KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online Serantau – 05 NOV

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

Imam Masjidil Haram terbata-bata pimpin solat gerhana

Masjidil Haram, Mekah, Arab Saudi

Masjidil Haram, Mekah, Arab Saudi

Makkah (ANTARA News) – Imam Masjidil Haram Sheikh Khaalid al Ghamdi sempat terbata-bata saat memimpin solat gerhana matahari, Minggu sore waktu setempat.

“Imam seringkali menangis,” ujar Johan Salam, jemaah haji asal Indonesia yang mengikuti solat gerhana di Masjidil Haram, Makkah, kira-kira pukul 16.30 waktu setempat.

Pada solat dua rakaat tersebut imam membacakan Surat Yasin dan Al Hujurat.

Menurut Johan, banyak jemaah yang tidak mengetahui bahawa akan dilaksanakan solat gerhana matahari kerana tidak diumumkan.

“Tidak ada persiapan atau kabar apapun sebelumnya. Tiba-tiba ada panggilan solat tiga kali, dan yang ketiga disebutkan solat gerhana,” katanya.    ANTARA NEWS ONLINE

1,250 rakyat Malaysia hadiri Pesta Durian di Melbourne

MELBOURNE: Bau durian begitu ketara apabila kira-kira 1,250 rakyat Malaysia di Australia menikmati kelazatan “Raja Buah” itu pada Pesta Durian di sini malam tadi. 

Untuk menjayakan pesta ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membuat penghantaran khas durian jenis D24 dan “Musang King” atas permintaan Konsul Jeneral Malaysia di sini.  BERITA HARIAN ONLINE

SiKAP dapati 314 kesalahan

PENGARAH Pengangkutan Darat, Awang Haji Abdul Khalid bin Haji Mustafa semasa menjelaskan kepada para media mengenai perkembangan SiKAP.

PENGARAH Pengangkutan Darat, Awang Haji Abdul Khalid bin Haji Mustafa semasa menjelaskan kepada para media mengenai perkembangan SiKAP.

BERIBI, Isnin, 4 November. – Sebanyak 314 pesalah telah dicatatkan sepanjang bulan Oktober oleh pihak Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) dengan kerjasama Pasukan Polis Diraja Brunei sejak Sistem Keselamatan Amalan Pemandu (SiKAP) mula dikuatkuasakan pada 1 Oktober 2013.

Menurut Pengarah Pengangkutan Darat, Awang Haji Abdul Khalid bin Haji Mustafa kesalahan yang paling banyak dicatat daripada jumlah tersebut ialah sebanyak 260 pesalah yang memandu melebihi had laju yang ditetapkan, diikuti dengan kesalahan tidak mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan lampu trafik, memandu tanpa lesen yang sah, memandu kenderaan dengan tayar botak, membawa muatan dengan bahaya, kegagalan memakai tali pinggang keledar serta gagal memandu di lorong sebelah kiri jalan raya.

“Daripada jumlah 314 kesalahan itu juga, seramai 188 pemandu telah membayar denda kompaun dan diberikan mata demerit, sementara lima kes kesalahan dihadapkan untuk tindakan mahkamah dan denda kompaun yang belum dijelaskan adalah sebanyak 126”, jelas Awang Haji Abdul Khalid pada Sidang Media mengenai laporan mengenai perkembangan SiKAP, berlangsung di JPD, di sini.   PELITA BERUNAI ONLIN

35 tahun jahit kasut

Abdul Aziz membaiki kasut pelanggan.

Abdul Aziz membaiki kasut pelanggan.

KUALA KRAI – Kerjayanya tidak setanding golongan profesional, tetapi tanpanya ramai terpaksa menggantikan kasut atau selipar kesayangan rosak dengan yang baharu.

Atas alasan itulah seorang warga emas dari Banggol Judah, Abdul Aziz Abdullah, 54, tidak jemu berulang alik dari kampungnya ke sini kerana khidmatnya begitu diperlukan.

Minat mendalam juga membuatkan Abdul Aziz terus menyediakan perkhidmatannya kepada masyarakat di sini kerana menyedari tidak ramai mempunyai kemahiran dimilikinya.   

Berbekalkan bangku kecil, pisau, gunting, gam, jarum Abdul Aziz menjalankan rutin harian tanpa jemu bermula seawal jam 8 pagi di kaki lima kedai berhampiran Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK).  SINAR HARIAN ONLINE

Banjir kilat landa beberapa kawasan

Banjir ini berlaku pada petang semalam di Politeknik Singapura di Dover Road.

Banjir ini berlaku pada petang semalam di Politeknik Singapura di Dover Road.

BANJIR kilat melanda beberapa kawasan di Singapura ekoran hujan lebat semalam.

Menurut kenyataan Lembaga Perbekalan Awam (PUB), hujan lebat menjejas banyak tempat petang semalam

Hujan paling lebat dirakamkan di stesen pengukur hujan di Politeknik Ngee Ann dengan ukuran sebanyak 86.6 milimeter dari 3 hingga 4.40 petang.

Banjir kilat dirakamkan di kawasan berikut: Dunearn Road (di antara Yarwood Ave dengan Binjai Park); simpang Sunset Drive dengan Sunset Square; jalan susur keluar dari Clementi Road hingga Ulu Pandan Road; simpang Clementi Ave 4 dengan Commonwealth Ave West; dan Lorong Kismis.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Lebih Dari 70 Ribu TKI Terancam Dideportasi

Puluhar TKI Ilegal di Arab Saudi terancam dideportasi ke negeranya masing-masing.

Puluhar TKI Ilegal di Arab Saudi terancam dideportasi ke negeranya masing-masing.

JAKARTA – Lebih daripada 70 ribu Tenaga Kerja Indonesia (TKI) kini terancam dihantar pulang oleh Arab Saudi sebagai akibat dari berakhirnya masa pengampunan bagi para warga negara asing overstayers (menetap dan bekerja melebihi batas waktu izin visa) di negara tersebut.

Hal ini terungkap dari data yang dipaparkan Menteri Luar Negeri Indonesia, Marty Natalegawa, dan Konsulat Jeneral Indonesia (KJRI) di Jeddah, Arab Saudi.

Marty dalam sidang akhbar hari Isnin (4/11) mengatakan hingga batas waktu masa pengampunan berakhir 3 November semalam, jumlah WNI overstayers yang telah mendaftar ke KJRI dan KBRI di Arab Saudi telah mencapai 101.067 orang, sementara yang telah mendapat dokumen rasmi sesuai pilihan mereka (meneruskan bekerja atau pulang ke tanah air) baru mencapai sekitar 26.000 orang.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Penguatkuasaan Sempadan Malaysia-Thailand Perlu Diperkasa

KUALA LUMPUR: Kepesatan ekonomi negara dan kekerapan pergerakan keluar masuk penduduk di sempadan Malaysia-Thailand banyak menyumbang kepada kegiatan penyeludupan terutama senjata api.

Kegiatan itu dikesan kembali merajalela di kawasan sempadan dan kini menjadi topik perbualan masyarakat apabila kes bunuh menggunakan senjata api mencatat peningkatan.

Sempadan Malaysia-Thailand berkeluasan 640 kilometer itu terdiri daripada 551 kilometer sempadan darat manakala selebihnya merupakan sempadan perairan yang menjadi sarang kepada beberapa aktiviti penyeludupan yang didalangi kongsi gelap kedua-dua negara.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Polis Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor berkata faktor kelemahan pemeriksaan di kawasan sempadan menjadi punca kegiatan penyeludupan mudah dilakukan kumpulan penjenayah ini.   mStar Online   

Pemerhati:  Hamas Bisa Tembus Jantung Kota Israel lewat Terowong

Warga Palestina membangun kembali terowongan yang hancur di sepanjang perbatasan Gaza-Mesir di Rafah

Warga Palestina membangun kembali terowongan yang hancur di sepanjang perbatasan Gaza-Mesir di Rafah

REPUBLIKA.CO.ID, GAZA – Pemerhati poitik Israel, Roni Danial, memastikan sebentar lagi Israel boleh jadi akan mendapati anggota Hamas di tengah-tengah kota Israel lantaran terhentinya carian terowong di sempadan Gaza.

Dalam acara ‘Pengamatan’ di saluran televisyen Chenel 2 Israel, Danial menyebutkan insiden terlukanya enam tentera Israel di terowong sempadan Gaza beberapa waktu lalu menjadi bukti bahawa tidak ada jalan keluar untuk mengatasi operasi jalur terowong Hamas tersebut.

Danial mengisyaratkan tentera Israel tak mungkin mengelakkan operasi Hamas yang bergerak melalui terowong.  

”Tak mungkin bagi tentara Zionis menghindari operasi dari penentangnya di Gaza walaupun mungkin mereka tahu dimana akan terjadi peledakan,” kata Danial. ‘Itu karena sifat dari terowongan ini sangat sulit ditembus karena berada di bawah perut bumi.”   REPUBLIKA ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on November 5, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

November 2013
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: