KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

MH 17: LAGI MENGENAI TRAGEDINYA DI AKHBAR ONLINE – 23 JULAI

KLIK TAJUK AKHBAR UNTUK BERITA LENGKAP

MH17: Sultan Selangor zahir rasa dukacita, sedih

RAWANG 22 Julai – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menzahirkan rasa dukacita dan sedih terhadap insiden yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Bertitah ketika merasmikan Masjid Kampung Sungai Serai di sini malam ini, baginda berdoa memohon Allah SWT memberi kekuatan dan ketabahan kepada anggota keluarga mangsa.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Pesawat MH17 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda) Khamis lepas dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.

Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab.   UTUSAN ONLINE

Kotak Hitam Dianalisa Di UK – Aziz Kaprawi

kotakKUALA LUMPUR: Kotak hitam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine tidak akan dibawa balik ke Malaysia untuk dianalisa.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, mengikut peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa  (ICAO), mana-mana kotak hitam yang ditemui perlu dibuka dan dianalisa secepat mungkin.

“Mengikut peraturan ia perlu dibuka secepat yang boleh. Tak wajar untuk kita simpan untuk bawa balik Malaysia dan kemudian nak hantar semula ke luar negara.

“Itu melanggar peraturan yang ditetapakan ICAO. Ia mesti dibuka dengan segera,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di sini, Selasa.

Mengulas lanjut, Ab Aziz berkata, lokasi paling hampir untuk menganalisa kotak hitam ialah di United Kingdom (UK).   mStar Online

MH17: Malaysia pertingkat usaha diplomatik

PUTRAJAYA: Malaysia mempertingkat usaha diplomatik dan menggunakan semua saluran bagi memastikan mayat mereka yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines, Penerbangan MH17 dikendali dengan baik serta dihantar ke negara asal secepat mungkin.

Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Othman Hashim, berkata negara kini bertungkus-lumus bekerjasama dengan kerajaan lain bagi memastikan mayat penumpang dan anak kapal terbabit dapat dikenal pasti sebelum dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa kementerian itu di sini hari ini.

Pesawat jenis Boeing 777-200 itu membawa 283 penumpang dari 10 negara dan 15 anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine pada Khamis.    BERITA HARIAN ONLINE

Pasukan penyiasat Malaysia terima mayat mangsa

imageKHARKIV – UKRAINE. Beberapa anggota Pasukan Siasatan Khas Malaysia menerima mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine, Khamis lepas.

Kesemua 282 mayat terbabit tiba di Kharkiv, kira-kira 500 kilometer dari Kiev, jam 12 tengah hari (waktu tempatan).

Ketua Pasukan Siasatan Khas Malaysia Khairil Hilmi Mokhtar mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun, petugas media rasmi tidak dibenar memasuki kawasan operasi di mana mayat terbabit akan dikenal pasti dan dipindah daripada kereta api yang dilengkapi bilik penyejuk meskipun menunggu lebih enam jam sejak jam 6 pagi.

Seorang pegawai kerajaan Kharkiv berkata kesemua mayat itu dibawa ke pangkalan tentera sebelum dihantar balik ke negara asal.   SINAR HARIAN ONLINE

Data kotak hitam tak boleh diubah

KOTAK hitam pesawat MH17. FOTO AFP

KOTAK hitam pesawat MH17. FOTO AFP

KUALA LUMPUR: Data dalam kad memori kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine pada Khamis, tidak boleh diubah atau ditambah.

Ketua Penyelidikan dan Inovasi Pesawat Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Prof Madya Kapt Dr Mohd Harridon Mohd Suffian berkata, data hanya boleh disembunyikan dengan mengasingkan beberapa data tertentu, namun ia masih boleh dikesan jika perkara itu berlaku.

“Sembunyikan data bukan bermaksud memadam maklumat di dalam memori kad tersebut, bagaimanapun apa yang boleh berlaku ialah sebahagian data telah diasingkan, disembunyikan.

“Kad memori juga tidak boleh ditukar kerana ia mempunyai nombor siri tersendiri yang sama dengan nombor pada kotak hitam tersebut dan boleh dikenal pasti melalui kilang yang mengeluarkannya,” katanya.

Mohd Harridon berkata, kotak hitam diletakkan dalam satu perkakasan khas iaitu ‘Crash Survivability Memory Unit (CSMU) yang mempunyai beberapa lapisan daripada aluminium tipis, silika dan titanium yang kuat dan tahan terhadap letupan pesawat.   myMetro Online

MH17: 18 Petugas DVI M’sia Bantu Proses Penghantaran Mayat Ke Amsterdam – Liow

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) — Malaysia menghantar 18 petugas pengecaman mangsa bencana (DVI) ke Kharkiv, Ukraine bagi membantu proses penghantaran mayat korban nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 ke Amsterdam, Belanda.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata mereka akan membantu proses penandaan dan pemindahan mayat ke pesawat tentera Belanda, C130 Hercules.

“Saya dimaklumkan bahawa pasukan forensik dan pasukan sokongan yang relevan kini terpaksa melakukan proses yang memakan masa beberapa jam sebelum mayat terbabit diterbangkan ke Amsterdam.

“Kita masih perlu tahu apa yang sebenarnya terjadi dan kita harap penyiasat akan menjalankan tugas mereka di lokasi nahas bagi menentukan perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mayat penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dibawa ke Kharkiv oleh sebuah kereta api dari Torez dan selamat tiba pukul 11 pagi waktu Ukraine (4 petang waktu Malaysia) pada Selasa.    BERNAMA ONLINE

Jangan bergantung kepada ICAO

KUALA LUMPUR – Mana-mana syarikat penerbangan termasuk Malaysia dinasihatkan supaya tidak bergantung sepenuhnya dengan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bagi memastikan laluan yang digunakan oleh sesebuah pesawat selamat daripada sebarang ancaman.

Pengerusi Persatuan Penerbangan Malaysia, Kapten Ab. Manan Mansor (gambar) berkata, tahap keselamatan sesuatu laluan penerbangan sepatutnya ditentukan dan dimaklumkan oleh negara yang terbabit.

Dalam kes tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 misalnya, beliau berkata, Ukraine yang bertanggungjawab mengeluarkan satu notis yang dikenali sebagai Notis Kepada Juruterbang (Notam).

“Status keselamatan mana-mana laluan yang dilalui seharusnya ditentukan oleh negara yang terlibat melalui Notam.

“Tugas ICAO adalah meluluskan sesuatu laluan yang telah dicadangkan oleh sesebuah negara bagi membolehkan ia dilalui oleh pesawat,” jelasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.   KOSMO ONLINE

Insurans perjalanan tidak meliputi tindakan keganasan

PETALING JAYA – Insurans perjalanan biasa, yang ditawarkan oleh kebanyakan syarikat penerbangan kepada penumpang, tidak memberikan perlindungan daripada peperangan dan keganasan.

Oleh itu, penumpang dinasihatkan supaya mempertingkatkan perlindungan mereka atau membeli insurans perjalanan yang khusus demi memastikan mereka dilindungi apabila kejadian-kejadian tersebut berlaku.

“Peperangan dan keganasan tidak dilindungi polisi insurans asas yang ditawarkan kebanyakan syarikat penerbangan”, kata seorang pegawai insurans penerbangan.

Pegawai itu juga berkata seperti dalam kes polisi insurans motor, di mana seseorang boleh mendapatkan perlindungan asas atau membayar tambahan premium untuk mendapatkan perlindungan daripada banjir dan kejadian-kejadian lain, beberapa polisi insurans perjalanan memberi pilihan supaya penumpang dilindungi daripada keganasan dan peperangan.   BERITA HARIAN SG ONLINE

Rusia tawarkan bantuan selidiki MH17

Foto satelit dari DigitalGlobe menunjukkan lokasi jatuhnya pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 di Ukraina, Minggu (20/7). (REUTERS/DigitalGlobe/Handout via Reuters)

Foto satelit dari DigitalGlobe menunjukkan lokasi jatuhnya pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 di Ukraina, Minggu (20/7). (REUTERS/DigitalGlobe/Handout via Reuters)

Moskow (ANTARA News) – Rusia, Selasa, mengatakan siap memberikan kerja sama penuh dalam penyelidikan internasional atas penembakan pesawat Malaysia setelah menyatakan dukungan atas resolusi Dewan Keamanan PBB mengenai penyelidikan atas kejadian tersebut.

“Rusia siap memberikan bantuan terpadu untuk penyelidikan, termasuk dengan menyediakan tenaga spesialis, yang dibutuhkan,” kata pernyataan Kementerian Luar Negeri Rusia.

DK PBB pada Senin dengan suara bulat mengecam jatuhnya pesawat Malaysia akibat ditembak dan meminta akses penuh ke lokasi kejadian, serta meminta semua negara untuk bekerja sama dalam penyelidikan.

Kemenlu Rusia mendukung resolusi tersebut karena “menekankan pentingnya penyelidikan internasional yang benar-benar independen dan tidak berprasangka”.

Rusia juga menyerukan gencatan senjata di sekitar lokasi kejadian dan pemberian jaminan akses bagi penyelidik dari OSCE dan organisasi internasional lain.   ANTARA NEWS ONLINE

Setelah Tragedi MH17,Masa Depan Malaysia Airlines Suram

mh17-crash-site3a-debris-from-malaysia-airlines-flight-mh17-on-data articleSetelah bencana MH17, hampir tidak ada kemungkinan Malaysian Airlines dapat bertahan, paling tidak dalam bentuknya yang sekarang.

Bahkan sebelum bencana bulan Maret terjadi dengan hilangnya secara misterius MH370, perusahaan induk Malaysian Airline System (MAS) sudah dalam posisi  finansial yang sulit, mungkin yang terburuk di kawasan, terus merugi dengan laju yang cepat sekali.

Setelah tragedi minggu lalu, ketika MH17 ditembak jatuh diatas Ukrania, nasib maskapai penerbangan itu menyedihkan.

Seandainya merger dengan AirAsia jadi dilakukan dua tahun lalu, Malaysian Airlines mungkin bisa beroperasi dengan nama lain dan keluar dari MAS.

Namun tentangan politik dan karyawan terhadap merger tersebut – yang dipandang sebagai pengambil-alihan oleh pendiri AirAsia Tony Fernandez – menyebabkan rencana itu batal setelah negosiasi selama hampir setahun.

Kini hanya ada dua opsi bagi maskapai penerbangan tersebut, yaitu dengan nasionalisasi total oleh Pemerintah Malaysia atau “dijual” kepada saingannya – tapi kelihatannya tidak mungkin ada calon pembeli yang bersedia membayar dengan harga pantas.   RADIO AUSTRALIA ONLINE

Tim ahli selediki pecahan pesawat MH17

Tim penyelidik Malaysia bersiap-siap masuk ke Stasiun Kereta Balachovka di Ukraina timur.

Tim penyelidik Malaysia bersiap-siap masuk ke Stasiun Kereta Balachovka di Ukraina timur.

Tiga tim ahli internasional telah tiba di lokasi puing-puing pesawat Malaysia Airlines yang ditembak jatuh pekan lalu di Ukraina timur.

Mereka tiba di lokasi kejadian setelah pasukan pemerintah Ukraina dan pasukan pemberontak setuju mentaati gencatan senjata, Selasa (22/07) di sekitar lokasi jatuhnya pesawat Malaysia Airlines dengan nomor penerbangan

Seorang anggota team pemantau dari Organisasi Keamanan dan Kerjasama Eropa (OSCE), Michael Bociurkiw, mengatakan kepada BBC bahwa pecahan pecahan pesawat telah dipotong-potong, mungkin agar jenazah bisa diambil.

“Kami mendapati pecahan-pecahan besar dan saya melihat sayap ekor serta bagian belakang pesawat terlihat berbeda dengan apa yang pernah kami lihat pertama kali. Dengan kata lain puing-puing ini sudah dipotong,” kata Bociurkiw.  BBC INDONESIA ONLINE

Bongkar Koper Korban MH17, Jurnalis Sky Minta Maaf

Tas-tas milik penumpang pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di wilayah Donesk, Ukraina, dikumpulkan di lokasi jatuhnya pesawat, 18 Juli 2014. AP/Dmitry Lovetsky

Tas-tas milik penumpang pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di wilayah Donesk, Ukraina, dikumpulkan di lokasi jatuhnya pesawat, 18 Juli 2014. AP/Dmitry Lovetsky

TEMPO.COJakarta – Jurnalis dari Sky News dikritik dan terancam dipecat setelah membongkar koper milik korban Malaysia Air dengan nomor penerbangan MH17 yang jatuh di timur Ukraina, Kamis malam, 17 Juli 2014. Peristiwa itu terjadi saat Colin Brazier melaporkan liputannya secara live.

Colin, yang berasal dari Inggris, kemudian meminta maaf melalui pernyataan pers pada Senin, 21 Juli 2014 karena tindakannya yang lancang, yaitu mengacak-acak barang pribadi milik seorang penumpang.

“Colin menyadari bahwa ini tidak pantas dilakukan dan berkata terus-menerus selama siaran berlangsung. Colin meminta maaf yang sebesar-besarnya atas pelanggaran ini,” kata juru bicara Sky News, seperti dilaporkan The Australian, Ahad, 20 Juli 2014.

Ceritanya dimulai saat Colin melakukan laporan langsung dari lokasi jatuhnya pesawat yang membawa 298 penumpang itu. Colin “menggeledah” sebuah koper yang terbuka dan mengangkat satu set kunci milik penumpang sebelum berkata, “Kita harusnya tidak boleh melakukan ini”.    TEMPO ONLINE

Pemberontak Ukraina Serahkan Kotak Hitam #MH17 ke Otoritas Malaysia

Seorang penyidik Malaysia (kiri) menerima sebuah kotak hitam saat kotak itu diserahkan oleh seorang pejabat Republik Rakyat Donetsk di kota Donetsk, Selasa (22/7/2014).

Seorang penyidik Malaysia (kiri) menerima sebuah kotak hitam saat kotak itu diserahkan oleh seorang pejabat Republik Rakyat Donetsk di kota Donetsk, Selasa (22/7/2014).

DONETSK, KOMPAS.COM — Separatis pro-Rusia di Ukraina timur, Selasa (22/7/2014), menyerahkan dua kotak hitam yang ditemukan di lokasi kecelakaan jet penumpang Malaysia Airlines MH17 kepada sejumlah pejabat Malaysia dalam sebuah konferensi pers.

Pada kesempatan itu, mereka juga mengumumkan gencatan senjata dalam radius 10 kilometer di sekitar lokasi kecelakaan demi memungkinkan para penyelidik internasional bisa dengan aman mengakses area luas di mana pesawat itu jatuh pada Kamis lalu.

“Kami telah memutuskan untuk menyerahkan kotak hitam kepada para pakar Malaysia,” kata Alexander Borodai, yang memproklamasikan diri sebagai Perdana Menteri Republik Rakyat Donetsk, kepada wartawan.

Tim pakar Malaysia dan perwakilan kelompok separatis itu kemudian menandatangani sebuah protokol sebelum kotak berwarna oranye cerah itu diserahkan.

“Atas nama Pemerintah Malaysia, saya berterima kasih kepada Pemerintah Republik Donetsk karena menyerahkan kepada kami dua kotak hitam yang merupakan milik Malaysia,” kata seorang anggota tim Malaysia tersebut.    KOMPAS ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Julai 23, 2014 by in Ehwal Semasa, Makluman, Renungan, Terkini.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: