada Jun tahun ini terkandas atas alasan masalah dana dan visa.

“Pada mulanya saya dimaklumkan wakil agensi, terdapat masalah berkaitan dana tidak mencukupi yang seharusnya dibiayai syarikat korporat bagi menanggung RM1,500 setiap jemaah daripada harga sebenar pakej umrah iaitu RM5,500,” katanya kepada pemberita ketika berhimpun bersama 100 mangsa lain di hadapan pejabat agensi itu di sini hari ini.   SINAR HARIAN ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Oktober 28, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Oktober 2013
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: