KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online – 19 Dis 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

Singapura mahu usir 53 perusuh

Sebuah kenderaan terbakar dalam rusuhan yang berlaku di Little India, Singapura

Sebuah kenderaan terbakar dalam rusuhan yang berlaku di Little India, Singapura

SINGAPURA – Pemerintah Singapura semalam merancang untuk mengusir 53 orang dan mengeluarkan amaran kepada kira-kira 200 orang lagi kerana terlibat dalam rusuhan paling buruk di negara ini dalam tempoh lebih 40 tahun pada 8 Disember lalu.

Menurut polis, semua 53 orang itu merupakan warga India namun seorang rakyat Bangladesh berada di dalam penjara dan dia tidak akan dibenarkan datang ke Singapura pada masa depan.

Dakwaan ke atas tujuh orang yang terlibat dalam rusuhan di Little India itu akan digugurkan sekali gus menjadikan hanya 28 orang sahaja yang akan didakwa melakukan rusuhan.

Kesemua 28 orang yang didakwa itu merupakan warga India.   KOSMO ONLINE

Ini Dia Astronot Indonesia Pertama

Astronot (ilustrasi)

Astronot (ilustrasi)

REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA – Rizman A Nugraha dari Indonesia telah terpilih oleh AXE Space Academy (ASA) untuk terbang ke luar angkasa.

ASA merekrut lebih dari 100 lelaki dan wanita dari seluruh dunia untuk merebut satu daripada 24 tiket ke luar angkasa dan tiga orang telah terpilih dari Indonesia untuk menjalani latihan di Aasa Global Space Camp.

Setelah jangkaan selama berbulan-bulan dan satu minggu Training Missions penerbangan angkasa yang sengit dipimpin oleh Buzz Aldrin, Rizman A Nugraha akhirnnya berjaya memenangi peluang satu-satunya dari AXE untuk pergi ke luar angkasa.    REPUBLIKA ONLINE

Lagi kes rasuah babitkan pemimpin

Ratu Atut

Ratu Atut

JAKARTA 17 Dis. – Suruhanjaya Pembasterasan Rasuah (KPK) hari ini menamakan Gabenor Banten, Ratu Atut Chosiyah sebagai suspek terbaharu kes rasuah berprofil tinggi di republik ini, sekali gus mencalarkan lagi imej kerajaan pimpinan Presiden, Susilo Bambang Yudhoyono.

Menurut Pengerusi KPK, Abraham Samad, Ratu Atut didakwa terlibat dalam dua kes rasuah termasuk melibatkan Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan, Akil Mochtar, 52, yang telah pun ditahan.

“Saya dengan ini mengesahkan bahawa Gabenor Banten merupakan suspek kes rasuah melibatkan penipuan undi dan kes Akil.

“Beliau turut disiasat dalam satu kes melibatkan pembekalan peralatan perubatan di Banten,” katanya.   

Jurucakap bagi keluarga Ratu Atut,  Nur Ikhsan berkata,  keluarganya terkejut dan kesal dengan berita tersebut.  UTUSAN ONLINE

 

Bandung peruntuk Rp 30 Miliar Atasi Banjir

Warga dari sejumlah desa di Dayeuhkolot dan Baleendah , Bandung , Jawa Barat , mengungsi melalui Jalan Raya Dayeuhkolot

Warga dari sejumlah desa di Dayeuhkolot dan Baleendah , Bandung , Jawa Barat , mengungsi melalui Jalan Raya Dayeuhkolot

TEMPO.CO , Bandung – Pemerintah Kota Bandung memperuntukkan anggaran Rp 30 bilion untuk mengatasi banjir . ” Anggaran itu dibagi dua , masing – masing Rp 15 bilion untuk pengerukan sampah di kali dan memperbaiki jambatan , ” kata Kepala Bidang Perancangan Bina Marga Kota Bandung Didi Ruswadi kepada Tempo di Balai Kota , Jalan Wastukencana , Bandung , Senin , 16 Disember 2013 .

Menurut dia , peruntukan bajet itu relatif sama setiap tahun . Bajet itu akan digunakan untuk membersihkan beberapa titik tersumbat air , seperti pembetung dan aliran air . Hujan yang mengguyur Kota Bandung kerap membawa sampah yang kemudian menyumbat pelbagai aliran air baik di jambatan mahupun jalan protokol .

Kesan banjir ini juga membuat sejumlah jalan di Kota Bandung rosak . Kerana itu , kerajaan telah merangka tiga ruas jalan tempat sering terjadinya penyumbatan air di sepanjang aliran sungai di Kota Bandung,  kata Didi.   TEMPO ONLINE

Perisikan tentera mantap, mampu hidu ancaman

KUALA LUMPUR – Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata perisikan tentera negara ini amat mantap dalam menghidu sebarang ancaman, termasuk serangan yang dikatakan sedang dirancang oleh kumpulan Abu Sayyaf, atau Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).

Beliau berkata anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa melakukan risikan bersama negara lain dalam mendapatkan maklumat berhubung desas-desus ancaman termasuk serangan atau pencerobohan.

“Saya menganggap (dakwaan mengenai kemungkinan) serangan itu hanyalah khabar angin yang disebarkan pihak tertentu, namun ini tidak bermakna kami dan pasukan keselamatan lain seperti polis mengambil mudah perkara (khabar angin) itu,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menghadiri Persidangan Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS TALK) 2013 di sini hari ini.    SINAR HARIAN ONLINE

Ekonomi Australia lembap tahun depan

Harga semasa saham Australia di pusat daerah perniagaan Sydney pada 17 Disember 2013. – AFP

Harga semasa saham Australia di pusat daerah perniagaan Sydney pada 17 Disember 2013. – AFP

SYDNEY, 17 Dis – Ekonomi Australia akan menjadi lembap pada tahun depan, pengangguran akan meningkat dan ia mungkin mengambil pemotongan perbelanjaan selama satu dekad untuk mengembalikan belanjawan kepada lebihan dagangan, beritahu Bendahari Joe Hockey kepada parlimen hari ini.

Enam tahun di bawah pemerintahan parti Buruh telah meninggalkan kerajaan Perdana Menteri Tony Abbott  dengan kerja-kerja pemulihan fiskal, kata beliau.

Defisit belanjawan dalam tahun kewangan berakhir Jun dijangka mencecah pada 47 bilion dolar Australia dan bukannya kekurangan 30 bilion dolar Australia seperti yang diramalkan oleh kerajaan sebelumnya.

Hockey mengingatkan imbangan akaun “memerlukan orang menyesuaikan diri kepada pemotongan dalam beberapa perbelanjaan yang sudah menjadi kebiasaan bagi mereka.”   MEDIA PERMATA ONLINE

 

MKN Beri Amaran Tiga Negeri Siap Sedia Hadapi Gelombang Kedua Banjir

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan berakhirnya gelombang pertama kejadian banjir pada Rabu, namun pihaknya memberi amaran kepada tiga negeri supaya bersiap sedia menghadapi gelombang kedua yang dijangka berlaku bermula Jumaat hingga Isnin depan.

Dalam satu kenyataan, MKN berkata Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran gelombang kedua hujan monsun, dan kawasan yang dijangka terjejas ialah Terengganu (Dungun dan Kemaman), Pahang (Kuantan, Pekan and Rompin) dan Johor (Segamat serta Mersing).

“Mereka yang tinggal di kawasan rendah dinasihatkan agar bersiap sedia dan tidak menunggu hingga saat akhir apabila mereka diminta berpindah, ibu bapa juga dinasihatkan agar memerhatikan anak mereka. Keutamaan juga harus diberikan kepada wanita hamil dan tua.   mStar Online

Dilema ubat-ubatan berbahan enzim babi

Jakarta (ANTARA News) – Obat-obatan dalam dunia kesihatan mempunyai arti penting untuk kesembuhan pesakit meski terdapat kontroversi jika bahan-bahan farmasi tersebut mengandungi enzim lemak babi yang haram bagi umat Islam.

Menurut Profesor Hasbullah Thabrany, guru besar Fakulti Kesihatan Awam Universiti Indonesia (FKM UI), produk industri farmasi yang mengandungi lemak babi tidak boleh disetarakan begitu saja statusnya sebagaimana makanan dan minuman.

“Kerana keterbatasan, terkadang doktor perlu memberikan ubat-ubatan untuk pesakit meski di dalamnya mempunyai unsur dari tubuh babi,” kata guru besar UI itu dalam sebuah perbincangan tentang rang undang-undang Produk Jaminan Halal (RUU PJH) di kawasan Tebet, Jakarta, Senin.   ANTARA NEWS ONLINE

MPJ tukar papan tanda kepada tulisan Jawi dan Bahasa Melayu

JASIN: Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) akan menukar semua papan tanda di premis serta bangunan miliknya kepada tulisan Jawi dan Bahasa Melayu bermula bulan depan.

Yang Dipertuanya, Murad Husin, berkata langkah berkenaan adalah sejajar dengan usaha kerajaan yang mahu memartabatkan penulisan jawi serta mengangkat bahasa kebangsaan supaya dapat digunakan secara berkesan di kalangan masyarakat kawasan itu.

Beliau berkata, sebagai permulaan, pihaknya sudah memasang tulisan jawi beserta bahasa Melayu di pintu masuk pejabat MPJ di Bandar Jasin, di sini sebelum diperluaskan ke lebih 600 premis serta bangunan milik pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan bermula 1 Januari depan.    BERITA HARIAN ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Disember 19, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Disember 2013
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: