KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online – 26 Dis 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

Amaran angin kencang dan laut bergelora

KUALA LUMPUR – 2013/12/25 – 03:15:47 AM:    Aktiviti ribut petir di kawasan perairan Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak (Limbang, Miri, Bintulu, Mukah serta Rejang) dijangka berterusan sehingga pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, angin kencang dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dijangka berlaku dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.   BERITA HARIAN ONLINE

Cuba seludup PATI semasa Krismas

SEBAHAGIAN daripada 41 PATI yang ditahan Maritim Malaysia

SEBAHAGIAN daripada 41 PATI yang ditahan Maritim Malaysia

LUMUT – Cubaan satu sindiket menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini pada cuti umum Hari Krismas semalam berjaya dipatahkan Maritim Malaysia.

Dalam kejadian pada pukul 3.15 pagi kira-kira sembilan batu nautika dari perairan Hutan Melintang dekat sini itu, 41 PATI termasuk dua wanita ditahan di dalam sebuah bot menangkap ikan.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah 3 Lumut, Kepten (Maritim) Abdul Razak Johan berkata, bot itu dikesan bot peronda, Petir 80 semasa menjalankan rondaan rutin di kawasan terbabit.    KOSMO ONLINE

 

Bajet Arab Saudi AS$228b untuk 2014

RIYADH, 24 Dis (AFP) – Arab Saudi mengumumkan semalam untuk rekod bajet sebanyak AS$228 bilion untuk 2014, meningkat sedikit daripada AS$218.7 bilion untuk tahun ini.

Pengeksport minyak terbesar dunia itu berkata ia juga menjangka akan menyimpulkan tahun ini dengan bajet berlebihan dengan 206 bilion riyal (AS$54.9 bilion), selepas belanjawan untuk lebihan kira-kira AS$613 juta.

Hasil pada 2013 juga dijangka akan mencapai 1.131 trilion riyal berbanding dengan perbelanjaan 925 bilion riyal, menurut kenyataan kerajaan.    MEDIA PERMATA ONLINE

Pengeluaran soya di Sleman Anjlok

Petani soya

Petani soya

REPUBLIKA.CO.ID, SLEMAN – Pengeluaran soya di Kabupaten Sleman, Daerah Istimewa Yogyakarta, selama 2013 menjunam. Turunnya pengeluaran soya terjadi kerana tingginya curah hujan tahun ini.

Kepala Dinas Pertanian, Perikanan dan kehutanaan Kabupaten Sleman, Widi Sutikno mengaku luas tanam soya turun hingga hanya puluhan hektar. Luas tanam sebelumnya mencapai 500 hektar tetapi tahun ini hanya mencapai 18 hektar.

“Pengeluaran soya hancur semalam kerana tanaman ini terdedah kepada musim hujan,” ujarnya kepada wartawan, Rabu (25/12).    REPUBLIKA ONLINE

Kerajaan Sementara Thai Lanjutkan ISA Di Bangkok Tiga Bulan Lagi

BANGKOK: Kerajaan Sementara Thailand melanjutkan kuatkuasa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama tiga bulan lagi di Bangkok dan beberapa kawasan di wilayah Pratum Thani dan Samut Prakarn.

ISA meliputi seluruh Bangkok, daerah Lat Lum Kaeo di wilayah Prathum Thani dan daerah Bang Phli di wilayah Samut Prakarn, kata Timbalan Menteri Pertahanan Sementara Yutthasak Sasiprapa selepas mesyuarat kabinet di sini, Rabu.

Yutthasak berkata, kabinet bersetuju dengan pelanjutan tempoh ISA kerana bimbang dengan demonstrasi oleh Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat (PDRC) pada masa ini yang boleh mengancam pilihan raya umum pada 2 Februari.    mStar Online

Rano Karno menangis

Wagub Banten Rano Karno

Wagub Banten Rano Karno

Tangerang (ANTARA News) – Wakil Gubernur Banten Rano Karno menangis saat melantik Walikota dan Wakil Walikota Tangerang, Arief – Sachrudin, kerana menggantikan peranan Gubernur Banten Ratu Atut Chosiyah di Tangerang, Selasa.

Dia menjelaskan alasannya menangis kerana diberikan mandat untuk menggantikan tugas Gubernur Banten Ratu Atut Chosiyah yang kini mendekam di Rutan Pondok Bambu, Jakarta Timur.

“Saya menangis apabila melantik Datuk Bandar dan Timbalan Datuk Bandar kerana rakyat Kota Tangerang kini mempunyai pemimpin setelah sekian lama tertangguh,” kata Rano.

Apalagi pelantikan ini dilakukan yang pertama kalinya selaku Wakil Gubernur Banten. ANTARA NEWS ONLINE

Peneroka dalang curi sawit

Lori membawa sawit yang dipercayai dicuri di Felda Kerteh Tiga

Lori membawa sawit yang dipercayai dicuri di Felda Kerteh Tiga

FELDA KERTEH 3 – Misteri kehilangan buah sawit di ladang Felda, dekat sini, akhirnya terjawab apabila dalang utama berjaya ditahan, petang kelmarin.

Lebih mengejutkan, ia dipercayai dilakukan peneroka sendiri.

Segalanya terbongkar selepas dua suspek masing-masing berusia 30-an dan 50-an sedang dalam urusan hendak menjual sawit yang dicurinya.

Kejadian disedari kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika seorang peneroka melihat suspek sedang mengait buah kelapa sawit di blok 4 Felda Kerteh Tiga lalu memaklumkannya kepada ketua ladang tentang aktiviti mencurigakan itu.   SINAR HARIAN ONLINE

Jadikan pertukangan kayu pendapatan sampingan

AWANG Hashim bin Besar menunjukkan sebahagian dari perabut yang dihasilkannya.

AWANG Hashim bin Besar menunjukkan sebahagian dari perabut yang dihasilkannya.

TEMBURONG, Selasa, 24 Disember. – Minat dalam bidang pertukangan kayu telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh salah seorang penduduk di daerah ini bagi mendapatkan pendapatan sampingan.

Dalam pendekatan wakil PELITA BRUNEI, Awang Hashim bin Besar menjelaskan beliau mula berminat dengan seni pertukangan kayu itu setelah mengikuti kursus selama enam bulan di Sekolah Perdagangan yang terletak di Jalan Muara semasa beliau masih berkhidmat dengan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei puluhan tahun dahulu.

Beliau yang sudah berkecimpung dalam pertukangan kayu sejak lebih 20 tahun itu kini bertugas di Jabatan Kerja Raya (JKR) Cawangan Daerah Temburong di mana produk pertama pertukangan kayu yang dihasilkannya ialah kabinet dapur iaitu tempat meletak pinggan mangguk.    PELITA BRUNEI ONLINE

Ahli Ekonomi UGM : Tahun Depan Ekonomi Memburuk

Universitas Gadjah Mada

Universitas Gadjah Mada

TEMPO.CO , Yogyakarta – Sejumlah ahli ekonomi dari Fakulti Ekonomi Universiti Gadjah Mada ( UGM ) meramalkan ekonomi Indonesia tahun depan bakal terus merosot . Guru Besar Ekonomi UGM , Sri Adiningsih berkata , penurunan prestasi ekonomi Indonesia terus berlaku sampai akhir 2013 . ” Selama 2014 , ekonomi Indonesia masih akan merosot , apalagi potensi ketidakstabilan ekonomi besar di tengah tahun politik , ” ujar Sri dalam forum ” Economic Outlook 2014 FEB UGM ” , Selasa 24 Disember 2013 .

Menurut dia , neraca perdagangan terus defisit sedang kerajaan dan swasta tersandera oleh pembayaran hutang jangka pendek . ” Inflasi secara nasional mungkin di kedudukan 6.5 peratus , kadar pertukaran  juga akan tetap di atas harga Rp 11 ribu per US dolar , ” kata Adiningsih .

Dia berkata , melemahkan nilai tukar rupiah berlangsung lama walau Bank Indonesia telah menaikkan suku bunga BI rate menjadi 7.5 peratus . Rizab pertukaran asing terus merosot dan saat ini berada pada angka 97 bilion dolar AS . ” Bisa bahaya , kalau ada krisis di Amerika lagi , ” kata dia .    TEMPO ONLINE

Peringati tragedi tsunami, nelayan di Aceh tidak turun ke laut

Gambar fail bertarikh 2 Januari 2005, menunjukkan sekumpulan anggota penyelamat mendekati mayat-mayat mangsa tsunami

Gambar fail bertarikh 2 Januari 2005, menunjukkan sekumpulan anggota penyelamat mendekati mayat-mayat mangsa tsunami

BANDA ACEH 25 Dis. – Nelayan-nelayan di wilayah ini sepakat untuk tidak turun ke laut selama dua hari sebagai memperingati ulang tahun kesembilan tragedi tsunami esok.

Ratusan nelayan di wilayah ini sebaliknya, akan menyibukkan diri dengan melakukan kerja-kerja menjahit atau memperbaiki jala.

Di Krueng Aceh, pelabuhan Lampulo, daerah Kuta Alam, Banda Aceh, terdapat 400 nelayan yang sebelum ini keluar mencari rezeki di laut sudah kembali ke daratan.

Menurut Panglima Laut Lhok Krueng Aceh, Tabrani, adat untuk tidak turun ke laut di Aceh selama sehari pada 26 Disember iaitu hari berlaku tragedi tsunami pada 2004 itu dicapai berdasarkan persetujuan dengan semua nelayan.   UTUSAN ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Disember 26, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Disember 2013
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: