KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Di akhbar online serantau – 26 Nov

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

Demonstrasi bantah Yingluck

Bangkok: Penunjuk perasaan anti kerajaan menyerbu Kementerian Luar di Bangkok dan menduduki bangunan kerajaan kedua paling penting itu semalam.

Tindakan dilakukan beberapa jam selepas mereka menyerbu masuk dan menguasai kementerian kewangan, sambil mengancam akan merampas lebih banyak bangunan kerajaan, ketika tunjuk perasaan untuk menggulingkan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra semakin memuncak.   BERITA HARIAN ONLINE

Industri sukan menjana ekonomi dunia

PEMANGKU Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman

PEMANGKU Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 25 November. Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman menjelaskan bahawa industri sukan adalah penjana pendapatan yang penting dalam ekonomi dunia, malah peningkatan penyertaan masyarakat dalam sukan dapat meningkatkan lagi aktiviti ekonomi dalam industri sukan berkenaan.

Negara Brunei Darussalam jelasnya, juga tidak ketinggalan mengalami ledakan dalam sukan seperti yang dapat dilihat melalui peningkatan bilangan aktiviti sukan yang dianjurkan oleh masyarakat dan organisasi yang mempunyai kesan positif bukan sahaja kepada industri sukan, malah dalam kesihatan awam bagi menjana kualiti hidup dan kesejahteraan keseluruhan rakyat negara ini.

Dalam perspektif antarabangsa mengenai sukan pula ujarnya, Negara Brunei Darussalam menyokong Konvensyen PBB mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita dan Konvensyen mengenai Hak Orang Kurang Upaya, termasuk mengenai ketidaksamaan jantina, dan orang kurang upaya dalam sukan.    PELITA BRUNEI ONLINE

Rumah dari Batu, Lebih Murah, Hemat Energi dan Abadi!

Rumah batu, karya arsitektur abadi.

Rumah batu, karya arsitektur abadi.

KOMPAS.com – Sembari menyatakan tuntutan bahawa material pilihannya tergolong lebih murah dan lebih cepat berbanding konkrit, studio seni bina dari Perancis, Perraudin Architecture, mengejutkan dunia dengan menggunakan batu padat sebagai material pembuat rumah.

Menurut arkitek Marco Lammers, seperti dikutip dari Dezeen.com, batu dipilih kerana alasan ekonomi.

“Batu itu sendiri merupakan material yang tidak mahal. Pembuatannya murah. Lagipula, lebih besar massanya, semakin rendah harganya dan semakin baik kualitinya,” tambah Lammers.    KOMPAS ONLINE

400 Pelajar Asing Dakwa Ditipu Kolej, Program Diploma Tidak Wujud

Antara 400 pelajar asing yang membuat laporan berhubung dakwaan ditipu

Antara 400 pelajar asing yang membuat laporan berhubung dakwaan ditipu

PETALING JAYA: Kira-kira 400 pelajar asing mendakwa mereka menjadi mangsa penipuan kolej dengan kerugian RM8 juta apabila program diploma yang dimohon tidak wujud.

Para pelajar tersebut telah membayar RM20,000 seorang untuk yuran pengajian tetapi kemudian mendapati bahawa kolej berkenaan tidak menawarkan program itu.

Pelajar Faheem Khan, 24, berkata dia datang dari India untuk mengikuti kursus diploma dalam pengurusan pelayaran di sebuah kolej tempatan yang menjanjikan gaji yang tinggi dan penempatan pekerjaan selepas tamat program.

“Daripada pergi ke kelas, kami telah dihantar untuk bekerja di sebuah hotel lima bintang selama kira-kira 12 hingga 16 jam sehari dengan alasan menjalani latihan amali,” katanya pada sidang media yang dianjurkan oleh Tenaganita di sini, Isnin.   mStar Online

Inflasi di Singapura naik lebih tinggi bulan lalu

INFLASI di Singapura meningkat lebih tinggi bulan lalu, sebahagian besar disebabkan kenaikan kos pengangkutan dan makanan.

Indeks Harga Pengguna (CPI), yang mengukur inflasi, meningkat 2 peratus bulan lalu berbanding 1.6 peratus pada September.

Bagaimanapun, kenaikan itu lebih rendah berbanding ramalan para pengamat yang menjangkakan inflasi utama meningkat 2.1 peratus.

Dalam satu kenyataan bersamanya, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) berkata kos inflasi utama, yang tidak mengambil kira kos pengangkutan dan penginapan, meningkat 1.8 peratus berbanding 1.7 peratus pada September lalu.   CYBERITA ONLOINE SINGAPURA

Ekonom: Indonesia Akan Hadapi Dua Krisis di 2014

REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA – Pemerhati menilai tahun depan kerajaan akan menghadapi cabaran dalam menjalankan roda perekonomian. Cabaran tersebut berupa double crisis yakni tingginya defisit perkhidmatan dan defisit perdagangan.

Institute for Development of Economic and Finance (indef) menilai, saat ini Indonesia mengalami double crisis. Pertama, Indonesia mengalami defisit perkhidmatan yang terbilang tinggi. Kedua, untuk pertama kalinya Indonesia mengalami defisit perdagangan. Bahkan sekarang ini tengah terjadi defisit sumbangan politik.

“Presiden akan datang akan mengalami persoalan. Persoalan itu akan datang pada sisi bajet negeri. Bajet negeri itu sebenarnya instrumen kerajaan. Tapi, sayangnya tidak berfungsi apa-apa, kerana pengambilan keputusannya jelek,” ujar ekonomi senior indef, Didik J Rachbini, dalam Seminar Nasional dengan tema ‘Unjuran Ekonomi Indonesia 2014 Adakah Krisis Berlanjut’, Selasa, (26/11).   REPUBLIKA ONLINE

2 calon SPM, seorang PMR ditahan terlibat aktiviti jenayah siber

PUTRAJAYA 25 Nov. – Dua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seorang calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) ditahan Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kerana terlibat dengan aktiviti jenayah siber.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, ketiga-tiga suspek berumur antara 15 dan 18 tahun itu ditahan kerana mengoperasikan laman web untuk memuat turun dan menayangkan filem-filem tempatan tanpa kebenaran pemilik hak cipta.

Beliau berkata, mereka ditahan di rumah masing-masing dalam serbuan Ops Spyglass yang dijalankan pada 29 Oktober dan 8 November lalu di Selangor serta Pulau Pinang.   UTUSAN ONLINE

Malaysia minta klarifikasi Singapura soal tuduhan mata-mata

Kuala Lumpur (ANTARA News) – Malaysia menyatakan akan meminta klarifikasi dari Singapura soal tuduhan-tuduhan bahwa negara kota itu telah berperan memfasilitasi kegiatan memata-matai Malaysia.

Seperti dilansir kantor berita Xinhua, Kementerian Luar Negeri Malaysia pada Senin (25/11) menyatakan akan memanggil utusan Singapura untuk meminta penjelasan tentang kegiatan mata-mata yang dituduhkan.

Dokumen-dokumen rahasia yang dibocorkan oleh pembocor intelijen Amerika Serikat Edward Snowden menunjukkan bahwa Singapura telah membantu jaringan mata-mata yang dipimpin oleh Amerika Serikat yang menjadikan Malaysia sebagai salah satu target, demikian menurut laporan-laporan media terbaru.   ANTARA NEWS ONLINE

Proses dadah dalam rumah

ABDUL RAHIM (kiri) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas

ABDUL RAHIM (kiri) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas

GEORGE TOWN – Kegiatan haram seorang lelaki Singapura yang menjadikan sebuah rumah sebagai makmal memproses dadah terbongkar apabila dia diberkas bersama pelbagai jenis bahan khayal bernilai RM1.1 juta dalam serbuan di sebuah flat di Paya Terubong di sini Jumaat lalu.

Selain suspek, polis turut memberkas dua lelaki tempatan dan dua wanita China di Jelutong dan Tanjung Tokong pada pukul 10.40 malam. Kesemua mereka berusia antara 22 hingga 33 tahun.

Lelaki Singapura itu merupakan dalang sindiket berkenaan.

Difahamkan, serbuan dilakukan selepas polis menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan dadah bernilai RM14.6 juta dalam sebuah pangsapuri di Jelutong dan penahanan seorang lelaki tempatan di China pada 2 November lalu.   KOSMO ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on November 26, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

November 2013
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: