KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online Serantau – 03 NOV

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

SPAD: Lebih 50,000 bas sekolah tak berdaftar

YAN – Terdapat lebih 50,000 bas sekolah di seluruh negara yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Menurut Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar, sehingga kini, hanya 18,000 bas sekolah yang berdaftar.

Syed Hamid berkata, kebanyakan pengusaha bas sekolah terutamanya di kawasan luar bandar tidak mendaftar dengan SPAD kerana mereka menggunakan bas lama yang tidak memenuhi syarat dan peraturan ditetapkan suruhanjaya itu.

“SPAD tidak mempunyai apa-apa halangan untuk mengeluarkan lesen bas sekolah, asalkan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan.    SINAR HARIAN ONLINE

14 kes JE dilaporkan di Daerah Belait

PEGAWAI Daerah Belait, Awang Haji Haris bin Othman ketika mempengerusikan majlis muzakarah kempen kebersihan dan taklimat penyakit JE

PEGAWAI Daerah Belait, Awang Haji Haris bin Othman ketika mempengerusikan majlis muzakarah kempen kebersihan dan taklimat penyakit JE

KUALA BELAIT, Sabtu, 2 November. Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai untuk terus berwaspada terhadap penyakit bawaan nyamuk terutama sekali semasa musim hujan kebelakangan ini.

Menurut kajian saintifik, turunan hujan yang lebih tinggi akan menyebabkan lebih banyak takungan air dan peningkatan pembiakan nyamuk.

Nyamuk merupakan vektor pembawa penyakit yang boleh menyebabkan jangkitan kepada manusia seperti demam denggi, malaria, chikungunya, filariasis dan Japanese Encephalitis (JE).

Jangkitan virus JE disebar oleh nyamuk Culex, virus ini wujud dan membiak di dalam haiwan terutamanya pada khinzir dan burung-burung air. Apabila nyamuk Culex menggigit haiwan tersebut, virus berkenaan akan membiak di dalam nyamuk, seterusnya manusia akan dijangkiti melalui gigitan nyamuk itu.   PELITA ONLINE

Aceh Diguncang Gempa 5,6 Skala Richter

REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA – Badan Meteorologi dan Geofisika menyampaikan telah terjadi gempa bumi di 421 Km Barat Daya Kabupaten Simeulue, Nanggroe Aceh Darussalam.

Dikutip dari akaun twitter rasmi BMKG, @ infoBMKG, gempa berkekuatan 5.6 Skala Richter itu berlaku pada pukul 00:18:18 WIB dengan kedalaman 10 Kilometer.

Belum diketahui kesan dari gempa tersebut.   REPUBLIKA ONLINE

Lokomotif Kereta Api Hatyai-KL Terbakar

Lokomotif kereta api yang terbakar.

Lokomotif kereta api yang terbakar.

IPOH: Lokomotif kereta api yang menuju ke Kuala Lumpur dari Hatyai terbakar di Kuala Kangsar pada awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi itu, lokomotif kereta api dengan 12 gerabak yang membawa seramai 442 penumpang tersebut, tiba-tiba terbakar ketika melalui jambatan kereta api Enggor berhampiran dengan SMK Simpang Beluru.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Guan Beng Kang berkata, tiada penumpang atau kakitangan yang cedera dalam kejadian itu.

“Para penumpang telah dibawa ke stesen keretapi Kuala Kangsar manakala lokomotif yang rosak telah ditarik ke stesen keretapi Sungai Siput.   mStar Online

Produk buatan Indonesia undian makin baik kualitinya

Peragaan busana bertema "The Parang" karya perancang Edward Hutabarat di Jakarta Fashion Week 2014

Peragaan busana bertema “The Parang” karya perancang Edward Hutabarat di Jakarta Fashion Week 2014

Jakarta (ANTARA News) – Wakil Menteri Perdagangan, Bayu Krisnamurthi, menyatakan peningkatan produksi produk dalam negeri mampu menekan importasi, terkhusus barang konsumsi yang pada Januari-September 2013 turun 1,96 persen.

“Faktor penurunan barang konsumsi ada beberapa hal, salah satunya konsumen Indonesia makin peduli dan meminati produk dalam negeri,” kata dia, dalam jumpa pers di Kementerian Perdagangan, Jakarta, Jumat.

Dia mengatakan, semakin banyak masyarakat Indonesia menilai produk-produk Indonesia memiliki kualitas lebih baik, beberapa contohnya adalah produk batik dan kuliner.

“Ini perkembangan yang harus kita syukuri, dan akan kita lihat ke depan, karena memang konsisten penurunannya untuk konsumsi tersebut,” kata dia.  ANTARA NEWS ONLINE

Cameron Highlands tidak boleh diselamatkan lagi

HAKISAN melampau menjadi punca air Empangan Sul tan Abu Bakar di Cameron Highlands baru-baru ini.

HAKISAN melampau menjadi punca air Empangan Sul tan Abu Bakar di Cameron Highlands baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Seorang pakar alam sekitar menegaskan, kehijauan Cameron Highlands sudah tidak boleh diselamatkan lagi kerana daerah itu sudah diteroka untuk pelbagai jenis pembangunan sejak 100 tahun lalu.

Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Mohamad Pauzi Zakaria berkata, sejak ditemui pada tahun 1885, Cameron Highlands telah menjadi kawasan pelbagai guna secara komersial.

Beliau berkata, pembangunan secara meluas itu meliputi aktiviti komersial seperti pertanian, perhotelan dan perumahan selain pembalakan.

“Sudah lebih 100 tahun Cameron Highlands diteroka dengan rakus, maka untuk membolehkannya pulih seperti dahulu adalah sesuatu yang sangat sukar dan mustahil,” katanya.   KOSMO ONLINE

Sebahagian Keperluan Aspal Indonesia Masih Diimport

53Aspal-id.wikipedia.orgJAKARTA – Sebahagian besar keperluan aspal untuk pembinaan infrastruktur di Indonesia masih harus diimport. Kerananya, perlu pelbagai usaha untuk meningkatkan pengeluaran aspal dari lokasi dalam negeri.

“Keperluan aspal lima tahun terakhir kira-kira 1.2 juta tan setahun dan akan semakin meningkat di masa mendatang,” kata Timbalan Menteri Pekerjaan Umum Hermanto Dardak dalam keterangan tertulis yang diterima di Jakarta, Sabtu (2/11).

Menurut Hermanto, memandangkan pengeluaran aspal dalam negeri hanya kira-kira 400 ribu tan setahun, Indonesia harus mengimport sisa keperluan dari luar negeri. Dengan demikian, kerajaan menyokong sejumlah usaha dalam membuat aspal lebih mudah didapati, ekonomi, dengan kualiti yang lebih baik. Plus disokong pembangunan teknologi untuk mencapai kemampanan dalam pembinaan jalan di Indonesia, kata dia.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

DBKL kongsi kepakaran UPM banteras tikus

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan berkongsi kepakaran dan pengalaman dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam usaha membanteras pembiakan dan habibat tikus di Pasar Raja Bot di sini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, ini kerana hasil kajian dan penyelidikan yang dijalankan universiti tersebut kebanyakannya dilihat mampu membantu dan memberi sumbangan kepada komuniti.

Menurutnya, dalam tempoh terdekat operasi pembersihan secara besar-besaran akan diadakan selama tiga hari melibatkan pelbagai pihak termasuk Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Alam Flora Sdn. Bhd. dan badan bukan kerajaan.

“Kita berharap satu kaedah yang benar-benar berkesan dapat ditemui bagi menghapuskan haiwan perosak ini.   UTUSAN ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on November 3, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

November 2013
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: