KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

MH 17; DI AKHBAR ONLINE HARI INI – 20 JULAI

KLIK TAJUK AKHBAR UNTUK BERITA LENGKAP

Zon selamat diwujudkan

ANGGOTA Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bertafakur sebagai memperingati mangsa nahas pesawat MH17 di Ibu Pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat, kelmarin

ANGGOTA Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bertafakur sebagai memperingati mangsa nahas pesawat MH17 di Ibu Pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat, kelmarin

KUALA LUMPUR 19 Julai – Kerajaan Ukraine dan puak pemi­sah telah bersetuju mewujudkan zon selamat sekitar kawasan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Pe­nerbangan MH17 terhempas iaitu di wilayah Donetsk di bahagian timur negara itu yang terletak dekat sempadan Rusia.

Duta Besar Ukraine ke Malaysia, Ihor V. Humenyyi (gambar) berkata, pihak berkuasa Ukraine dan puak pemisah – yang kini menguasai wilayah itu – bersetuju bahawa tiada pertempuran dibenarkan di kawasan seluas 400 kilometer persegi (20km x 20km) tersebut bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Beliau berkata, pihak berkuasa sedang mengambil segala langkah demi menjamin keselamatan pasukan antarabangsa yang masuk ke kawasan itu, terutama pasukan penyiasat dari Malaysia.

“Saya yakin setiap langkah telah diambil bagi menjamin keselamatan pasukan itu,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, waris mangsa MH17 akan dibawa ke Kharkiv, yang terletak beberapa ratus kilometer di luar kawasan itu, demi keselamatan dan bagi membolehkan mereka menunggu hasil operasi mencari.
UTUSAN ONLINE

Malaysia Akan Pastikan Kotak Hitam Tidak Diambil Alih Pihak Tidak Berkenaan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia sebagai pemilik kapal terbang Malaysia Airlines MH17 yang terhempas di Ukraine akan memastikan bahawa kotak hitamnya tidak dikuasai pihak yang tidak ada kena mengena dengan insiden itu.

Mengikut peraturan antarabangsa, pemilik pesawat berhak ke atas kotak hitam itu, katanya.
“Kotak hitam itu mesti ikut pada undang-undang antarabangsa dan mereka yang tidak berhak, tidak boleh menguasai dan mengambil alih kotak hitam itu,” katanya kepada media selepas meluangkan masa bertemu dengan keluarga mangsa nahas pesawat MH17 di sini hari ini.  mStar Online
Doktor berbahasa Rusia bantu pasukan Malaysia
Penterjemah bahasa Russia Dr. Muhamad Akmal Saleh, 26, (kiri) menjadi perantara bagi media Malaysia yang membuat liputan tragedi pesawat penerbangan Malaysia Airline (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine hari ini.

Penterjemah bahasa Russia Dr. Muhamad Akmal Saleh, 26, (kiri) menjadi perantara bagi media Malaysia

KIEV – Dr Muhamad Akmal, seorang doktor kanak-kanak di Hospital Ampang tidak berfikir panjang bila ditawarkan menyertai pasukan penyiasat Malaysia berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, sekalipun terpaksa meninggalkan isteri yang sedang mengandung.

Lulusan dari Russian State Medical University itu berkata, hasratnya untuk memberi khidmat kepada negara dengan apa jua cara, sekalipin sebagai seorang penterjemah, memang merupakan keinginannya yang mendalam.”Pada saat-saat sukar ini, saya rasa terpanggil untuk membantu oleh kerana boleh bertutur bahasa Rusia setelah mengikuti pengajian di Moscow selama enam tahun.”Ini sebahagian daripada sumbangan saya untuk negara dan agama,” katanya kepada Bernama, di sini.
Dr Muhamad Akmal, 26, adalah seorang daripada 131 anggota pasukan penyiasat Malaysia, yang tiba di sini hari ini.   SINAR HARIAN ONLINE
Curi kad kredit mangsa MH17
BARANGAN mangsa MH17 dipercayai dikeluarkan dari beg mangsa. FOTO EPA

BARANGAN mangsa MH17 dipercayai dikeluarkan dari beg mangsa. FOTO EPA

Keiv: Wang dan barang berharga mangsa nahas Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terhempas di utara Ukraine dipercayai menjadi tumpuan pencuri.

Pesawat MH17 terhempas bersama ratusan tubuh yang ‘berselerakan’di sebuah lapangan dikelilingi oleh berbagai harta benda milik mangsa termasuk buku kanak-kanak, permainan kad, selipar, surat dan piring hitam lama.

Menurut seorang ahli politik Ukraine, beliau mendakwa perompak telah turun ke tempat kejadian, mencuri barang-barang berharga dari 298 penumpang dan anak kapal.

Anton Gerashchenko, penasihat kepada kerajaan Kiev, berkata: “Saya telah menerima maklumat bahawa pengganas yang memburu harta orang mati telah mengumpul bukan sahaja wang tunai dan barang kemas penumpang, malah kad kredit mangsa nahas.   myMetro Online

Kerajaan Ukraine Dakwa Pengganas Cuba Musnahkan Bukti Nahas MH17

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) — Kerajaan Ukraine hari ini mendakwa kumpulan pengganas pro-Rusia sedang cuba memusnahkan bukti di lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Menurut portal kerajaan itu http://www.kmu.gov.ua, pihak berkuasa dimaklumkan kumpulan pengganas sudah memindahkan 38 jasad ke rumah mayat di Donetsk, yang menurut seorang ‘pakar’ yang bercakap dalam loghat Rusia, untuk dibedah siasat.

Laporan itu juga mendakwa kumpulan pengganas terbabit menghalang komuniti antarabangsa dan pihak kerajaan memasuki kawasan nahas.

“Ini bagi menghalang siasatan dan kumpulan pengganas juga sedang berusaha mendapatkan pengangkut kargo yang besar bagi memindahkan bangkai pesawat ke Rusia,” dakwa laporan tersebut.   BERNAMA ONLINE

Kumpulan pemisah lepaskan tembakan

ANGGOTA puak pemisah pro-Rusia melihat barangan milik penumpang MH17 yang terhempas di Grabovo, Ukraine semalam.

ANGGOTA puak pemisah pro-Rusia

KIEV – Anggota-anggota kumpulan penyiasat dari Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) telah dihalang melakukan siasatan oleh anggota-anggota pemisah pro-Rusia di lokasi kejadian sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang terhempas dipercayai ditembak dengan menggunakan peluru berpandu Buk.

Anggota-anggota kumpulan penyiasat itu dihalang daripada melakukan siasatan ketika mereka tiba buat kali pertama di kawasan lokasi nahas di Grabovo, timur Ukraine.

Kumpulan pemisah itu turut melepaskan tembakan amaran ketika 30 orang pegawai daripada kumpulan penyiasat tersebut tiba bagi melakukan siasatan.

Situasi itu menyebabkan mereka terpaksa meninggalkan lokasi tersebut selepas berada selama 75 minit di lokasi tersebut.    KOSMO ONLINE

Nahas MH17: Bukan tugas ICAO beri amaran konflik tentera 

masOTTAWA: Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) menegaskan hari ini bahawa bukan tugas agensi itu mengeluarkan amaran mengenai ancaman bahaya seperti konflik tentera kepada syarikat penerbangan.

Sebaliknya ICAO yang di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, ia sebaliknya adalah tanggungjawab yang dipikul setiap negara.

Peranan ICAO menjadi kritikan hebat selepas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dilaporkan ditembak jatuh oleh peluru berpandu di timur Ukraine, kelmarin, yang mengorbankan semua 298 orang di dalam pesawat.

ICAO yang berpusat di Montreal, Kanada menolak tanggapan bahawa agensi itu sepatutnya mengeluarkan amaran mengenai bahaya kepada syarikat penerbangan sekiranya pesawat terbang di kawasan terbabit.    BERITA HARIAN SG ONLINE

Putin-Merkel bahas investigasi pesawat MH-17

Presiden Rusia, Vladimir Putin (ANTARA FOTO/REUTERS/Steffan Rousseau/Pool/ox/14.)

Presiden Rusia, Vladimir Putin (ANTARA FOTO/REUTERS/Steffan Rousseau/Pool/ox/14.)

Moskow (ANTARA News) – Presiden Rusia Vladimir Putin dan Kanselir Jerman Angela Merkel Sabtu sepakat tentang perlunya untuk segera menghentikan permusuhan di tenggara Ukraina dan memulai pembicaraan perdamaian, kata Kremlin dalam satu pernyataan.

Kedua pemimpin juga menekankan pentingnya investiasi secara menyeluruh dan obyektif dari semua keadaan menyangkut jatuhnya pesawat MH-17 Malaysia Airlines.

“Telah dicatat bahwa adalah sangat penting untuk melanjutkan konsultasi dalam kelompok kontak dengan para perwakilan wilayah protes serta pelaksanaan prakarsa Rusia untuk kehadiran pengamat OSCE di dua pos pemeriksaan di perbatasan Rusia-Ukraina,” kata Kremlin.

Merkel juga menyeru Putin untuk menggunakan pengaruhnya terhadap gerakan separatis pro-Rusia untuk mengadakan gencatan senjata di Ukraina, menurut pernyataan pemerintah Jerman.    ANTARA NEWS ONLINE

Pemberontak dituduh ‘merusak’ bukti-bukti MH17

Pemerintah Ukraina dan kelompok pemberontak saling menuduh menembak jatuh MH17.

Pemerintah Ukraina dan kelompok pemberontak saling menuduh menembak jatuh MH17.

Ukraina menuduh pemberontak pro-Rusia berupaya merusak bukti-bukti dari ‘kejahatan internasional’ di lokasi kecelakaan pesawat Malaysia Airlines.

Pemerintah mengatakan pemberontak yang mendapat dukungan Rusia juga mencegah perwakilan internasional dan para ahlinya untuk memulai penyelidikan.

Pesawat Malaysia Airlines MH17 diyakini jatuh karena ditembak rudal darat ke udara  Klikdi kawasan yang dikuasai pemberontak, Kamis 17 Juli.

Semua 298 penumpang dan awak pesawat tewas.

Boieng 777 itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan jatuh antara wilayah Krasni Luch di Luhansk dan Shakhtarsk, Donetsk.

Dalam pernyatannya, pemerintah Ukraina mengatakan ‘teroris’ membawa 38 jenazah ke sebuah ruang jenazah di Donetsk yang dikuiasai pemberontak     BBC INDONESIA ONLINE.

Jatuhnya MH17 Sebagai Kejahatan yang Tak Termaafkan

Puing sisa pesawat maskapai Malaysia Airlines MH17

Puing sisa pesawat maskapai Malaysia Airlines MH17

REPUBLIKA.CO.ID, MUAR — Wakil Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menggambarkan jatuhnya pesawat Malaysia Airlines MH17 di Ukraina timur pada Kamis (17/7) lalu sebagai bentuk kejahatan yang tak bisa dimaafkan.

Seperti dilansir dari Bernama, Muhyiddin mengatakan, masyarakat dunia harus memastikan siapa yang harus bertanggung jawab atas insiden tersebut. Insiden yang merenggut 298 nyawa penumpang dan awak pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, akan dibawa ke pengadilan.

“Ini (jatuhnya MH17) adalah sebuah kejahatan yang tak termaafkan, membunuh orang yang tidak bersalah,” kata Muhyiddin di acara Iftar dan Khatam Al-Quran di Masjid Kampung Paya Panjang, Pagoh, Sabtu (19/7).   REPUBLIKA ONLINE

 

Keluarga Korban MH17 Dapat Fasilitas dari Ukraina  

Presiden Ukraina, Petro Poroshenko menggelar jumpa pers terkait ditembak jatuhnya pesawat Malaysia Airlines MH17 di di Kiev, Ukraina, 17 Juli 2014.   (AP Photo)

Presiden Ukraina, Petro Poroshenko menggelar jumpa pers terkait ditembak jatuhnya pesawat Malaysia Airlines MH17 di di Kiev, Ukraina, 17 Juli 2014. (AP Photo)

TEMPO.COJakarta – Kedutaan Besar Republik Indonesia di Ukraina mengupayakan koordinasi dengan berbagai pihak terkait jatuhnya pesawat MH17 milik maskapai Malaysia Airlines. KBRI di Ukraina menyatakan siap memfasilitasi penyampaian informasi dari negeri di timur Eropa itu kepada kerabat korban di Indonesia.

Dalam rilis pers yang diterima Tempo, Sabtu, 19 Juli 2014, KBRI di Ukraina berjanji untuk menindaklanjuti penanganan jenazah korban. Mereka berusaha agar jenazah korban segera dievakuasi, diidentifikasi, dan dikembalikan pada keluarga untuk dimakamkan di Tanah Air.

“Kami akan minta penjelasan dan memastikan Ukraina memfasilitasi, terutama terkait tindak lanjut penanganan jenazah,” tulis siaran pers tersebut. Responnya, Presiden Ukraina Petro Prorohenko sudah membuat Komisi Keadaan Darurat untuk melakukan investigasi menyeluruh.   TEMPO ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Julai 20, 2014 by in Ehwal Semasa, Komuniti, Renungan, Terkini.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: