KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Di akhbar online serantau – 20 Nov

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

UPM Dalam 100 Universiti Terbaik Dunia Dalam Bidang Pendidikan, Pertanian & Perhutanan

Fakulti Pertanian UPM, Serdang

Fakulti Pertanian UPM, Serdang

PETALING JAYA: Universiti Putra Malaysia (UPM) diiktiraf sebagai 100 universiti terbaik dunia dalam bidang pertanian dan perhutanan serta pendidikan.

Naib Canselor UPM Profesor Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan berkata penarafan itu menunjukkan UPM berjaya membangunkan reputasi antarabangsa untuk standard akademik dan kualiti graduan.

“Pencapaian yang disumbangkan oleh Fakluti Pertanian, Fakulti Perhutanan, Fakulti Perubatan Veterinar dan Faklulti Pengajian Pendidikan serta institut-institut UPM yang menyokong bidang-bidang itu menunjukkan UPM berjaya membangunkan reputasi antarabangsa untuk standard akademik dan kualiti graduan.   mStar Online

Produk kosmetik didapati dicemari bahan terlarang

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 19 November. – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai produk kosmetik yang telah didapati dicemari dengan bahan terlarang yang tidak diisytiharkan.

Sampel bagi produk berkenaan telah diperolehi melalui aktiviti pemantauan semasa pasaran yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi di Pusat Pemprosesan Mel.

Produk berkenaan adalah Mekar Semilu – Pearl Cream yang mana pengedarnya ialah Mekar Semilu Beauty Collection, Malaysia yang dicemari dengan merkuri.

Bahan pencemar dalam produk berkenaan boleh mengakibatkan beberapa kesan yang memudaratkan kepada kesihatan orang yang memakainya.   PELITA BRUNEI ONLINE

Tanggap darurat Sinabung dilanjutkan sehingga 24 November

Gunung Sinabung kembali meletus sekitar 12.05 WIB. (ANTARA FOTO/Irsan Mulyadi) (

Gunung Sinabung kembali meletus sekitar 12.05 WIB. (ANTARA FOTO/Irsan Mulyadi) (

Medan (ANTARA News) – Masa tanggap darurat akibat letusan Gunung Sinabung di Kabupaten Karo, Provinsi Sumatera Utara dilanjutkan sehingga 24 November 2013 kerana tingginya aktiviti gunung berapi itu.

Dalam mesej singkat yang diterima di Medan, Selasa malam, Kepala Pusat Data Maklumat dan Humas BNPB Sutopo Purwo Nugroho berkata, tanggap darurat dengan mengevakuasi warga itu dimaksudkan untuk menghindari korban jiwa.

Selain potensi erupsi yang masih tinggi, Gunung Sinabung sering menyebabkan gempa gunung berapi, gempa hembusan, gempa gunung berapi dangkal, dan gegaran terus-menerus.   ANTARA NEWS ONLINE

Produk kesihatan, kosmetik beracun dirampas

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan merampas pelbagai jenis produk kesihatan dan kosmetik yang mempunyai racun berjadual dan produk tidak berdaftar, bernilai kira-kira RM10,000, di lima kiosk di sebuah pasar raya di sini.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasa Farmasi jabatan itu, Norma Zakaria berkata rampasan produk kosmetik dan produk kesihatan seperti jamu dan ubat-ubatan itu dilakukan bagi memastikan barangan yang dijual di kiosk berkenaan mematuhi undang-undang yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

“Kami yakin pada musim cuti persekolahan ini ramai yang akan mengunjungi ke pasar raya seperti ini untuk mendapatkan produk kosmetik dan produk kesihatan ini.   SINAR HARIAN ONLINE

Kota Malang Memiliki 25 Bangunan Cagar Budaya

TEMPO.CO, Malang – Dinas Pariwisata Kota Malang menetapkan 25 bangunan sebagai cagar budaya. Bangunan cagar budaya terdiri atas rumah tinggal, pejabat, sekolah dan penginapan. “Bangunan cagar budaya tersebar di Klojen,” kata Kepala Dinas Pariwisata Kota Malang, Ida Ayu Wahyuni​​, Kamis 7 November 2013.

Salah satunya antara lain bangunan Sekolah Menengah Atas Katolik (SMAK) Cor Jesu, gedung PLN dan tiga rumah di Jalan Ijen. Penetapan bangunan cagar budaya berdasarkan pengesahan yang dilakukan Dinas Pariwisata dibantu Balai Pelestarian Cagar Budaya (BPCB) Jawa Timur. 25 bangunan cagar budaya ini hasil pengesahan daripada 100 bangunan yang dicadangkan masyarakat sebagai bangunan cagar budaya yang harus dilindungi.    TEMPO ONLINE

India tubuh bank khas untuk wanita

NEW DELHI 20 Nov. – Perdana Menteri India, Manmohan Singh semalam merasmikan pembukaan sebuah bank khusus untuk wanita, di hab kewangan negara ini di Mumbai.

Menteri Kewangan, P Chidambaram berkata, Bank Bharatiya Mahila atau bank wanita India bertujuan untuk memperkasakan kaum itu.

`Hanya 26 peratus daripada wanita India mengakui mempunyai akaun bank walaupun kebanyakan institusi itu di negara ini diketuai oleh kaum itu,’’ katanya.   UTUSAN ONLINE

Perundangan tangani gangguan diperketat

SINGAPURA akan memperketatkan undang-undangnya bagi menangani pelbagai bentuk gangguan, termasuk gangguan dalam talian, kata Menteri Undang-Undang, Encik K Shanmugam.

Beliau berkata, perubahan itu mungkin dalam bentuk undang-undang baru atau pindaan undang-undang sedia ada, sedang satu semakan undang-undang untuk menangani isu tersebut mungkin bermula boleh bermula tahun depan.

Dalam ucapannya di sidang Institut Pengajian Dasar (IPS) mengenai gangguan, Encik Shanmugam merujuk kepada kajian terbaru oleh Microsoft yang mendapati Singapura mempunyai kadar buli alam maya kedua tertinggi di kalangan belia.

Satu tinjauan unit maklum balas pemerintah, Reach, juga mendapati lebih lapan dalam sepuluh orang yang ditinjau menganggap gangguan dalam talian satu isu serius.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Badai Haiyan Berlalu, Koruptor Rebut Bantuan

Ini suasana di tempat pengungsian

Ini suasana di tempat pengungsian

Manila, POL – BANYAK pihak menjadi bimbang jika dana bantuan yang dihantar ke Filipina selama ini tidak sampai ke tangan mangsa bencana alam Haiyan.

Sebuah akhbar pekerja Filipina di New Zealand misalnya, menyarankan agar bantuan langsung dihantar ke Palang Merah Dunia. Tidak satu organisasi Filipina pun yang disebut. “Kami mahu setiap sen sampai ke tangan mangsa,” ujar Mel Fernandez, editor harian Filipino Migrant News.

Pemerintahan Presiden Benigno Aquino III, juga membina laman Foreign Aid Transparency Hub, agar para donatur boleh memantau sumbangan yang dihantar. “Agar bantuan asing boleh dipantau,” tutur Richard Moya, wakil kementerian belanja dan pengurusan Filipina.   PELITA ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on November 20, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

November 2013
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: