KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online serantau – 06 Dis

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

EHWAL BANJIR

Sultan Johor tinjau mangsa banjir di Segamat

SEGAMAT  2013/12/05:   Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat meninjau dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan di sekitar daerah ini.

Sultan Ibrahim tiba di pusat pemindahan di Balai Raya Kampung Pogoh 2, kira-kira jam 3.40 petang dan beramah mesra serta bertanyakan tahap kesihatan kesemua mangsa.

Keberangkatan baginda yang turut menyampaikan bantuan barangan keperluan dan wang tunai menceriakan 26 keluarga yang berada di pusat pemindahan terbabit sejak empat hari lepas.   BERITA HARIAN ONLINE

34,058 mangsa banjir Pahang di pusat pemindahan

KUANTAN  5 Disember  –   Seramai 34,058 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di Pahang.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang, sehingga pukul 10 malam ini, semua mangsa adalah dari tujuh daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis dan Temerloh.

“Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 27,587 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.  SINAR HARIAN ONLINE

Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat Mendadak

 Penduduk terpaksa meredah banjir di bandar Rantau Panjang

Penduduk terpaksa meredah banjir di bandar Rantau Panjang

KOTA BAHARU  Disember 5  :  Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di lima jajahan di Kelantan malam Khamis naik mendadak menjadikan kesemuanya berjumlah 2,078 orang berbanding 1,284 orang di sebelah petang.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, lebih ramai penduduk yang tinggal di Rantau Panjang dipindahkan berikutan limpahan air Sungai Golok yang terus meningkat naik.

Jajahan Kuala Krai masih menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 762 orang dan berada di enam buah pusat pemindahan diikuti Pasir Mas di Rantau Panjang iaitu 681 orang yang ditempatkan di lima pusat pemindahan.   mStar Online

Negeri-negeri dilanda banjir diramal terus dicurah hujan

KUALA LUMPUR 5 Dis. – Cuaca di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor esok diramal mendung pada sebelah pagi manakala beberapa tempat di Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak akan mengalami hujan.

Menurut Jabatan Meteorologi, beberapa tempat di Kelantan, Terengganu dan Pahang akan mengalami hujan pada sebelah petang dan ribut petir dijangka melanda beberapa tempat di Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Putrajaya, Selangor, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak.    UTUSAN ONLINE

TNB tutup 246 pencawang di Kemaman

KEMAMAN  2013/12/05  :   Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa menutup 246 daripada lebih 500 pencawang di daerah ini berikutan banjir yang melanda.

Pengurus Besar TNB Terengganu, Ir Saharenam Mukhtar, berkata berikutan itu, sebahagian kawasan di Kemaman dan satu di Dungun terputus bekalan elektrik sejak Selasa.

“Penutupan itu membabitkan lebih 11,000 pengguna yang hanya dibuat di pencawang yang terletak di sekitar bandar Cukai, Air Putih, Neram dan Hulu  Dungun.       “Kita harap pengguna bersabar kerana pencawang berkenaan akan dibuka semula  jika keadaan banjir semakin surut.   myMetro Online

1,213 pencawang TNB ditenggelami air

BEKALAN elektrik dan pencawang Tenaga Nasional Berhad Kuantan Utara di Kuantan dihentikan

BEKALAN elektrik dan pencawang Tenaga Nasional Berhad Kuantan Utara di Kuantan dihentikan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,072 buah pencawang elektrik di beberapa daerah negeri Pahang ditenggelami air menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghentikan bekalan elektrik.

Ia sekali gus menjejaskan 62,907 pengguna sehingga pukul 12 tengah hari semalam.

Menurut kenyataan TNB di sini, enam kawasan yang terjejas akibat banjir di negeri itu ialah Kuantan, Rompin, Maran, Pekan, Lipis dan Jerantut.

Di Terengganu, operasi Pencawang Masuk Utama Kemaman ditutup bagi tujuan keselamatan setakat pukul 12 tengah hari semalam.    KOSMO ONLINE

LAIN-LAIN BERITA SERANTAU

Agensi pelancongan ubah destinasi

WARGA SINGAPURA DI KELANTAN:   Mereka agak risau perjalanan kereta api yang akan dinaiki untuk pulang ke Singapura akan terjejas.

WARGA SINGAPURA DI KELANTAN: Mereka agak risau perjalanan kereta api yang akan dinaiki untuk pulang ke Singapura akan terjejas.

BEBERAPA agensi pelancongan yang menawarkan pakej ke Malaysia kini lebih menumpukan kepada destinasi yang tidak dilanda banjir pada musim tengkujuh ini.

Antara destinasi itu termasuk Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Langkawi.

Menurut pemilik dan Pengarah Urusan Jalaluddin Travel & Services, Ustaz Jalaluddin Hassan, pihaknya mengambil langkah mengelak daripada menganjurkan pakej ke tempat-tempat yang sering dilanda banjir seperti Pantai Timur pada hujung tahun.

“Kalau kami bawa ke tempat yang dilanda banjir itu, mereka tidak dapat menikmatinya. Mereka dalam keadaan ketidaktentuan tempat dan masa serta keselamatan perjalanan mereka,” kata Ustaz Jalaluddin.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Ratusan Bus Pesanan Jokowi Terancam Sia-sia

Transjakarta,  pengangkutan primadona warga Jakarta

Transjakarta, pengangkutan primadona warga Jakarta

JAKARTA, KOMPAS.com – Upaya Gubernur DKI Jakarta Joko Widodo mendatangkan ratusan bus berbahan bakar gas (BBG) pada bulan ini terancam sia-sia. Belum adanya jaminan ketersediaan bekalan gas sebagai bahan bakar jadi penyebab.

Kepala Unit Pengelola (UP) Transjakarta Pargaulan Butarbutar mengatakan, saat ini sudah ada 9 stesen pengisian bahan bakar gas (SPBG) serta 4 mobile refueling unit (MRU) yang melayani keperluan 579 transjakarta. Jika datang ratusan bas lagi, kata Pargaulan, maka mau tak mau jumlah SPBG atau MRU di Jakarta harus ditambah.

“Kita sudah menjangkakan, 650 bas baru itu akan memerlukan 196.800 liter bersamaan premium (LSP) BBG tiap harinya. Artinya, harusnya (jumlah SPBG atau MRU) lebih dari yang ada kini,” ujarnya ketika dihubungi, Rabu (4/12/2013) .    KOMPAS ONLINE   

Banjir di Kalbar, 2 Kabupaten Terputus

Banjir di Kalimantan Barat

Banjir di Kalimantan Barat

PONTIANAK-Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Provinsi Kalimantan Barat, mengakui, laluan pengangkutan darat di Kabupaten Bengkayang dan Kabupaten Landak, terputus akibat banjir selepas dua hari terakhir turun hujan tanpa henti.

Kepala BPBD Provinsi Kalimantan Barat, Syawal Bondorekso kepada SH, Kamis (5/12), menjelaskan, laluan pengangkutan darat terputus berada di sempadan Kecamatan Mempawah Hulu di Kabupaten Landak dan Kecamatan Teriak di Kabupaten Bengkayang.

Banjir di wilayah Kecamatan Mempawah Hulu yang bersempadan dengan Kecamatan Teriak di Kabupaten Bengkayang, telah menelan satu korban bernama Alan (46 tahun) meninggal dunia akibat kedinginan, selepas menyelamatkan isteri dan anaknya.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Ancaman Peperangan Siber Makin Nyata, Askar TNI-AL Harus Bersedia

Presiden SBY didampingi Panglima TNI Laksamana TNI Agus Suhartono berada di atas tank amfibi LVT-7A1 Marinir TNI AL

Presiden SBY didampingi Panglima TNI Laksamana TNI Agus Suhartono berada di atas tank amfibi LVT-7A1 Marinir TNI AL

REPUBLIKA.CO.ID, PADANG – Wakil Komandan Pangkalan Utama Angkatan Laut (Lantamal) II Padang, II Kolonel (PM) Widhy Sutedjo menyatakan, askar TNI-AL dituntut untuk mampu mengatasi halangan yang dihadapi dalam pelaksanaan tugas.

“Tugas-tugas yang di emban TNI AL ke depan akan semakin kompleks, ancaman yang dihadapi cenderung non konvensional dan mengarah pada peperangan siber (cyber Warfare) yang dapat mengalahkan lawan tanpa diketahui dari mana asalnya,” katanya dalam majlis Hari Armada Republik Indonesia (RI ) di Padang, Kamis.

Menurut dia, Untuk menghadapi cabaran tersebut, TNI Angkatan Laut terus mengembangkan kekuatannya agar menjadi suatu kekuatan yang handal dan disegani melalui program pembangunan memenuhi kekuatan pokok minimum (Minimum Essential Force / MEF) secara konsisten dan berterusan.   REPUBLIKA ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Disember 6, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Disember 2013
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: