KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

LAGI MENGENAI TRAGEDI MH 17 DI AKHBAR ONLINE – 24 JULAI

KLIK TAJUK AKHBAR UNTUK BERITA LENGKAP

MH17: Tiada Wang Tebusan Dibayar Dalam Rundingan Dengan Kumpulan Pemisah

Lt Kol Mohd Sukri Hussain (hadapan, dua, kanan) bersalaman dengan Alexander Borodai (kiri) selepas menerima dua kotak hitam milik MH17 di Donetsk pada Selasa. Foto KAMARUL ARIFFIN / THE STAR

Lt Kol Mohd Sukri Hussain (hadapan, dua, kanan) bersalaman dengan Alexander Borodai (kiri) selepas menerima dua kotak hitam milik MH17 di Donetsk pada Selasa. Foto KAMARUL ARIFFIN / THE STAR

KIEV: Tiada wang tebusan atau sebarang bayaran lain dibayar sepanjang rundingan tiga hari antara pasukan penyiasatan khas Malaysia dengan kumpulan pemisah, Republik Rakyat Donetsk, bagi mengambil mayat mangsa tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dan dua kotak hitam yang mengandungi alat-alat perakam data dan suara pesawat berkenaan.

Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Lt Kol Mohd Sukri Hussain, yang juga pemerintah pasukan perunding Malaysia, berkata dalam rundingan itu, ketua kumpulan pemisah Alexander Borodai tidak meminta apa-apa sebagai balasan dan hanya meminta Malaysia menjalankan siasatan.

“Beliau hanya mahu Malaysia mencari jawapan tentang apa sebenarnya yang berlaku terhadap pesawat itu,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata, kerajaan Ukraine juga memberi bantuan kepada pasukan perunding Malaysia untuk memastikan mereka dapat berjumpa dengan ketua kumpulan pemisah itu.    mStar Online

2 pesawat bawa mayat mangsa MH17 selamat mendarat di Eindhoven

EINDHOVEN, Belanda: Dua pesawat pengangkut tentera membawa 40 keranda mangsa nahas Malaysia Airlines MH17 mendarat di Eindhoven, Belanda.

Pesawat Hercules C-130 Belanda membawa 16 keranda manakala pesawat tentera C-17 Globemaster Australia membawa 24 keranda.

Kedua-dua pesawat itu berlepas dari Ukraine tengah hari tadi.

Hadir menanti ketibaan pesawat berkenaan di Pangkalan Udara Eindhoven ialah Raja Belanda, Willem-Alexander, Permaisuri Maxima, Perdana Menteri, Mark Rutte dan pegawai kerajaan.    BERITA HARIAN ONLINE

Jenazah mangsa disolatkan di masjid KLIA

KUALA LUMPUR – Jenazah penumpang dan anak kapal Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang beragama Islam akan disolatkan di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa.

Menyatakan demikian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jenazah berkenaan akan dibawa terus ke masjid itu sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

“Semua kenderaan jenazah telah disediakan secukupnya dan diselaraskan secara bersama oleh Jakim, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais),” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Jamil Khir berkata Perbadanan Putrajaya juga bersedia untuk menyediakan tempat pengkebumian di Presint 20 Putrajaya sekiranya ada permintaan.     SINAR HARIAN ONLINE

Umat Islam Pattani zahir simpati

FOTO AFP

FOTO AFP

Pattani (Selatan Thailand): Tragedi pesawat penerbangan MH17 Malaysia Airlines yang mengorbankan 298 nyawa di Timur Ukraine Khamis lepas turut mendapat simpati umat Islam di sini.

Semalam, lebih daripada 100 umat Islam dari tiga wilayah selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat membacakan doa khusus untuk mangsa MH17 pada Majlis Berbuka Puasa bersama Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Faizal Ghazali.

Mohd Faizal berkata, ini adalah kali pertama Pejabat Konsul Malaysia mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Selatan Thailand.

Beliau mengucapkan terima kasih atas simpati umat Islam di selatan Thailand terhadap kehilangan penerbangan MH370 sebelum ini dan tragedi MH17 yang terhempas di Ukraine.   myMetro Online

Aspek Keselamatan Pesawat Komersil Perlu Dikaji Semula

MH17KUALA LUMPUR (Bernama) — Tragedi pesawat MH17 milik Malaysia Airlines (MAS) yang dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai lalu benar-benar merobek jiwa seluruh rakyat Malaysia dan juga dunia.

Apa tidaknya, belum pun terungkai misteri kehilangan MH370 kira-kira empat bulan lalu, dunia sekali lagi dikejutkan dengan tragedi pesawat udara milik syarikat penerbangan negara, MAS, yang kali ini meragut 298 nyawa.

Pesawat Boeing 777-200 itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 pagi (waktu Amsterdam) 17 Julai ke Kuala Lumpur dan sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang, pada 6.10 pagi hari berikutnya.

Walau apa pun alasannya, tragedi ini jelas menunjukkan bahawa industri penerbangan khususnya komersil perlu mengambil iktibar dan mencari jalan untuk mempertingkatkan jaminan aspek keselamatan pesawat masing-masing.   BERNAMA ONLINE

KKM, PDRM ambil sampel DNA waris penumpang MH17

Sebahagian ahli keluarga kepada penumpang MH17 yang terhempas di timur Ukraine menunggu giliran diambil sampel DNA di Hotel Marriot, Putrajaya semalam.

Sebahagian ahli keluarga kepada penumpang MH17 yang terhempas di timur Ukraine menunggu giliran diambil sampel DNA di Hotel Marriot, Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) daripada ahli keluarga pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di Hotel Marriot di sini semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Forensik dan DNA) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner T. Nanarana Segaran berkata, setakat ini, sampel darah daripada 29 buah keluarga telah diambil bagi membantu pihak berkuasa melakukan proses pengecaman mayat warganegara Malaysia.

Menurut beliau, selain sampel darah, struktur gigi dan apa sahaja yang berkait rapat dengan badan mangsa-mangsa itu akan dianalisis bagi memudahkan proses pengecaman mayat-mayat mereka yang terkorban.

“Bagi sampel DNA melibatkan waris mangsa di negeri-negeri lain yang tidak datang ke Putrajaya, akan diuruskan Kementerian Kesihatan dan PDRM di negeri-negeri.   KOSMO ONLINE

KBRI Den Haag terima pemulangan korban MH17

Presiden Ukraina Petro Poroshenko (kanan) dan Duta Besar Belanda untuk Ukraina Kees Klompenhouwer   -  . (ANTARA FOTO/REUTERS/Valentyn Ogirenko/ox/14.)

Presiden Ukraina Petro Poroshenko (kanan) dan Duta Besar Belanda untuk Ukraina Kees Klompenhouwer – . (ANTARA FOTO/REUTERS/Valentyn Ogirenko/ox/14.)

Delft, Belanda (ANTARA News) – Kedutaan Besar Republik Indonesia di Den Haag, Belanda akan menerima jenazah korban kecelakaan pesawat Malaysia Airlines MH17 dari Kementerian Luar Negeri Belanda untuk dipulangkan ke Tanah Air, Rabu pukul 16.00 waktu Belanda (pukul 21.00 WIB).

“Duta Besar Indonesia untuk Belanda, ibu Retno Marsudi akan hadir dalam proses pemulangan tersebut yang dijadwalkan hari ini di bandara Eindhoven,” kata Koordinator Fungsi Protokoler dan Konsuler Vevie Damayanti di Delft, Belanda, Rabu.

Menurut dia, KBRI telah menghubungi sejumlah pihak baik yang berada di Belanda maupun Indonesia, yang anggota keluarganya menjadi korban kecelakaan pesawat tersebut.

Dia menambahkan pemulangan 60 jenazah korban MH17 yang jatuh di wilayah Ukraina pada Kamis (17/7) kali ini merupakan gelombang pertama.

“Peti jenazah yang akan tiba berjumlah empat puluh,” tambah Vevie.

Dari 298 korban kecelakaan pesawat tersebut, 12 di antaranya adalah warga negara Indonesia. Sementara korban terbanyak berasal dari Belanda, berjumlah 193 orang.  ANTARA NEWS ONLINE

KBRI Den Haag Terima Pemulangan Korban MH17

Sejumlah petugas berbaris saat mengikuti upacara sebelum mengangkut peti mati berisikan sisa jasad korban Malaysia Airlines MH17 - REUTERS

Sejumlah petugas berbaris saat mengikuti upacara sebelum mengangkut peti mati berisikan sisa jasad korban Malaysia Airlines MH17 – REUTERS

TEMPO.CO, Jakarta – Kedutaan Besar Republik Indonesia di Den Haag, Belanda, akan menerima jenazah korban kecelakaan pesawat Malaysia Airlines MH17 dari Kementerian Luar Negeri Belanda untuk dipulangkan ke Tanah Air, Rabu pukul 16.00 waktu Belanda (pukul 21.00 WIB).

“Duta Besar Indonesia untuk Belanda, ibu Retno Marsudi, akan hadir dalam proses pemulangan tersebut yang dijadwalkan hari ini di Bandara Eindhoven,” kata Koordinator Fungsi Protokoler dan Konsuler Vevie Damayanti di Delft, Belanda, Rabu.

Menurut dia, KBRI telah menghubungi sejumlah pihak, baik yang berada di Belanda maupun Indonesia, yang anggota keluarganya menjadi korban kecelakaan pesawat tersebut.

Dia menambahkan, pemulangan 60 jenazah korban MH17 yang jatuh di wilayah Ukraina pada Kamis (17 Juli 2014) kali ini merupakan gelombang pertama.   TEMPO ONLINE

Kokpit MH17 Terbelah Dua, Diduga Dipotong Kaum Separatis

Rob Stothard/Getty Images

Rob Stothard/Getty Images

Jakarta – Tim investigasi internasional yang mendatangi lokasi kecelakaan tragedi MH17 menemukan fakta mengejutkan. Kokpit pesawat Boeing 777-200 itu dalam kondisi terbelah dua.

Diduga kuat, terbelahnya bagian kokpit disengaja. Kalangan internasional menuding kelompok separatis pro-Rusia membelah bagian penting pesawat itu dengan gergaji mesin.

“Bagian penting pesawat tersebut, salah satu potongan utuh yang paling besar, sangat jelas sudah dibelah dua,” kata Michael Bociurkiw, juru bicara tim monitor international dari Organize for Security and Cooperation in Europe (OSCE), kepada USA Today, Rabu (23/7/2014).

Kokpit itu ditemukan di area yang sempat dilokalisir oleh kelompok separatis pro-Rusia tak lama setelah peristiwa penembakan. Akses bagi tim internasional baru dibuka setelah dua hari.   DETIK NEWS ONLINE

Bagaimana Najib ‘boleh’

KUALA LUMPUR: Pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, bahawa kerajaan Malaysia sudah mencapai tiga persetujuan penting dengan pemimpin yang menguasai wilayah lokasi nahas berhubung pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine dicapai melebihi kemampuan kuasa besar yang gagal melaksanakannya.

Demikian laporan akhbar terkemuka New York Times semalam.

Datuk Najib dalam sidang media yang disiarkan secara langsung awal pagi semalam berkata perjanjian dengan Ketua Pemisah Ukraine, Encik Alexander Borodai, membabitkan pengurusan mayat mangsa MH17 untuk dibawa dengan kereta api ke Kharkiv, bandar yang dikuasai pemerintah Ukraine.

Enam wakil Malaysia akan memantau pemindahan mayat-mayat terbabit di Kharkiv untuk diserahkan kepada jagaan Belanda.

Menerusi perjanjian itu, mayat dan wakil Malaysia akan dibawa menaiki pesawat Hercules C-130 ke Belanda untuk proses mengenal pasti identiti dan pengasingan mayat.

Sekiranya semua peserta menghormati perjanjian itu, ia merupakan kejayaan diplomatik bagi Malaysia.    BERITA HARIAN SG ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Julai 24, 2014 by in Ehwal Semasa, Komuniti, Makluman, Renungan, Terkini.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: