KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online Serantau – 02 NOV

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

Cameron Highlands tidak diwarta sebagai kawasan pelancongan

DR. MAKETAB

DR. MAKETAB

KUALA LUMPUR – Seorang pakar alam sekitar tidak terkejut dengan kewujudan kebun haram seluas 10,432 padang bola di Cameron Highlands, Pahang kerana kawasan tanah tinggi itu tidak pernah diwartakan sebagai kawasan pelancongan.

Presiden, Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Profesor Dr. Maketab Mohamed berkata, pihak berkuasa sepatutnya bertanggungjawab penuh terhadap masalah hakisan tanah yang berlaku di kawasan itu yang berpunca daripada aktiviti pembukaan kebun sayur dan bunga sejak sekian lama.   KOSMO ONLINE

Malaysia Minta Penjelasan AS Soal Dugaan Perisikan

Mata-mata dan penyadapan arus data dan komunikasi (ilustrasi)

Mata-mata dan penyadapan arus data dan komunikasi (ilustrasi)

REPUBLIKA.CO.ID, KUALA LUMPUR – Malaysia meminta penjelasan dari Amerika Syarikat atas laporan media tentang dugaan kegiatan mata-mata kedutaannya di Kualalumpur, kata Menteri Luar Negeri Anifah Aman pada Kamis (11/1).

Menurut kenyataan Anifah, Duta Besar AS untuk Malaysia Joseph Y. Yun menjawab bahawa semua kegiatan pengawasan oleh AS di seluruh dunia adalah bertujuan keselamatan, terutama untuk mengenali kemungkinan berhubung dengan keganasan dan senjata pemusnah besar-besaran.

Yun menambah bahawa Kedutaan Besar AS telah menerima arahan untuk meninjau skop kerja dalam hal ini, sementara meyakinkan bahawa privasi individu tidak akan terjejas.   REPUBLIKA ONLINE

Cuba ragut rantai wanita dari dalam kereta, tapi…

BH_20131101_DSSNATCH_818312KUALA LUMPUR: Seorang wanita sedang berjalan kaki apabila beliau dihampiri sebuah kereta dan seorang lelaki di tempat duduk penumpang depan kereta itu tiba-tiba keluar dan cuba meragut rantai yang dipakainya.

Mujur wanita itu (lihat gambar) dapat melawan dan menangkis serangan perompak tersebut, yang kemudian bergegas masuk semula ke dalam keretanya sebelum memecut melarikan diri.

Insiden tersebut berlaku di Desa Aman Puri, Kepong, di Kuala Lumpur, pada 12.30 tengah hari, Selasa lalu.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Monsun Timur Laut dijangka berakhir Mac 2014

KUALA LUMPUR – Musim Monsun Timur Laut di negara ini bermula semalam dan dijangka berakhir pada minggu ketiga Mac 2014.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, episod hujan lebat pertama dijangka berlaku sekitar minggu ketiga bulan ini.

Ia menjelaskan bahawa pada musim ini, negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, kawasan pantai Sarawak dan pantai timur Sabah akan mengalami empat hingga lima episod hujan lebat yang menyeluruh dan berterusan selama tiga hingga tujuh hari.

Keadaan itu boleh mengakibatkan kejadian banjir di negeri-negeri pantai timur dan kawasan selatan Semenanjung pada bulan ini dan Disember serta Januari 2014.    SINAR HARIAN ONLINE

Penternak Perlu Bibit, Bukan Insurans

28Sapi-Impor-smh-com-auBANDAR LAMPUNG – Para penternak lembu di Provinsi Lampung lebih memerlukan bibit lembu dan modal usaha ketimbang insurans. Pasalnya, jika hanya bergantung modal sendiri dan bekalan bibit lembu daripada penternak rakyat sukar untuk mencapai swasembada lembu.

Demikian pendapat penternak lembu di Lampung berkaitan pelancaran insurans lembu oleh Kementerian Pertanian (Kementan), baru-baru ini. Sebelumnya Timbalan Menteri Pertanian, Rusman Heriawan menyebutkan, premium insurans lembu sebesar Rp 200.000-Rp 300.000 yang dibebankan kepada penternak swadaya.

Sementara beban premium swadaya untuk lembu potong sebesar Rp 200.000 per ekor setahun dengan harga pertanggungan induk Rp 10 juta. Lembu tenusu sebesar Rp 300.000 per ekor setahun dengan harga pertanggungan induk Rp 15 juta per ekor.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Pertandingan kucing amal

Antara kucing yang dipamerkan di Pusat Belia Bandar Seri Begawan.

Antara kucing yang dipamerkan di Pusat Belia Bandar Seri Begawan.

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov – Kumpulan Bertindak Bantuan Kemanusiaan Katakhijau dengan kerjasama persatuan penggemar kucing Brunei Meow, hari ini menganjurkan Pameran dan Pertandingan Kucing 2013 yang berlangsung di Dewan Riadah, Pusat Belia Bandar Seri Begawan.

Pameran dan pertandingan itu adalah bertujuan mengutip derma bagi dana tabung Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Brunei bersempena sambutan Hari Kesedaran Kanser Payudara 2013.

Sebanyak 33 ekor kucing telah dipamerkan hari ini dan dijangka sebanyak 45 ekor kucing akan menyertai pertandingan yang dijadualkan pada 3 Nov ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Katakhijau hari ini.   MEDIA PERMATA ONLINE

Tren Tergelincir: Perkhidmatan Komuter Kembali Pulih

Beginilah keadaan tren komuter yang tergelincir di Rawang.

Beginilah keadaan tren komuter yang tergelincir di Rawang.

PETALING JAYA: Perkhidmatan tren Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kembali pulih selepas tren berkenaan tergelincir berhampiran Stesen Rawang pada Jumaat.

Jurucakap KTMB berkata satu daripada dua landasan terlibat telah pun diperbaiki bagi membolehkan tren lain menggunakan laluan berkenaan.

“Landasan pertama selesai dibaik pulih pada pukul 7.30 malam, dan kini landasan tersebut telah boleh digunakan,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata perkhidmatan keretapi akan kembali pulih seperti biasa menjelang tengah malam Jumaat.  mStar Online

Impor Minyak Mentah Meningkat

Kapal pengangkut minyak mentah milik Pertamina MT Gunung Geulis

Kapal pengangkut minyak mentah milik Pertamina MT Gunung Geulis

TEMPO.CO, Jakarta – Timbalan Menteri Perdagangan Bayu Khrisnamurti menyatakan Indonesia perlu meningkatkan pengeluaran minyak mentah. Pasalnya, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Badan Pusat Statistik, import minyak mentah Indonesia pada September 2013 tercatat US $ 1196,7 juta dengan volume 1.382,4 ribu tan. “Menurut saya, ini peringatan untuk kita agar menggenjot pengeluaran minyak biar tidak makin banyak import,” kata Bayu di Kementerian Perdagangan, Jakarta, Jumat, 1 November 2013.

Angka tersebut menunjukkan kenaikan. Sebab, pada bulan sebelumnya, import minyak mentah hanya US $ 990 juta dengan kelantangan import 1.181,9 ribu tan.

Import minyak mentah dari Januari hingga September tahun lalu sebanyak US $ 7.936,6 juta dengan kelantangan import 9.234,6 ribu tan. Sedangkan perkembangan import minyak mentah pada Januari hingga September tahun ini US $ 10.261,3 juta dengan kelantangan import 12.136,4 ribu tan.   TEMPO ONLINE

Salah guna lesen bot tempatan

ANGGOTA Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga (3) PDRM memeriksa salah sebuah bot nelayan

ANGGOTA Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga (3) PDRM memeriksa salah sebuah bot nelayan

KUANTAN 1 Nov. – Tangkapan beberapa individu yang merasuah anggota penguat kuasa tidak mampu menyelesaikan masalah nelayan di negara ini jika masih ramai pengusaha bot nelayan tempatan menyalahgunakan lesen dimiliki dengan memajaknya kepada nelayan asing.

Nelayan turut mendakwa lesen atau permit laut dalam yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan dimonopoli oleh golongan kenamaan (VVIP) dan individu berpengaruh menyebabkan nelayan asing yang menyewa bot daripada mereka ‘kebal’ daripada dikenakan tindakan.

Amalan menyalahgunakan lesen itu memberi keuntungan lumayan kepada pemilik lesen bot tempatan kerana mereka mampu memperoleh pendapatan mencecah RM50,000 sebulan apabila nelayan asing membayar RM5,000 bagi setiap bot yang dipajak tanpa perlu mereka menyediakan bot, menggaji pekerja dan bersusah-payah turun menangkap ikan ke laut.  UTUSAN ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on November 2, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

November 2013
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: