KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Pelancongan dan kehidupan kita

Seni tari

Seni tari

Banyak telah diperkatakan mengenai pelancongan.  Banyak juga pandangan dan pendapat dikemukakan oleh para ahli dan pakar serta pihak-pihak berwajib mengenainya.  Pendek kata pelancongan sudah menjadi satu perkara biasa kepada kita,  dan ada pula antara kita yang terlibat secara langsung dengan aktiviti atau program yang dirancang dan dilaksanakan dalam bidang ini.

Cuba kita perhatikan apa sebenarnya kesan pelancongan kepada kita,  masyarakat kita dan Negara kita.

Kalau dilihat secara kasar,  pelancongan atau kedatangan manusia luar ke tempat kita atau Negara kita,  tidak membawa apa-apa erti kepada kita  ‘orang biasa’.  Kita tahu mereka ada … terutama melihat kepada tingkat laku mereka,  sifat dan perwatakan mereka,  budaya mereka serta cara  mereka berbelanja.

Kadangkala kehadiran mereka di kalangan kita,  agak ‘membosankan’ … atau lebih ‘menjijikkan’.  Ini terutama sekali jika mereka tidak langsung mengenali kita di Negara ini.  Tambahan pula jika tiada usaha dilaksanakan untuk memperkenalkan keadaan hidup kita,  budaya hidup kita,  agama kita dan pantang larang kita,  kepada mereka.  Hasil dari ini,  sudah semestinyalah akan membawa pelbagai reaksi di kalangan masyarakat kita.

Gunung ganang yang memukau

Gunung ganang yang memukau

Cuba kita perhatikan … yang selalu diperkenalkan kepada para pelancong,  terutama dari luar Negara ialah tempat-tempat menarik,  tempat-tempat bersejarah,  seni budaya kita (iaitu tarian,  pakaian,  adat istiadat kita, keraf kita dan lain-lain).  Kita akan bawa mereka menyaksikan upacara nikah kahwin kita,  cara kita memotong padi,  membuat kain batik, kain songket dan sebagainya.

Ini sebenarnya bukanlah kehidupan seharian kita.

Sekarang ini pula diperkenalkan pelancongan kesihatan,  pelancongan pendidikan dan seumpamanya.  Ini juga bukanlah memperlihatkan cara hidup kita.

Rasanya masanya telah tiba bagi kita,  terutama yang bertanggungjawab merancang dan menyediakan program dan aktiviti pelancongan ini,  berfikir lebih dalam.

Kita perlu kaji,  teliti dan pantau kesan-kesan negatif yang mungkin dibawa bersama iaitu dari segi kesihatan,  keselamatan,  budaya hidup kita,  Dan perlu kita tentukan juga  keuntungan yang boleh dimanfaatkan  oleh masyarakat,  terutama masyarakat desa,  yang mengerluarkan hasil-hasil perushaan mereka.

Ikon pulau peranginan negara

Ikon pulau peranginan negara

Mungkin keuntungan ekonomi menjadi objektif kita,  tetapi rasanya perlu juga kita tentukan bahawa apa yang akan dibentangkan kepada masyarakat pelancong itu,  bukan sahaja membawa pendapatan kepada kita dari segi kewangannya,  malah banyak lagi.  Perlu juga kita sediakan ruang untuk bertukar pandangan dan pendapat dalam pelbagai bidang yang boleh membawa keuntungan kepada mereka dan juga kita.

Pendek kata,  biarlah hasilnya berbentuk ‘win-win situation’ kepada semua.

Dan hasilnya juga boleh dijadikan sebagai pemangkin kepada masyarakat kita dalam menjalani kehidupan mereka ke zaman-zaman mendatang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Disember 26, 2013 by in Pelancongan, Renungan.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Disember 2013
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: