KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Kisah berkaitan banjir di akhbar online – 13 Dis 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk baca berita lengkap

Kesan psikologi mangsa banjir

KUALA TERENGGANU – Banjir merupakan fenomena yang kerap berlaku di negara kita, terutamanya pada musim tengkujuh.

Bagi sesetengah daripada kita, sama ada yang sudah terbiasa atau belum pernah menjadi mangsa banjir, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada mangsa.

Ketua Jabatan & Psikiatri, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Dr Tuan Sharipah Tuan Hadi berkata, bencana seperti gempa bumi, banjir, ribut taufan dan tanah runtuh membawa bersama-samanya kesan berbentuk nyata dan tidak nyata.

Menurutnya, kesan nyata antara lainnya ialah seperti kerosakan harta benda, pencemaran, kematian, manakala kesan tidak nyata boleh berlaku dalam konteks kesan psikologi, emosi dan mental (fikiran).   SINAR HARIAN ONLINE

Pembantu Tadbir JKM Gadai Nyawa Selamatkan Rakan Setugas

KEMAMAN: Tanpa memikirkan keselamatan diri, seorang pembantu tadbir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berusaha menyelamatkan rakan-rakannya setelah bot yang mereka naiki semasa misi menyampaikan bantuan makanan dan perubatan kepada mangsa banjir, terbalik di Felda Seberang Tayor dekat sini pada 4 Dis lepas.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, Nasarudin Othman, 26, cedera di kaki kiri semasa membantu lima rakannya iaitu seorang pembantu tadbir JKM, seorang doktor, seorang pembantu perubatan, seorang penolong pembantu perubatan serta pemandu bot menyelamatkan diri.

“Bot yang kami naiki rosak kerana kipas tidak berfungsi. Berikutan itu, puluhan kotak makanan terpaksa dialih ke bot yang memberi bantuan dan kami diarah menunggu di Kampung Pasir Gajah.

“Semasa bot kami cuba berpatah balik, ia melanggar beberapa kabel elektrik yang terjuntai di permukaan air deras menyebabkannya terbalik,” katanya kepada pemberita di Sekolah Kebangsaan Seri Geliga di sini Khamis.   mStar Online

Buat kajian terperinci elak banjir

Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah (dua dari kiri) menyampaikan bantuan

Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah (dua dari kiri) menyampaikan bantuan

KUANTAN 12 Dis. – Kajian terperinci perlu dilakukan pihak berkuasa bagi mencari mekanisme terbaik untuk mengatasi fenomena banjir agar tidak berulang.

Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah berkata, kajian tersebut perlu dilakukan secara menyeluruh termasuk risiko yang bakal dihadapi untuk jangka masa yang panjang.

“Kajian ini perlu meliputi pelbagai aspek untuk jangka panjang termasuk punca-punca berlakunya banjir yang boleh diatasi.

“Saya sarankan sedemikian kerana melihat kesan fenomena ini kepada mangsa amat besar dan menyentuh hati.

“Dalam masa yang sama, saya berbangga dengan ketabahan mangsa banjir yang reda dengan ujian ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan di perkampungan Cenderawasih di sini semalam.   UTUSAN ONLINE

Penduduk gantung bot dan peralatan rumah hadapi gelombang kedua

DUNGUN: Banjir yang melanda beberapa daerah di negeri ini mendorong penduduk setempat mencari alternatif menyelamatkan diri dan harta benda mereka daripada terus ditenggelami air.

Ada antara mereka sanggup mengeluarkan duit poket sendiri membeli bot sebagai langkah awal jika banjir terus melanda kawasan kediaman mereka.

Bukan setakat menyediakan bot, malah mereka juga begitu kreatif dengan menggantung perabot serta beberapa barangan lain daripada ditenggelami air.

Tinjauan di Kampung Delong, mendapati cuaca yang cerah sejak semalam memberi kesempatan kepada mangsa bencana itu pulang ke rumah masing-masing membersihkan kediaman mereka namun kebanyakannya masih enggan menurunkan barangan itu terlebih dahulu kerana bimbang gelombang kedua banjir yang diramalkan semalam bakal bertandang kembali.   myMetro Online

Trauma mangsa banjir

MANGSA banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan memerlukan bantuan dalam pelbagai aspek

MANGSA banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan memerlukan bantuan dalam pelbagai aspek

BANJIR yang melanda beberapa daerah di negara kita mungkin bukan satu malapetaka terburuk jika dibandingkan dengan kejadian bencana alam seperti tsunami atau taufan besar di beberapa negara lain sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sekali pun tidak seteruk dengan situasi di negara lain, musibah banjir tetap memberikan impak yang besar kepada mereka yang terlibat.

Ia bukan setakat menyebabkan kerugian wang ringgit dan harta benda, tetapi terdapat juga kes kehilangan nyawa.

Lebih buruk, ia juga memberi kesan psikologi jangka panjang kepada mereka yang terlibat, khususnya mereka yang mengalami kerosakan harta benda yang teruk atau kehilangan ahli keluarga yang disayangi.   KOSMO ONLINE

Rumah mangsa bah terbakar

Kuantan: Malang berganda buat keluarga seorang pesara Pos Malaysia Berhad apabila kediamannya di Cenderawasih di sini yang ditenggelami air pada 3 Disember lalu, turut terbakar dua hari kemudian ketika mereka pulang untuk mengemas rumah.

Akibat musibah itu, Abdul Rani Ismail, 61, menanggung kerugian mencecah RM80,000 apabila peralatan rumah dan dua kereta rosak akibat banjir, manakala dua bilik tidur serta sebahagian dapur musnah dalam kebakaran.

Abdul Rani berkata, pada malam 3 Disember, beliau bersama isteri, Siteh Abd Hamid, 60, dan dua anak, Nurshahril, 32, seorang posmen dan Nurshahrizal, 22, pelajar Politeknik Port Dickson, serta adik iparnya, Maisarah Abd Hamid, 49, diarah berpindah ke Sekolah Kebangsaan (SK) Cenderawasih selepas rumah dinaiki air satu meter.   BERITA HARIAN ONLINE

East Coast Dihantam Badai Musim Sejuk

Ilustrasi.

Ilustrasi.

WASHINGTON – Corak cuaca musim sejuk yang tersebar luas telah mempengaruhi sebahagian besar East Coast, Amerika Syarikat, dan boleh terus mempengaruhi kawasan tersebut dalam beberapa hari ke depan, kata National Weather Services pada Isnin (9/12).

Menurut National Weather Services, taufan yang menyebar dari Wilayah Great Lakes ke Central Gulf Coast dijangka bergerak ke arah timur-laut lalu ke arah Kanada Tenggara dan lepas pantai East Coast, Selasa (10/12). Akibatnya, hujan yang sangat sejuk dan hujan es menerpa sepanjang jalur tersebut.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

BMKG Bilang Musim Hujan Hingga Februari, Siap-siap Banjir

Hujan deras berakibat banjir

Hujan deras berakibat banjir

Yogyakarta: POLDEPUTI Pengendalian Kecemasan Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Tri Budiarto mengarahkan, agar semua daerah di Jateng, khususnya yang berpotensi banjir semasa musim hujan untuk siap sedia bahaya banjir.

Sesuai maklumat yang diterima dari Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Semarang, curah hujan tinggi bakal berlaku pada Disember 2013 hingga Februari 2014. Keadaan tersebut menuntut kesediaan tambahan keras dari instansi terkait dan masyarakat yang tinggal di kawasan rawan bencana banjir dan tanah runtuh.

“Disember hingga Februari tahun depan merupakan bulan-bulan yang harus diwaspadai. Untuk itu BPND mengarahkan kepada seluruh BPBD yang ada di Jateng untuk siap sedia kecemasan banjir dan tanah runtuh. Aparat dan tidak boleh lengah agar tidak sampai terjadi jatuh korban jiwa, “tegas Tri Budiarto yang kami tulis (12/12/2013).    PELITA ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Disember 13, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Disember 2013
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: