KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Akhbar luar Negara … apa kelebihannya?

Ramai yang bertanya ‘Apa faedahnya kita membaca akhbar luar Negara?’  Kata mereka lagi ‘Akhbar-akhbar tempatan pun sudah banyak,  dan tak terbaca pun.’

Mungkin ungkapan-ungkapan seperti ini hasil dari sikap tidak keperihatinan yang wujud di kalangan sesetengah anggota masyarakat,  yang berpuas hati dengan apa yang dipaparkan dalam akhbar tempatan.  Atau mungkin kerena mereka tidak kisah dengan apa yang dipaparkan.  Mungkin juga kerana kepada mereka berita-berita luar Negara itu tidak ada kena mengena dengan kehidupan seharian mereka.  Mungkin.

Akan tetapi memang diketahui bahawa akhbar boleh digunakan sebagai satu saluran untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan maklumat semasa.

Dan kisah dan berita yang dipaparkan di dalam akhbar-akhbar boleh membuka minda supaya lebih luas,  dan lebih mengetahui hal-hal yang berlaku. Ini pula akan membawa kepada kebolehan kita berfikir dan akan membolehkan kita mengambil tindakan yang sewajarnya.  Maknanya kita akan lebih mengetahui.  Pendek kata minda kita lebih terbuka dan kita boleh berfikir dengan lebih matang dan tepat lagi.

Dalam senario hari ini,  kita perlu membuat perbandingan.  Yang baik kita jadikan contoh teladan atau pemangkin dalam tindakan kita.  Yang buruknya kita ketepikan dan kita pinggirkan dari kehidupan kita.

Banyak perkara yang berlaku dalam dunia hari ini.  Dengan kewujudan saluran Internet kita sudah boleh mengikuti perkembangan-perkembangan di mana juga ia berlaku.  Dan melalui akhbar-akhbar luar Negara dalam bentuk ‘online’ kita dapat membaca berita-berita semasa.

Dengan cara ini,  dapat juga kita perhatikan tumpuan perhatian atau agenda utama mana-mana Negara juga.  Ada akhbar yang menumpukan perhatian kepada keadaan ekonomi negaranya.  Ada juga yang member focus kepada ehwal politik,  Dan tidak kurang wujudnya akhbar-akhbar yang memberi perhatian kepada gossip atau pun kisah-kisah seumpamanya.  Dengan lain-lain perkataan,  tiap akhbar itu mempunyai tugasnya sendiri.  Kalau ianya kepunyaan atau menyokong kerajaan yang berkuasa,  maka kisah dan peristiwa kerajaan tersebut yang dipaparkan.

Walau apa pun,  tiap akhbar itu mempunyai peranannya sendiri dan dikawal oleh matlamat dan objektif ianya diterbitkan.

Hingga kini,  melalui lamanblog ini,  kita telah pun mengikuti berita dari akhbar-akhbar online Negara-negara serantau iaitu Singapura,  Brunei Darussalam dan Indonesia,  dan juga dari Negara kita sendiri.

Saya kira,  kita sudah pun tahu dan sedar fungsi dan tanggungjawab akhbar-akhbar ini semua.  Terserah kepada kita untuk menilainya.  Seperti dikatakan,  yang baik dijadikan contoh,  sementara yang buruk kita tinggalkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Januari 10, 2014 by in Ehwal Semasa, Makluman, Renungan.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Januari 2014
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: