KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

TAHUN BARU … Tahun Masehi 2014

Beberapa hari lagi,  akan menjelang tiba tahu baru Masehi 2014.  Sebelum ini kita telah menyambut ketibaan tahu baru Hijrah 1435.

Bila tiba sahaja tahun baru … timbullah berbagai corak dan ragam dalam pemikiran kita.

Ada antara kita yang mula memikirkan apakah yang telah kita laksanakan dalam tahun yang sudah berlalu … dan adakah yang telah kita laksanakan itu membawa apa-apa manfaat kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian.

Dan ada juga antara kita yang mula memikirkan apa pula yang hendak kita lakukan dalam tahun yang akan tiba ini.

Tiap insan itu mempunyai cara dan kaedahnya sendiri untuk berfikir,  merancang  dan  membuat analisis mengenai perkara ini.

Kepada kita ‘insan biasa’ ini semua jarang terlintas di dalam fikiran kita.  Kepada kita,  sama ada tahun 2014 atau 1435,  semuanya serupa sahaja.  Kepada kita,  yang terdekat ‘hari esok’ akan menjelang tiba.  Sudahkah kita bersedia menghadapinya?  Apakah yang perlu kita lakukan untuk menentukan bahawa esok akan membawa lebih keceriaan dan kesejahteraan kepada kita?

Kepada yang mempunyai pemikiran yang ‘kritikal’ mungkin akan termenung panjang untuk membuat ramalan ini.  Mungkin kita akan membuat perancangan mengenai apa yang hendak kita lakukan … terutamanya dalam usaha kita menambahkan rezeki yang halal menyara hidup kita sekeluarga.  Mungkin kita akan membuat analisis tentang kegagalan yang telah kita tempuh setahun yang lalu.  Mungkin kita akan mencari jalan atau kaedah yang lebih baik dan praktikal untuk menentukan kegagalan itu tidak akan berulang di tahun yang sedang kita tunggu ketibaannya.

Apa pun tiap insan itu akan berfikir.

Dan pada waktu itu,  mulalah kita melihat apa yang sedang berlaku di keliling kita.  Mulalah kita bertanya jalan mana yang harus kita ambil untuk mencapai hasrat dan cita kita.  Mulalah kita meneliti bagaimana cara dan kaedahnya supaya kejayaan akan bersama kita.

Dan apabila pemikiran seperti ini mula muncul di fikiran kita,  rasanya kita sudah mula sedar bahawa untuk masa depan  … esok,  lusa,   minggu hadapan  dan  tahun hadapan … banyak yang perlu kita lakukan.

Dipercayai,  jalan atau kaedah yang harus kita ambil hendaklah yang praktikal dan yang dihasilkan oleh pemikiran yang waras … dan selepas mengkaji sedalam-dalamnya keadaan kehidupan kita hari ini.

Sama-samalah kita renungkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Disember 15, 2013 by in Renungan.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Disember 2013
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: