KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

BERITA BANJIR DI AKHBAR ONLINE – 05 DIS

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

Keluarga yang sering terjejas akibat banjir di Mersing dipindahkan ke penempatan baru

MERSING: Kerajaan negeri Johor akan memindahkan lebih 500 keluarga yang sering terjejas akibat banjir di daerah ini ke beberapa kawasan petempatan baharu dalam tempoh lima tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Abdul Latiff Bandi berkata beberapa lokasi untuk pembinaan petempatan baharu yang akan dijadikan kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) itu sudah dikenal pasti melalui jawatankuasa perumahan khas.

“Antara lokasi yang dikenal pasti ialah Batu 6 Tenglu, Kampung Sri Pantai, Jalan Ariffin dan Semaloi yang terletak berhampiran bandar Mersing dan Endau,” katanya kepada pemberita di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Bandar Mersing, di sini hari ini.    BERITA HARIAN ONLINE

Remaja korban pertama banjir

ANDANGAN dari udara sebahagian bandar Kuantan semalam

ANDANGAN dari udara sebahagian bandar Kuantan semalam

KEMAMAN 3 Dis. – Banjir yang mula melanda Terengganu, Pahang dan Johor berikutan hujan berterusan sejak semalam semakin teruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan di tiga negeri itu meningkat kepada 16,837 orang sehingga malam ini.

Seorang remaja yang diserang sawan menjadi mangsa pertama banjir apabila dia ditemui mati lemas selepas bot dinaikinya bersama bapa dan sepupunya terbalik di Kampung Banggol, Ladang Pelatoh, Kijal di sini semalam.

 Mohd. Asraf Mohd. Nor, 17,  dihanyutkan arus deras kiea-kira pukul 5.30 petang dan mayatnya ditemui pada pukul 1 pagi ini oleh pasukan penyelamat.   UTUSAN ONLINE

Keadaan Banjir Semakin Buruk Di Pahang, Dua Beranak Dikhuatiri Lemas

Pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pencawang Masuk Utama Utara TNB Kuantan melakukan pemeriksaan

Pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pencawang Masuk Utama Utara TNB Kuantan melakukan pemeriksaan

KUANTAN: Keadaan banjir di Pahang dilaporkan semakin buruk apabila lebih 20,000 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir, manakala dua beranak dikhuatiri lemas ketika sedang memindahkan barangan di Perkampungan Sungai Isap malam Rabu.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)Pahang, kedua-dua beranak itu dikatakan cuba memindahkan barangan dari rumah mereka yang ditenggelami air di Perkampungan Sungai Isap menggunakan sebuah bot jenis fiber.

Kedua-dua beranak itu, Jamal Ali, 40-an, yang juga AJK Umno bahagian Pekan dan anak lelakinya yang dikenali sebagai ‘Megat’ berusia belasan tahun dikatakan terjatuh ke dalam air ketika memindahkan barangan dari rumah mereka kira-kira jam 8.30 malam.   mStar Online

1,072 pencawang elektrik di Pahang ditenggelam air

KUALA LUMPUR – Kira-kira 1,072 pencawang elektrik di beberapa daerah negeri Pahang ditenggelami air menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghentikan bekalan elektrik membabitkan 62,907 pengguna, sehingga jam 12 tengah hari ini.

Menurut kenyataan TNB di sini hari ini, enam kawasan yang terjejas akibat banjir di negeri itu ialah Kuantan/Gebeng, Rompin, Maran, Pekan, Lipis dan Jerantut.

Di Terengganu, operasi Pencawang Masuk Utama Kemaman (Geliga) ditutup bagi tujuan keselamatan setakat jam 12 tengah hari ini.

Selain itu, katanya 141 pencawang elektrik turut dihentikan tugas sejak 21 jam yang lepas dan bilangan pengguna yang terjejas ialah 5,272 orang.   SINAR HARIAN ONLINE

BANJIR: ATM gerakkan Op Murni bantu mangsa di negeri dilanda bencana

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan menggerakkan operasi khas dikenali sebagai Op Murni untuk memberikan bantuan menyelamat kepada mangsa banjir di Pahang, Johor dan Terengganu.

“Sehingga ini, mangsa dianggarkan seramai 20,378 orang di 164 pusat pemindahan.

“Kementerian Pertahanan simpati terhadap mangsa-mangsa banjir di Pahang, Johor dan Terengganu serta mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban,” kata kementerian dalam kenyataan, di sini.   myMetro Online

Banjir: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat

KOTA BAHRU – Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di jajahan Kuala Krai meningkat kepada 538 orang berbanding 436 orang petang ini.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, setakat 8 malam ini, kesemua mangsa daripada 124 keluarga itu adalah penduduk di Mengkebang dan Olak Jeram dan mereke dipindahkan ke enam buah pusat pemindahan sementara.

Air Sungai Kelantan di Tangga Krai pula pada paras 25.42 meter melepasi tahap bahaya 25 meter manakala di Jambatan Guillemard ialah 16.73 meter (bahaya 16 meter).

Sungai Lebir di Tualang turut melebihi paras bahaya dengan mencatatkan bacaan 35.94 meter (bahaya 35 meter) manakala Sungai Golok di Rantau Panjang juga melepasi bahaya dengan bacaan 9.01 meter (bahaya 9 meter).    KOSMO ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Disember 5, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Disember 2013
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: