KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

SENARIO DI MUSIM TENGKUJUH

Banyak perkara yang dikaitkan dengan musim tengkujuh.  Ada yang mengatakan ia banyak membawa mudharat dan kesusahan kepada masyarakat.  Ada juga yang mengatakan ia mendinginkan cuaca panas sebelumnya.  Ada pula yang membayangkan musim ini merubah landskap.  Dan banyaklah pandangan,  pendapat dan  andaian yang dihubungkan dengan ketibaannya.

Satu perkara adalah hakikat kepada ketibaan tengkujuh.  Pada besarnya akan berlakulah banjir,  terutama sekali di kawasan-kawasan rendah dan kawasan-kawasan di pinggiran sungai.  Dan bila ini berlaku maka akan berlakulah kerosakan harta benda … rumah akan dihanyutkan,  kawasan tanaman akan tenggelam yang membawa kerosakan dan menjejas penghasilan,  tanah akan runtuh dan berbagai lagi.

Masyarakat yang sentiasa mengharungi keadaan ini sentiasa bersiap sedia dan berjaga-jaga.  Pengalaman mereka menjadi guru yang utama.  Bukan itu saja,  malah agensi-agensi berwajib memang sudah bersedia untuk menghadapi apa juga kemungkinan.

Tetapi ada juga kejadian yang membawa keuntungan.  Umpamanya di setengah kawasan tanaman,  terutamanya di beberapa kampong di negeri  Terengganu dan Kelantan,  yang menanam ubi akan bertambahlah rezeki mereka.  Kerana ramailah yang datang membeli ubi untuk dijadikan hidangan sampingan.   Dan di beberapa tempat lagi,  khususnya di kawasan jalan raya Pasir Mas – Rantau Panjang di Kelantan,  tiba saja musim tengkujuh ramailah penduduk setempat menangkap ikan air tawar dari kawasan yang banjir untuk dijual di tepi-tepi jalan.

Pada satu ketika dahulu,  ketibaan banjir mewujudkan suasana berpesta,  terutama di bandar Kota Bharu,  Kelanta.  Ramailah penduduk mengharung air banjir di tengah bandar tersebut.  Hari ini tidak banyak kawasan bandar Kota Bharu yang ditenggelami banjir.

Lain masyarakat,  lainlah cara mereka menerima ketibaan tengkujuh.  Kepada masyarakat nelayan,  musim tengkujuh merupakan masa untuk mereka membaiki barangan menangkap ikan yang perlu diperbaiki.  Setengah dari mereka pula mencari kerja sampingan untuk menyara keluarga semasa laut bergelora dan mereka tidak dapat ke laut.

Inilah keadaan dan senario bila tiba musim tengkujuh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on November 5, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

November 2013
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: