KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Selamat datang tahun Masehi 2014

Dua hari lagi tibalah 1 Januari 2014. 

Mulalah kita memikirkan apakah yang akan berlaku dalam tahun akan datang ini.  Berapa banyakkah peristiwa yang akan menjelma dalam masa 365 hari itu akan menjejaskan diri kita sebagai seorang insan dan warga Malaysia yang merdeka dan berdaulat ini.

Dan apa pula yang harus kita lakukan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang ini?  Bagaimana dengan persediaan kita?

Semua ini,  dipercayai berada dalam fikiran kita.

Dan di dalam fikiran kita juga,  timbul banyak soalan,  terutama sekali mengenai program dan aktiviti yang telah kita lalui sejak setahun yang baru lalu ini.  Apakah kita telah berjaya melaksanakan apa yang sepatutnya untuk memperbaiki lagi kedudukan kita … sebagai anggota masyarakat dan sebagai warga Negara.

Dan apa pula perancangan masa depan kita?

Rasanya kita tidak terlepas dari pemikiran seperti ini.  Dan tidak juga kita akan terpinggir dari apa yang akan berlaku.

Banyaklah andaian yang akan kita buat,  dan banyak juga  perancangan yang hendak kita laksanakan.  Mungkin semua perancangan ini telah kita teliti dengan halus sebelum tiba 1 Januari.

Yang terdekat kepada kita,  ialah keadaan keluarga kita.  Sudahkah mencukupi apa yang kita sediakan untuk anggota keluarga selama setahun yang berlalu?  Adakah terdapat kekurangan atau pun kesilapan yang telah berlaku?  Apakah pendapat para ahli keluarga terhadap apa yang telah kita bawa atau lakukan untuk mereka … iaitu jika kita adalah ketua keluarga.

Dipercayai,  inilah yang bermain dikepala kita.  Rasanya banyak lagi yang perlu kita laksanakan untuk membawa kesejahteraan kepada keluarga.

Jadi dalam masa dua tiga hari ini,  cubalah kita fikirkan apakah yang kita rancang untuk membawa keluarga kita ke tahap lebih tinggi kesejahteraan,  keharmonian,  keceriaan dan kebahgiaan tiap ahli keluarga itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Disember 29, 2013 by in Renungan.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Disember 2013
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: