KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Ehwal tengkujuh di akhbar online

Klik pada tajuk akhbar untuk kisah lengkap

Rezeki melimpah musim tengkujuh

Jagung segar yang dijual Linda di tepi jalan Kampung Pasir Puteh

Jagung segar yang dijual  di tepi jalan Kampung Pasir Puteh

PENGKALAN BERANGAN – Musim tengkujuh membawa gambaran suasana muram dan hujan mencurah namun bagi sesetengah orang, ia membawa bersama keceriaan dan rezeki melimpah.

Peniaga jagung di Pasir Putih dekat sini, Azizah Sulong, 63, berkata, perniagaan jagung segar dan rebus di kawasan itu telah bermula sejak awal 90an dan jagung dijual dibahagikan kepada dua jenis iaitu jagung susu dan jagung manis madu.

Bagaimanapun, katanya, rata-rata peniaga tepi jalan di situ menjual jagung manis madu kerana bekalannya lebih mudah didapati berbanding jagung susu dan ia dijual dengan harga RM5 bagi tiga biji atau RM10 selonggok.

“Alhamdulillah, sejak makcik memulakan perniagaan ini beberapa tahun lalu pendapatan diperoleh agak lumayan dan kadang kala mencecah sehingga RM200 sehari termasuk pada musim tengkujuh kerana ia adalah waktu cuti persekolahan,” katanya.   SINAR HARIAN ONLINE

RM13,000 beli buah perah

Fatimah menunjukkan buah perah dijualnya di Pasar Bukit Payung

Fatimah menunjukkan buah perah dijualnya di Pasar Bukit Payung

MARANG – “Makcik sanggup mengeluarkan modal sebanyak RM13,000 untuk mendapatkan 2,500 kilogram buah perah dari Pahang bagi menampung permintaan tinggi sepanjang musim tengkujuh ini,” kata seorang peniaga, Fatimah Kembar, 58.

Menurutnya, buah perah biasanya tumbuh liar di hutan Hulu Tembeling dan Taman Negara Kuala Tahan, Pahang, selain kepayang, kedondong, ara, mencepu, kerdas serta beberapa jenis buah hutan lain yang jarang terdapat di negeri lain.

“Bagaimanapun, hanya buah perah menjadi makanan harian dan laris untuk dikomersialkan di Terengganu khususnya pada musim tengkujuh, selain turut dijual di pasar pagi atau pasar malam di sekitar kawasan Bukit Payung dan Marang,” katanya ketika ditemui di Pasar Bukit Payung, di sini.   SINAR HARIAN ONLINE

Keindahan menjelang tengkujuh  – 02/10/2010

OKTOBER menandakan bulan penutup tirai aktiviti selam skuba di Semenanjung Malaysia. Tempoh sebulan yang tinggal menawarkan peluang akhir tahun bagi yang ingin melepaskan gian sebelum musim tengkujuh bermula.

Ini kerana menjelang November, pulau-pulau di sebelah Pantai Timur akan ditutup di mana penyelam perlu menunggu selama lebih empat bulan sebelum resort dan calet kembali beroperasi pada Mac berikutnya.

Hakikatnya, tidak ramai yang masuk ke pulau di antara bulan Oktober hingga November. Biasanya ketika itu, pantai berpasir putih dan halus seperti di Pulau Perhentian, Redang dan Tioman hanya dipenuhi pelancong asing.

Hal ini berlaku kerana ramai beranggapan bahawa laut sudah mula bergelora dan agak berbahaya untuk perjalanan menaiki bot.   UTUSAN ONLINE

Malaysia Sedia Hadapi Banjir Pada Musim Tengkujuh

Pasukan Jabatan Pertahanan Awam menyiapkan kelengkapan

Pasukan Jabatan Pertahanan Awam menyiapkan kelengkapan

PETALING JAYA: Selepas Filipina dan Vietnam pulih daripada taufan Haiyan, Malaysia kini sedia menghadapi sebarang kemungkinan pada musim tengkujuh dan ribut yang sering melanda negara pada penghujung tahun.

Kira-kira 57,000 anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, polis, tentera telah diletakkan dalam keadaan siap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk memindahkan 1.3 juta mangsa banjir di seluruh negara, kata Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Semua persiapan telah dikoordinasi dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Awam Pusat dan perkara ini turut dibincangkan di peringkat negeri,” kata Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab dalam satu kenyataan kepada The Star.

Jabatan Meterologi turut menasihat lima negeri bersiap sedia kerana akan menerima taburan hujan lebat ketika musim monsoon timur laut, kerana ia boleh mengakibatkan banjir terutamanya di kawasan lembangan sungai.   mStar Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on November 23, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

November 2013
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: