KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

BERITA BANJIR di akhbar online – 08 Dis

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

Banjir di Johor makin pulih, jumlah mangsa menurun

Johor Bahru: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus menurun pada pagi ini apabila seramai 1,160 mangsa masih berada di 14 pusat pemindahan berbanding 1,241 mangsa pada lewat petang, semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Johor, memaklumkan setakat jam 10 pagi tadi, seramai 131 mangsa masih berada tujuh pusat pemindahan banjir di daerah Segamat, diikuti Pontian (110 mangsa) dan Batu Pahat (65 mangsa).

Jumlah pusat pemindahan sementara yang dibuka sehingga kini di Batu Pahat ialah empat dan Pontian (tiga).  BERITA HARIAN ONLINE

Mangsa banjir di Pahang lebih 40,000 orang

Suasana di pusat pemindahan sementara SJKC Chung Ching, Kuantan, Pahang

Suasana di pusat pemindahan sementara SJKC Chung Ching, Kuantan, Pahang

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang meningkat kepada 40,819 berbanding 40,008 orang malam tadi.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua mangsa daripada 11,746 keluarga itu ditempatkan di 149 pusat pemindahan dari 154 penempatan di sembilan daerah yang tertejas akibat banjir.

“Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 34,426 orang di 42 pusat pemindahan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Di Pekan, masih terdapat 3,329 mangsa di 31 pusat pemindahan, Maran (1,034 orang di 19 pusat pemindahan), Temerloh (1,002 di 22 pusat), Jerantut (520 di 11 pusat), Raub (209 di 10 pusat), Bera (189 di tujuh pusat), Rompin (57 di tiga pusat) dan Lipis (53 di empat pusat).   SINAR HARIAN ONLINE

Sukarelawan Mercy Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Kuantan

Norzawati Ibrahim, 41, membasuh pakaian ketika membersihkan rumahnya yang ditenggelami air akibat banjir

Norzawati Ibrahim, 41, membasuh pakaian ketika membersihkan rumahnya yang ditenggelami air akibat banjir

KUALA LUMPUR: Sepasukan doktor dan sukarelawan Mercy Malaysia kini bekerjasama dengan pejabat kesihatan daerah untuk membantu mangsa banjir di Kuantan, Pahang.

Dalam kenyataan pada Sabtu, Mercy Malaysia berkata pasukannya, yang dianggotai19 orang, kini mengendalikan empat klinik bergerak dan mengagihkan 400 kitkesihatan mengandungi ubat gigi, berus gigi dan syampu kepada mangsa bencanaalam itu.

“Lebih 200 pesakit mendapat perkhidmatan perubatan setiap hari, manakala masalah kesihatan paling banyak dihidapi ialah jangkitan saluran respiratoriatas,” katanya.

Jabatan kesihatan daerah pula mengendalikan klinik tetap yang dibuka sepanjang masa bersama 24 pasukan.   mStar Online

Awas banjir gelombang kedua

SEPASANG suami isteri mendayung sampan untuk meninjau keadaan kediaman mereka yang dimasuki air

SEPASANG suami isteri mendayung sampan untuk meninjau keadaan kediaman mereka yang dimasuki air

KUALA LUMPUR 7 Dis. – Banjir gelombang kedua dijangka berlaku di Pantai Timur apabila beberapa tempat diramal mengalami hujan sepanjang minggu ini.

Menurut Jabatan Meteorologi, kawasan terlibat akan mengalami hujan pada sebelah pagi, petang dan malam.

Jumlah penduduk yang dipindahkan di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor pula meningkat kepada 65,133 orang awal malam ini dan peningkatan ini berikutan jumlah mangsa di Terengganu yang naik secara mendadak.   

Di KUANTAN, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Pahang meningkat kepada 39,580 orang petang ini berbanding 39,177 malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, sehingga pukul 6 petang ini, lebih 39,000 orang daripada 10,925 keluarga masih ditempatkan di 121 pusat pemindahan melibatkan 128 kampung yang terjejas akibat banjir di lapan daerah.    UTUSAN ONLINE

Penerimaan kadar hujan tiga hari di Kemaman luar biasa

KUALA TERENGGANU: Penerimaan kadar air hujan yang luar biasa di daerah Kemaman dalam tiga hari bermula 2 Disember lalu menjadi punca banjir besar berlaku di daerah berkenaan bagi tahun kedua berturut-turut.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, Mat Hussin Ghani berkata, sepanjang tempoh itu, kadar air hujan di Kemaman melebihi 1,000 milimeter (mm) yang dicatat di Stesen Menyukat Air Hujan Ban Ho dan Hulu Jabor di Hulu Kemaman yang disifatkan amat luar biasa dan terlalu jarang berlaku.

“Kadar itu (air hujan melebihi 1,000mm dalam tiga hari) yang mana keberangkalian berlaku hanya sekali dalam tempoh 100 tahun.   myMetro Online

Banjir seluruh negara bertambah buruk

SEORANG mangsa banjir menolak motosikalnya yang rosak akibat banjir

SEORANG mangsa banjir menolak motosikalnya yang rosak akibat banjir

KUALA LUMPUR – Keadaan banjir di beberapa negeri semakin buruk apabila jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan kini meningkat kepada 64,752 orang.

Negeri yang paling teruk dilanda banjir ialah Terengganu apabila jumlah mangsa mencecah 22,040 sehingga malam tadi berbanding 7,299 orang kelmarin.

Menurut portal Majlis Keselamatan (MKN) negeri Terengganu, hingga pukul 9 malam, daerah Kemaman mencatat peningkatan mangsa banjir secara mendadak dengan bilangan 18,676 orang.

“Sebanyak 43 pusat pemindahan telah dibuka di daerah Kemaman sejak pagi tadi (semalam) dan menempatkan 4,177 keluarga,” katanya.   KOSMO ONLINE

Tinggalkan komen

Information

This entry was posted on Disember 8, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 104,256 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Disember 2013
I S R K J S A
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA