KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

DUNIA HARI INI – SATU PERSPEKTIF

Berbagai peristiwa berlaku di dunia hari ini.   Tiap peristiwa itu secara langsung atau tidak langsung mempengaruhi dan mengganggu hidup kita.

download (1)Yang berlaku di mana juga di dunia,  dapat kita ketahui dan ikuti dengan pantas.  Terima kasih kita ucapkan kepada mereka yang mencipta alat dan peralatan yang membolehkan kita mengetahuinya dengan pantas.  Terima kasih kita ucapkan kepada mereka yang telah mencipta saluran-saluran media seperti radio,  televisyen dan sekarang Internet.  Semua ini adalah kemudahan yang mengiringi kehidupan kita hari ini.

Dengan senario ini,  terasalah kita bahawa dunia ini nampaknya sudah mula mengecil,  dan kita sekarang sudah menjadi anggota satu perkampongan global.

Beberapa hari kebelakangan ini umpamanya beberapa peristiwa atau tragedi telah pun berlaku.  Nun jauh di Ukraine di benua Eropah kita mendengar tragedi kecelakaan yang menimpa sebuah pesawat penerbangan dan tragedy ini telah meragut hampir 300 nyawa.  Dan jauh juga dari Negara kita peristiwa atau kecelakaan yang menimpa sebuah Negara berulang kali berlakunya iaitu di Palestine.

Dua peristiwa buruk.  Kalau difikirkan,  oleh kerana jauhnya kedua-dua tempat peristiwa atau tragedi ini berlaku,  tentulah ianya tidak mempengaruhi atau pun melibatkan kehidupan kita.  Tetapi oleh kerana dunia ini sudah mengecil,  maka apa yang berlaku itu memang menjejas kehidupan kita di sini.  Tambahan pula tragedi kecelakaan yang menimpa pesawat MH 17 memang melibatkan kita di negara ini,  kerana pesawat itu adalah kepunyaan kita,  dan sejumlah hampir 50 orang penumpangnya adalah rakan senegara kita.

Peristiwa yang berlaku di Gaza pula,  melibatkan rakan seagama kita.  Mereka hidup sentiasa dalam ketakutan,  dan penderitaan yang dialami mereka berulang tiap hari.

Kita memang terasa terharu dan sedih.  Dan dalam hal ini apakah yang perlu kita lakukan, dan bagaimanakah hendak kita hadapi susasana ini.  Apakah bantuan yang perlu kita beri dan sampaikan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Inilah persoalan yang perlu kita fikirkan … persoalan bagaimana hendak kita jadikan dunia ini lebih aman untuk didiami.

Mungkin semua ini adalah hasil sifat segelintir manusia yang lebih mengutamakan kuasa.  Mungkin kerana mereka kurang prihatin terhadap kesucian dan kemuliaan hidup.  Mungkin juga mereka lupa bahawa ada lagi KUASA yang lebih besar dari mereka.

Inilah intinya.  Inilah yang menyebabkan dunia hari ini tidak seaman yang kita harap dan cita-citakan.   Kita tidak tahu bilakah keadaan ini akan berakhir.  Kita juga tidak tahu bagaimana keadaan ini dapat dihapuskan sama sekali dari muka bumi ini.

Kita sebagai insan mulia yang berfikiran waras mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Julai 23, 2014 by in Renungan.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: