KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Lain-lain berita menarik di akhbar online serantau – 08 Dis

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

Lebih ramai pemandu mabuk diberkas

LEBIH 2,300 pemandu diberkas kerana kesalahan memandu dalam keadaan mabuk antara Januari dengan September tahun ini – bertambah 9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Selain itu, 16 nyawa hilang akibat 88 kemalangan yang ada kaitan dengan kesalahan itu sepanjang tempoh tersebut.

Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mendedahkan perangkaan itu semasa melancarkan kempen AntiMemandu Dalam Keadaan Mabuk STCars dan jamuan malam penghargaan Majlis Keselamatan Jalan Raya Singapura (SRSC) di Grand Park City Hall di Coleman Street kelmarin.

“Korban nyawa yang sia-sia ini boleh dielak dan kita perlu menjalankan lebih banyak usaha,” ujar beliau.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

23 peratus kakitangan awam perokok

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Dis – Penemuan awal dari Kajian Status Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan (NHANSS) yang dikendalikan di antara 2009 dan 2011 mendapati bahawa kira-kira 17 peratus yang dikaji adalah perokok.

Di samping itu, penemuan yang serupa telah diperoleh menerusi Banci penduduk pada 2001 di mana sebilangan besar perokok adalah di dalam lingkungan umur 20 hingga 34 tahun dan dalam kalangan penduduk yang bekerja khususnya di dalam perkhidmatan awam menerusi Program Pemeriksaan Kesihatan dan Promosi Kesihatan Bersepadu bagi kakitangan perkhidmatan awam pada 2007 hingga 2011 mendapati bahawa sebanyak 23 peratus dari mereka adalah perokok.

Pada masa yang sama, satu penemuan yang amat membimbangkan adalah selebihnya yang bukan perokok iaitu sebanyak 65.6 peratus, melaporkan bahawa mereka pernah terdedah kepada asap rokok.    MEDIA PERMATA ONLINE

Buah-buahan Indonesia Bakal Banjiri Dunia

Pisang

Pisang

JAKARTA, KOMPAS.com – Menteri BUMN Dahlan Iskan berkata, buah tropika khas Indonesia hasil pengeluaran syarikat perladangan milik Nusantara (PTPN) siap membanjiri pasaran buah di dunia.

“Mulai tahun ini buah tropika hasil PTPN VIII mengisi pasaran Singapura, dan dalam beberapa tahun ke depan siap menembusi pasaran China dan negara lain,” kata Dahlan, saat melakukan pelepasan eksport perdana pisang jenis Mas Kirana, di Taman Jalupang, PTPN VIII, Subang, Jawa Barat, Jumat (6/12/2013).

Pada kesempatan itu, Dahlan menyaksikan langsung proses pemilihan pisang Mas Kirana yang siap di eksport sebanyak perdana buah pisang jenis Mas Kirana seberat 7,26 tan untuk tujuan Singapura.    KOMPAS ONLINE

Perkara Korupsi di Bali Meningkat

94Rupiah-financerollcoidDENPASAR – Kasus korupsi di Provinsi Bali terus meningkat dari tahun ke tahun. Indikasi ini terlihat dari data kumulatif di Pengadilan Tindak Pidana Korupsi (Tipikor) Denpasar.

“Pada bulan Desember ini saja, sudah 22 berkas perkara korupsi yang masuk,” kata Hubungan Masyarakat Pengadilan Negeri Denpasar, Hasoloan Sianturi, yang juga membawahi PN Tipikor Denpasar, Jumat (6/12).

Ia menyebutkan, pada awal beroperasi November 2011, Pengadilan Tipikor Denpasar menyidangkan tiga kasus. Kemudian, selama 2012, kasus yang ditangani Pengadilan Tipikor Denpasar mencapai 20 kasus.

“Kalau dihitung mulai diresmikan MA pada Februari 2012, kami sudah menangani 45 kasus korupsi di Bali,” kata Hasoloan.    SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Kehadiran TKI Alternatif Atasi Pengangguran

 Tenaga kerja Indonesia (TKI) bersiap untuk diberangkatkan

Tenaga kerja Indonesia (TKI) bersiap untuk diberangkatkan

REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA – Timbalan Ketua Suruhanjaya IX DPR RI, Novariyanti Yusuf, menyatakan kehadiran tenaga kerja Indonesia (TKI) di luar negeri merupakan alternatif penyelesaian mengatasi pengangguran.

“Walaupun bekerja menjadi TKI bukan pilihan terbaik, tetapi mereka membantu mengatasi pengangguran di tengah tingginya angka tenaga kerja produktif serta minimnya lapangan kerja di dalam negeri,” kata Novariyanti pada Sosialisasi Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan TKI di Kabupaten Blitar, Jatim, Sabtu malam (8 / 12).

Surat elektronik dari Direktorat Sosialisasi BNP2TKI menyebutkan sosialisasi dikemas melalui pementasan seni tradisional Gebyar TKI 2013 bertema “Bersama TKI Membangun Negeri” yang dihadiri ribuan warga yang memadati Lapangan Desa Kebonduren, Kecamatan Ponggoh, Kabupaten Kediri.    REPUBLIKA ONLINE

Gunung Marapi kembali meletus

Aktivitas Gunung Marapi tampak dari kota Bukittinggi, Sumbar.

Aktivitas Gunung Marapi tampak dari kota Bukittinggi, Sumatra Barat.

Dungun (ANTARA News) – Gunung Marapi yang berada antara Kabupaten Tanah Datar dan Kabupaten Agam, Sumatera Barat, pada Minggu pagi mengalami letusan, kata Pegawai Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) Bandar Bukit Tinggi, Warseno.

“Letusan yang berlaku kira-kira pukul 10.10 WIB tersebut mengeluarkan asap kelabu tebal setinggi 350 meter dari puncak gunung mengarah ke Timur Laut,” kata Warseno di Dungun, Minggu.

Saat ini status Gunung Marapi masih waspada level-II.

Masyarakat di sekitar gunung serta para pendaki diimbau untuk tidak mendaki hingga radius tiga kilometer dari pusat letusan atau kawah gunung.    ANTARA NEWS ONLINE

Tinggalkan komen

Information

This entry was posted on Disember 8, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 104,267 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Disember 2013
I S R K J S A
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA