KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Di akhbar online serantau – 2 Dis

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

Tugas Skuad Muda JPJ mula tahun depan

MARANG – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengerakkan kira-kira 15,000 anggota Skuad Muda 1JPJ, bagi melaksanakan tugasan pertama mereka menjelang sambutan Tahun Baru Cina, Februari depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata ia bagi membolehkan anggota skuad membantu dalam tugasan penguatkuasaan anggota JPJ di seluruh negara.

Katanya skuad muda yang mula ditubuhkan Ogos lepas berperanan melaporkan salah laku pengguna jalan raya pada sepanjang musim perayaan itu.

“Dengan penglibatan mereka (Skuad Muda 1JPJ) sekali gus dapat membantu pihak penguasaan dan dapat mendisiplin dan mendidik masyarakat serta pemandu untuk mematuhi peraturan jalan raya,” katanya kepada pemberita selepas menutup Program 1Komuniti 1JPJ (SKSJ) daerah Marang di sini hari ini.   SINAR HARIAN ONLINE

Cuaca ekstrem jadi biasa

20131027014Jakarta (ANTARA News) – Sebuah kajian mengenai bagiamana perubahan iklim akan memberi kesan kepada pola ayunan Lautan India di mana Indonesia berada, meramalkan bahawa jika pemanasan global tak boleh dikawal maka cuaca ekstrem menjadi perkara lumrah hingga tahun 2050.

Dwikutub Lautan India (IOD) adalah ayunan air panas di sepanjang khatulistiwa.

Ketika terjadi fasa positifnya, suhu permukaan laut di Laut Arab meningkat, sedangkan suhu di sekitar Sumatera, Indonesia, menurun.

Sebaliknya, pada fasa negatif, berlaku trend yang sebaliknya.   ANTARA NEWS ONLINE

Kadar pekerjaan cecah rekod tertinggi

KADAR pekerjaan bagi penduduk setempat yang berusia antara 25 dengan 64 tahun mencecah rekod tinggi 79 peratus tahun ini, didorong lebih ramai wanita dan pekerja lebih tua menyertai pasaran buruh.

Ini berbanding 78 peratus dalam 2012, dan 71.8 peratus dalam 2003.

Pada masa yang sama, pertumbuhan pendapatan sebenar warga juga meningkat, didorong pendapatan nominal yang kekal tinggi dan kadar inflasi yang mula reda, menurut Laporan Pekerjaan Singapura 2013, yang dikeluarkan Jabatan Kajian dan Statistik Singapura, Kementerian Tenaga Manusia (MOM), semalam.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Yingluck larikan diri ke destinasi rahsia

SEORANG penunjuk perasaan antikerajaan membaling bom api ke arah polis pencegah rusuhan

SEORANG penunjuk perasaan antikerajaan membaling bom api ke arah polis pencegah rusuhan

BANGKOK – Beratus-ratus penunjuk perasaan yang mahu menggulingkan kerajaan Thailand menyerbu sebuah kelab polis tempat Perdana Menteri Yingluck Shinawatra berada di sini pagi semalam, sekali gus memaksa beliau meninggalkan tempat tersebut menuju ke satu lokasi rahsia, kata seorang pegawai kerajaan.

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata di pekarangan Rumah Kerajaan di sini selepas huru-hara melibatkan pertempuran jalanan berlaku di tempat-tempat lain di kota raya ini yang meragut dua nyawa dan menyebabkan sekurang- kurangnya 45 orang cedera.

Ketika bandar raya ini bersiap sedia menghadapi cubaan pembangkang menggulingkan kerajaan semalam, beribu-ribu penunjuk perasaan mula berkumpul di beberapa lokasi strategik di sini.   KOSMO ONLINE

Nilai tambah produk perikanan sentiasa ditingkatkan

PEMANGKU Pengarah Perikanan, Awang Haji Abdul Halidi bin Mohd. Salleh menyampaikan kata alu-aluan

PEMANGKU Pengarah Perikanan, Awang Haji Abdul Halidi bin Mohd. Salleh menyampaikan kata alu-aluan

KUALA BELAIT, Sabtu, 30 November. Dalam sama-sama meraikan Sambutan Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan,  Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU) telah mengungkayahkan taklimat dengan menganjurkan program permuzakarahan bersama pengusaha-pengusaha di keempat-empat daerah yang menyentuh taklimat mengenai perikanan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis itu ialah Pemangku Pengarah Perikanan, Awang Haji Abdul Halidi bin Haji Mohd. Salleh. Majlis berlangsung di Dewan Persiaran Bandaran, Kuala Belait di sini.

Dalam ucapan alu-aluannya, Pemangku Pengarah Perikanan menyentuh ucapan Yang Berhormat Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama semasa hari pembukaan Sambutan Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan pada 1 November lalu menekankan agar tema sambutan tersebut  iaitu ‘Makanan Terjana Negara Selamat’ dikekalkan, kerana KPSSU masih memfokuskan dan menitik berat terhadap penjanaan makanan secara mapan bagi memastikan pembekalan makanan negara mencukupi keperluan rakyat di negara ini.   PELITA BRUNEI ONLINE

Misteri 50 pokok Krismas dicuri

Florida: Polis menyiasat dakwaan kecurian lebih 50 pokok krismas jenis Fraser di sebuah premis jualan di Pensacola semalam.

Agensi berita melaporkan, Suzanne Eaton menerima 300 pokok baru pada Isnin lalu di premisnya untuk dijual dengan harga sehingga AS$120 (RM387) menjelang sambutan Krismas bulan depan.

Bagaimanapun, dua hari kemudian dia menyedari jumlah pokoknya semakin berkurangan.

Eaton berkata, ia kejadian pertama sepanjang pengalaman 27 tahun menjual pokok krismas dan menganggarkan jumlah kerugian sehingga AS$5,000 (RM16,100).   myMetro Online

RI Serukan Pengukuhan Kebebasan Badan Anti Korupsi

79anti korupsiLONDON-Perlunya mengukuhkan integriti dan kebebasan badan-badan anti rasuah menjadi salah satu isu yang disampaikan Indonesia pada Persidangan Negara-Negara Pihak Konvensyen PBB Menentang Rasuah (cosp-UNCAC) ke-5 di Panama City, Panama. Counsellor Information and Public Diplomacy; Protocol & Consular Affairs KBRI Vienna Dody Sembodo Kusumonegoro mengatakannya, Sabtu (30/11).

“Indonesia pada kesempatan ini juga menggalakkan komitmen negara-negara Pihak UNCAC untuk memudahkan proses pengembalian aset hasil rasuah,” katanya.

Persidangan cosp-UNCAC yang dihadiri oleh lebih 1,000 delegasi mengandungi beberapa agenda. Antara lain, usaha pencegahan rasuah, proses ulasan pelaksanaan, bantuan teknikal, pulangan aset dan kerja sama antarabangsa, demikian.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 hari ini

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 Siri 3 akan dibentangkan di Parlimen esok.

Menurut kenyataan Ketua Audit Negara hari ini, laporan tersebut adalah mengenai Penyata Kewangan dan Pengurusan Kewangan Tahun 2012 serta aktiviti Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri.

Menurut kenyataan itu, pada hari yang sama, Jabatan Audit Negara akan memberi taklimat berhubung dengan isu-isu utama yang dibangkitkan dalam laporan tersebut kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara di Parlimen.   UTUSAN ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Disember 2, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Disember 2013
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: