KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Di akhbar online serantau – 10 Nov

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

Operasi Buru Pengawal Keselamatan Tembak Mati Pegawai Bank Berakhir – Pengarah JSJ

PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Komisioner Datuk Hadi Ho Abdullah mengesahkan penahanan suspek utama kes tembak mati seorang pengawai operasi Ambank di Subang Jaya bulan lalu.

Beliau berkata suspek ditahan pada pukul 7 pagi Ahad di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor.

“Pasukan Ops Cantas Khas berjaya menahan suspek di Johor.  mStar Online

Aparat Filipina duga 10.000 tewas

Kerusakan parah akibat Haiyan nyaris merata, terutama di Pulau Leyte

Kerusakan parah akibat Haiyan nyaris merata, terutama di Pulau Leyte

Polisi di Filipina menduga sekitar 10 ribu orang kehilangan nyawa akibat sapuan topan terdahsyat dalam sejarah yang menimpa negeri itu, sejak Jumat (08/11).

Korban akibat topan Haiyan sejauh ini baru dikonfirmasi Klik mencapai ratusan orang namun laporan-laporan terpisah dari berbagai daerah menyebut masing-masing kehilangan ribuan orang.

Polisi di Elmer Soria misalnya mengatakan pemerintah daerah di Pulau Leyte saja menduga korban di wilayah pulau itu mencapai 10.000 orang.

Ratusan ribuan jiwa lainnya terpaksa diungsikan.   BBC INDONESIA ONLINE

Isu Petronas: Usahawan rasa dikhianati

Tengku Putra

Tengku Putra

PERASAAN itu dikongsi 13 wakil industri minyak dan gas Bumiputera yang bertemu kelmarin, untuk membincangkan masa depan syarikat milik kaum itu di bawah dasar baru Petronas yang didakwa mengetepikan mereka.

“Kita ini bukan syarikat ali baba. Kita usahawan yang benar-benar melabur dan mencipta teknologi sendiri,” ujar seorang daripada mereka.

Beliau menyangkal persepsi masyarakat yang kerap menganggap syarikat Bumiputera tidak layak dan hanya menjadi orang tengah untuk mengambil keuntungan atas angin.  SINAR HARIAN ONLINE

Syor lebih ramai wanita Melayu kembali bekerja

NISBAH antara pencari rezeki dan tanggungan dalam isu rumah Melayu paling tinggi di kalangan keluarga di Singapura.

Seorang pencari nafkah menanggung tiga orang dalam keluarga Melayu, berbanding kadar nasional 1:1.

Ini antara lain disebabkan peratusan wanita Melayu yang sudah berumah tangga dan tidak berkerja adalah tinggi – 53.6 peratus.

Oleh itu, laporan Semakan Rangkaian Keluarga dan Pekerjaan di bawah Forum Pemimpin Masyarakat (CLF) menyarankan lebih ramai wanita Melayu digalak kembali bekerja.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Kongsi gelap berlindung di negara jiran mula pulang

KUBANG PASU 10 Nov. – Polis mendapati anggota kumpulan kongsi gelap yang berlindung di negara jiran akibat tertekan berikutan Op Cantas Khas yang dilancarkan polis pertengahan Ogos lalu mula pulang ke negara ini.

Penolong Pengarah (Tahanan) Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, operasi memburu mereka kini tertumpu di kawasan sempadan negara termasuk di pintu-pintu masuk.

“Maklumat yang diperolehi mendapati anggota kumpulan kongsi gelap yang sebelum ini lari merentasi sempadan negara kini mula balik (ke Malaysia),” katanya kepada pemberita selepas mengetuai Ops Cantas Khas di Kompleks Imigresen, Kuarantin dan Kastam (CIQ) di sini semalam.  UTUSAN ONLINE

76 Pahlawan Nasional Tak Ada Ahli Waris

Tugu Christina Martha Tiahahu di Ambon.

Tugu Christina Martha Tiahahu di Ambon.

JAKARTA – Dari 159 tokoh yang dianugerahkan gelaran Pahlawan Nasional, 76 di antaranya tidak mempunyai keluarga atau ahli waris.

“Pahlawan Nasional yang tidak mempunyai ahli waris, hak-hak mereka dikembalikan ke negara,” kata Dirjen Pemberdayaan Sosial dan Penanggulangan Kemiskinan Kementerian Sosial Hartono Laras di Jakarta, Sabtu (9/11).

Hingga saat ini, kerajaan telah menganugerahkan gelar Pahlawan Nasional kepada 159 tokoh. Sebanyak 12 di antaranya perempuan dan hanya 83 orang yang mempunyai ahli waris.  SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIP mati ditembak

KUANTAN: Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafi Abdul Malek maut ditembak tiga lelaki di hadapan rumah nya di Indera Mahkota 2, di sini, kira-kira jam 2.30 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata mangsa dipercayai ditembak tiga das dari jarak dekat oleh sekumpulan lelaki yang datang menaiki kereta Wira Aeroback

Mangsa mati di tempat kejadian dan seorang daripada penjenayah dikatakan memakai jubah hitam.   myMetro Online

Ribuan Sokongan Mengalir Tuntut Kekayaan Nasional Dikembalikan

Petani di kebun kelapa sawit. (Ilustrasi)

Petani di kebun kelapa sawit. (Ilustrasi)

REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA – Sejumlah aktivis membentuk petisyen kedaulatan menuntut Kerajaan mengembalikan kekayaan negara yang berada di darat, udara dan laut. Mewakili masyarakat Indonesia, mereka menilai, aset negara sebahagian besar dimiliki oleh asing.

Fasilitator Petisyen Kedaulatan, Yusron Sulaiman berkata, keadaan ini semakin membimbangkan kalau masyarakat tidak bersatu. Untuk itu pihaknya membuat petisyen sebagai kemudahan masyarakat menyuarakan sokongannya.

“Bisa lewat media online di Facebook, Twitter atau website di petisikedaulatan.org, setakat ini sudah terkumpul lebih 1,127 sokongan,” kata Yusron dalam deklarasi Petisyen di Restoran Handayani Prima, Jalan Matraman, Jakarta, Ahad (10/11).   REPUBLIKA ONLINE

Bincang rondaan bersama PDRM, Polri

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib. – Bernama

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib. – Bernama

KOTA KINABALU, 6 Nov – Rondaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Republik Indonesia (Polri) di Pulau Sebatik, Tawau adalah antara perkara yang akan dibincangkan pada mesyuarat timbal balas polis kedua negara itu yang bermula 5 hingga 8 Nov.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pihaknya berharap segala prosedur berkaitan rondaan bersama itu dapat diselesaikan pada mesyuarat kali ini bagi merealisasikan pelaksanaannya tahun depan.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Ketua Polis Daerah (Polda) Kalimantan Timur (Kaltim) Drs Dicky Atotoy di sini hari ini sempena Mesyuarat Timbal Balas Ke-11 PDRM Kontinjen Sabah dan Polri Polda Kaltim di sini.  MEDIA PERMATA ONLINE

Esscom cadang wujud pasukan tindakbalas pantas hadapi ancaman keselamatan di Esszone

MOHAMMAD menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta.

MOHAMMAD menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta.

KOTA KINABALU: Kawasan Keselamatan Timur Sabah (Esscom) bercadang untuk mewujudkan sebuah unit khas yang dianggotai mereka yang terlatih bagi melaksanakan tindakan pantas dan menjadi yang pertama atau first responder kepada maklumat berkaitan sesuatu ancaman keselamatan, khususnya di kawasan Zon Selamat Pantai Timur Sabah (Esszone).

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Mentek berkata penubuhan unit khas itu penting bagi memantapkan lagi operasi Esscom, terutama tahap kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan termasuk kes pencerobohan.

Tanpa menyebut jumlah keanggotaan unit khas itu atas faktor keselamatan, Mohammad berkata unit khas yang dikenali sebagai Pasukan Tindakbalas Pantas (Quick Response Force) (QRF), bakal terdiri daripada anggota terlatih Polis Diraja Malaysia (PDRM).   NEW SABAH TIMES ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on November 10, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

November 2013
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: