KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Di akhbar online serantau – 14 Nov

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

132,801 Peminjam PTPTN Disenarai Hitam Setakat 30 September Lepas

KUALA LUMPUR: Seramai 132,801 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan pinjaman berjumlah RM2.11 bilion telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen sehingga 30 September lepas.

Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan memberitahu persidangan Dewan Rakyat bahawa sejumlah 1,329,712 peminjam PTPTN perlu membuat bayaran balik pinjaman mereka yang berjumlah RM9.51 bilion sehingga tempoh itu.

“Daripada jumlah itu, seramai 903,920 peminjam atau 68 peratus telah membuat bayaran balik berjumlah RM4.82 bilion.   mStar Online

BNN Tambah Daftar Zat Terlarang Baru

Zat terlarang yang dilarang BNN

Zat terlarang yang dilarang BNN

Jakarta, POL:   BADAN Narkotika Nasional (BNN) bergerak cepat untuk menutup ruang gerak peredaran narkotika baru di tengah masyarakat. Salah satunya dengan memasukkan 24 narkotika jenis baru ke dalam daftar lampiran obat-obatan terlarang menurut Undang- Undang No. 35 Tahun 2009 Tentang Narkotika.

Setidaknya ada 251 narkotika jenis baru di dunia hasil pengembangan para mafia narkotika Internasional. Di Indonesia BNN sudah menemukan 24 di antaranya dan kini masih dalam tahap penelitian seperti dari rilis yang kami terima (14/11/2013).

Kepala Badan Narkotika Nasional Republik Indonesia Dr. Anang Iskandar Menjelaskan, dengan memasukkan 24 jenis narkotika jenis baru tersebut ke dalam lampiran UU Narkotika yang memuat daftar obat-obatan terlarang, diharapkan masyarakat dapat sadar dan mengetahui jika ada di dalam daftar maka apa yang mereka konsumsi tidak diperbolehkan.   PELITA ONLINE

‘Saola’ penemuan menakjubkan di Vietnam

Gambar fail dari Internet menujukkan, Saola, lembu jantan bertanduk panjang.

Gambar fail dari Internet menujukkan, Saola, lembu jantan bertanduk panjang.

HANOI, Vietnam, 13 Nov (Agensi) – Salah satu mamalia paling luar biasa dan paling terancam di bumi telah dirakam oleh kamera di Vietnam untuk kali pertama dalam 15 tahun, memperbaharui harapan untuk pemulihan spesies tersebut, menurut kumpulan pemuliharaan antarabangsa hari ini.

Saola, lembu jantan bertanduk panjang, dirakam oleh kamera dalam sebuah hutan di bahagian tengah Vietnam pada September, kata WWF dalam satu kenyataan hari ini.

“Ia adalah penemuan menakjubkan dan memperbaharui harapan untuk pemulihan spesies berkenaan,” Van Ngoc Thinh, pengarah WWF negara Vietnam, dipetik sebagai berkata.   MEDIA PERMATA ONLINE

Mahkamah syariah sedia laksana hudud

Datuk Daud Muhammad

Datuk Daud Muhammad

KOTA BHARU – Mahkamah Syariah Kelantan sedia melaksanakan hukuman hudud di negeri ini kerana kemudahan di bangunan baru Kompleks Mahkamah Syariah di Tunjung di sini, cukup dan sempurna.

Bagaimanapun, Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Muhammad berkata, pelaksanaan itu memerlukan kelulusan daripada kerajaan negeri dan pelantikan hakim khas pula harus dibuat.

“Dalam keadaan sekarang, jumlah bangunan dan dewan yang ada, insya-ALLAH hudud boleh dilaksanakan. Mahkamah sudah bersedia pada bila-bila masa sahaja dan tidak ada halangan” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian kompleks berkenaan di sini, semalam.   SINAR HARIAN ONLINE

‘Mencegah lebih baik dari merawat’

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) mengambil pendekatan ‘mencegah lebih baik dari merawat’ bagi mengelakkan insiden gangguan ICT seperti yang terjadi kepada laman web dua Agensi Kerajaan Negeri pada tahun ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman berkata, untuk itu, sejak Oktober lalu, JPKN telah melaksanakan Security Information and Event Management (SIEM) iaitu strategi pencegahan bagi mengesan pencerobohan dan perlanggaran dasar keselamatan ICT ke atas ‘corporate endpoints’ agensi Kerajaan Negeri.   NEW SABAH TIMES ONLINE

Tendaku, Sekolahku

MENGUNGSI DI TENDA

MENGUNGSI DI TENDA

Gempa berkekuatan 5.6 skala Richter (SR) yang berpusat di kawasan Tangse, Kabupaten Pidie, Aceh pada 22 Oktober lalu, hingga kini masih menyisakan duka bagi warga, termasuk anak-anak yang tinggal di sana.

Kuatnya kejutan gempa menghancurkan sejumlah sekolah yang hingga kini belum juga diperbaiki. Akibatnya, 220 pelajar sekolah dasar (SD) dan 50 pelajar taman kanak-kanak (TK) di Kecamatan Tangse terpaksa belajar di dalam khemah kecemasan.

Kepala SDN Neubok Badeuk, Kecamatan Tangse, Abdul Muthalib, mengaku 200 lebih pelajar SD tempatnya mengajar, sudah tidak selesa belajar di khemah kecemasan kerana keadaan panas saat matahari terik.  SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Tentera laut Amerika dicengkam skandal rasuah terbesar

WASHINGTON: Tentera laut Amerika Syarikat sedang dicengkam kes rasuah, yang didakwa membabitkan seorang peniaga Malaysia berpangkalan di Singapura yang digelar “Fat Leonard”.

Kes ini boleh menjadi salah satu skandal terbesar dalam sejarah pasukan tentera itu. Ia melibatkan khidmat pelacur dan bayaran rasuah bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai pergerakan armada.

Terdapat juga kebimbangan bahawa siasatan yang sedang dijalankan mungkin menjebak lebih ramai pegawai kanan.

Sejauh ini, tiga pegawai telah didakwa sejak beberapa minggu lalu dan dua lagi berada dalam pengawasan pihak berkuasa.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Nelayan akur, sedia turun ke laut

Pelabuhan Klang: Masalah bekalan ikan di negeri ini dijangka pulih selepas nelayan berjanji ke laut secara berperingkat dan akur menggunakan jaring mata pukat tunda saiz melebihi 38 milimeter (mm).

Pengarah Perikanan Negeri Selangor Mohd Suffian Sulaiman berkata, nelayan yang memboikot enggan ke laut selepas peraturan baru dikuatkuasa sejak awal bulan ini menyedari keperluan kerajaan menetapkan peraturan berkenaan dan pihaknya gembira dengan perkembangan itu.

“Kami lega tindakan kami turun padang berjumpa dengan nelayan untuk memberikan penjelasan mengenai tujuan utama penguatkuasaan peraturan baru itu sudah difahami nelayan negeri ini.    myMetro Online
Rakyat Thailand capek terhadap protes-protes politik
Penyokong Perikatan Rakyat untuk Demokrasi (PAD) yang berkaus kuning, mengibarkan bendera Thailand saat aksi unjuk rasa di luar bangunan Parlimen di Bangkok

Penyokong Perikatan Rakyat untuk Demokrasi (PAD) yang berkaus kuning, mengibarkan bendera Thailand saat aksi unjuk rasa di luar bangunan Parlimen di Bangkok

Bangkok (ANTARA News) – Rakyat Thailand sudah jenuh dan capek pada protes-protes politik yang marak terjadi selama ini di negara itu, sebagaimana dihasilkan satu survei.

Sebagian besar responden merindukan untuk melihat protes-protes politik di negara ini berakhir.
Menurut hasil survei yang disiarkan Rabu oleh Suan Dusit Rajabhat, sekitar 70 persen dari 1.284 orang yang diwawancarai mengatakan para pemrotes anti-amnesti harus menghentikan demonstrasi-demonstrasi setelah Senat menolak RUU Amnesti.
Sengketa politik harus diselesaikan melalui perundingan damai antara para demonstran dan pemerintah, kata responden, menyuarakan keprihatinan mereka bahwa banyak unjukrasa mungkin menyebabkan cedera dan merosotnya di bidang bisnis.
Survei ini dilakukan secara nasional dari Senin sampai Rabu.     ANTARA NEWS ONLINE
Penerimaan sumbangan barangan bencana alam Filipina 14-28 November 2013

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 13 November. – Tabung Kemanusiaan Mangsa Bencana Alam Filipina sukacita memaklumkan kepada orang ramai di Negara Brunei Darussalam dalam mana tabung juga menerima sumbangan dalam bentuk barangan (in-kind) seperti air bersih, beras, makanan dalam tin, makanan kering, susu untuk anak damit (formula milk), pakaian (kemeja lengan pendek dan blaus, T-shirt, track shirt, seluar), selimut, tuala dan family kits seperti berus gigi, ubat gigi, sabun, syampu, tuala wanita, lampin pakai buang untuk kanak-kanak, selipar dan lain-lain.

Orang ramai boleh menghantar barang-barang tersebut kepada pusat-pusat di keempat-empat daerah iaitu di Daerah Brunei dan Muara di Dewan Serbaguna, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama Berakas, Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah dan Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.   PELITA BRUNEI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on November 14, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

November 2013
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: