KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Mengenai Musim Tengkujuh di akhbar online

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

Sedia hadapi musim tengkujuh

RANTAU PANJANG – 1 Okt  :  Penduduk diminta sentiasa peka dengan kenaikan paras air menjelang musim tengkujuh tidak lama lagi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Kanan Bomba (PBK 1) Zaimi Samat berkata, cuaca hujan setiap petang ketika ini, memberi petanda musim tengkujuh semakin dekat.

Menurutnya, sekiranya paras normal air sungai meningkat ke paras berjaga-jaga iaitu 9 meter, penduduk perlu bersiap sedia untuk berpindah ke pusat pemindahan.

“Sebanyak tujuh bot, jentera dan lori akan digunakan untuk memunggah penduduk dari kawasan rendah ke pusat pemindahan.   SINAR HARIAN ONLINE

Musim Tengkujuh: Cuti 11,000 Bomba Dibeku

KUALA LUMPUR –  Sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh mulai bulan ini hingga Mac depan, Jabatan Bomba dan Penyelamat membekukan cuti kira-kira 11,000 pegawai dan anggota pasukan itu di seluruh negara.

Penolong Ketua Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat, Datuk Soiman Jahid, berkata mereka kini bersiap siaga mengendalikan mangsa banjir di seluruh negara

.Setakat ini, Kedah dan Perak mengalami banjir di beberapa kawasan di kedua-dua negeri itu.   MY NEWS HUB ONLINE

Kawalan sempadan diperhebat musim tengkujuh

PASIR MAS 3 Okt. – Kawalan sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok menerusi Op Wawasan dan Merpati akan terus diperhebatkan meskipun pada musim tengkujuh yang dijangka bermula bulan depan.

Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohd. Zaki Hamzah berkata, kawalan ketat tersebut bagi mengekang aktiviti lintas sempadan seperti penyeludupan khususnya senjata api yang mampu menggugat keselamatan negara.

Menurutnya, sepanjang musim tengkujuh itu anggotanya akan membuat rondaan setiap masa menggunakan bot bagi memastikan keadaan di sepanjang sempadan Sungai Golok sentiasa terkawal dari sebarang anasir luar.  UTUSAN ONLINE

Aktiviti nelayan terhad musim tengkujuh

TELAGA AIR, Selasa  30-Oct  –  Musim tengkujuh sememangnya sinonim dengan kekurangan bekalan hasil tangkapan laut sama ada bagi golongan nelayan, dan pastinya ia memberi kesan kepada peniaga dan pembeli.

Zainal Abidin, 31, yang merupakan salah seorang nelayan dari Kampung Mersan, Sibu Laut, berkata, dia tidak menjalankan aktiviti perikanan semasa musim tengkujuh kerana keadaan laut yang bergelora serta berisiko. “Hanya golongan nelayan tertentu dan berani mengambil risiko sahaj a akan tetap turun ke laut untuk menjalankan aktiviti nelayan seperti biasa,” katanya semasa ditemui pemberita di Kampung Telaga Air, hari ini.

Namun, Zainal hanya akan mendapatkan hasil sungai sahaja untuk dijual kepada peniaga biarpun jumlah tangkapan agak terhad dan tidak seperti biasa. Tambahnya, aktiviti pada musim tengkujuh dimuatkan dengan mengambil upah membuat jaring atau jala dengan bayaran sekurang-kurangnya RM30 seutas (27 meter).   UTUSAN SARAWAK ONLINE

Tauke keropok tempah awal

KUALA TERENGGANU  4 Nov – Tibanya musim tengkujuh menandakan bekalan protein daripada hidupan laut juga berkurangan di pasaran.

Ini sebab nelayan tidak lagi turun ke laut akibat laut bergelora yang boleh membahayakan nyawa.

Selain nelayan yang terpaksa berdepan dengan kehilangan sumber pendapatan tetap, pengusaha keropok lekor di negeri ini juga turut risau dengan bekalan ikan yang menjadi bahan utama dalam pembuatan makanan kegemaran ramai itu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, pengusaha keropok lekor terpaksa buat persediaan awal bagi mengatasi masalah kekurangan ikan.   SINAR HARIAN ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on November 7, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

November 2013
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: