KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

LAIN-LAIN KISAH DI AKHBAR ONLINE – 24 JULAI

KLIK TAJUK AKHBAR UNTUK BERITA LENGKAP

Dua beradik dihalau ibu, bapa kelaparan

Kuala Terengganu: Dua beradik berusia lima dan tujuh tahun bukan sahaja ditemui kelaparan dan tidak terurus akibat dihalau ibu bapa, malah seorang daripada mereka turut memiliki beberapa kesan kecederaan lama disyaki akibat didera.

Kanak-kanak perempuan dan adik lelakinya itu ditemui seorang lelaki yang ternampak dua beradik itu di halaman rumahnya di Kampung Gong Kasim, Merchang, Marang, dalam keadaan menyedihkan pada jam 9 malam, Sabtu lalu.

Curiga melihat keadaan dua budak itu, lelaki mendekati mereka sebelum kedua-duanya mengaku sudah dua hari tidak pulang ke rumah kerana dihalau ibu bapa.

Lelaki itu membawa dua kanak-kanak itu ke Balai Polis Merchang. Polis mendapati kedua-dua mereka mengaku dihalau bapanya berusia 53 tahun dan isterinya yang juga rakyat Thailand, berusia 33 tahun.   BERITA HARIAN ONLINE

Cadbury: Panel syariah bebas pantau proses coklat

Panel Syariah Bebas: Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Zaharuddin Abd Rahman (dua, kiri) memberi penjelasan.  Foto Bernama-

Panel Syariah Bebas: Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Zaharuddin Abd Rahman (dua, kiri) memberi penjelasan. Foto Bernama-

SEBUAH panel syariah bebas telah dibentuk atas permintaan Cadbury Confectionary Malaysia bagi memantau secara lebih teliti proses penghasilan coklat syarikat itu bagi menghapus keraguan status halalnya.

Ketua Hal Ehwal Korporat Mondelez Malaysia, pengeluar produk berkenaan, Raja Zalina Raja Safran memberitahu pemberita hari ini, usaha memanggil panel syariah itu adalah langkah proaktif untuk meyakinkan kembali umat Islam terutama penggemar coklat Cadbury di negara ini.

Panel syariah bebas itu terdiri daripada Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadut; Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Zaharuddin Abd Rahman; pendakwah bebas Mohd Shukri Ali; dan Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Ma’amor Osman.    

Pada Mei lepas, satu laporan memetik Kementerian Kesihatan mengesan ‘porsin’ atau DNA khinzir dalam dua jenis coklat syarikat itu.

Bagaimanapun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kemudian menyatakan dua sampel produk itu diambil terus dari kilang disahkan tidak mengandungi DNA khinzir oleh Jabatan Kimia.  SINAR HARIAN ONLINE

Pengeksport Dinasihat Teliti Garis Panduan Baharu Halal Kanada – Matrade

matradeKUALA LUMPUR: Pengeksport Malaysia dinasihat supaya meneliti garis panduan baharu Halal di Kanada, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Menerusi kenyataannya, Matrade berkata, kerajaan Kanada memperkenal garis panduan baharu bagi pelabelan produk makanan Halal yang akan dikuatkuasakan mulai April 2016.

“Antara lain, garis panduan itu menetapkan label makanan, pembungkusan atau bahan iklan produk Halal perlu memasukkan nama penuh badan atau orang yang mengesahkan sijil Halal terbabit,” katanya.

Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia di Toronto Norzihan Mohd Zain berkata, menerusi pelaksanaan garis panduan baharu itu, pengguna dijamin bahawa makanan Halal terbabit sesungguhnya memenuhi piawaian badan pengesahan, selain membolehkan mereka memperoleh maklumat khusus mengenai sejauh mana makanan berkenaan memenuhi standard yang ditetapkan.  mStar Online

Waspada di 10 lokasi panas

Kuala Lumpur: Pengguna jalan raya diminta memberi perhatian lebih dan berwaspada melalui 10 lokasi jalan raya di ibu kota yang tersenarai lokasi panas berikutan sering berlaku kemalangan terutama pada Aidilfitri.

Lokasi itu ialah di Jalan Kepong, Jalan Cheras, Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Jalan Tun Razak, Jalan Kuching, Jalan Ipoh, Jalang Klang Lama, Jalan Ampang, Jalan Duta dan Jalan Sungai Besi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, Khirudin Drahman berkata pihaknya dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) akan melakukan rondaan di laluan itu selama 24 jam sehari bagi memastikan pemandu mematuhi peraturan jalan raya.   myMetro Online

Rehat setiap 2 jam memandu

SALLEH (kiri) menyampaikan beg cenderamata kepada seorang pemandu

SALLEH (kiri) menyampaikan beg cenderamata.

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang pulang bercuti pada hari raya tahun ini dinasihatkan supaya berhenti rehat pada setiap dua jam pemanduan untuk mengurangkan risiko terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Yang Dipertua Majlis Keselamatan Jalan Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Salleh Yusup berkata, pemanduan kereta selama dua jam secara berterusan akan menyebabkan seseorang itu berasa letih dan mengantuk.

“Kira-kira sejuta warga kota akan pulang ke kampung melalui semua lebuh raya utama. Keadaan ini akan menyebabkan kesesakan yang teruk dan kebanyakan pemandu yang terperangkap dalam kesesakan akan cepat letih.

“Oleh yang demikian, berehat setiap dua jam perjalanan adalah digalakkan untuk mengembalikan tenaga dan kesegaran badan,” katanya.

 KOSMO ONLINE

Umat Islam perlu bersatu dan utamakan ilmu – Rais Yatim

KUALA LUMPUR 23 Julai – Umat Islam di seluruh dunia digesa bersatu padu dan mengutamakan ilmu untuk kejayaan di dunia dan akhirat.

Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, penyatuan amat penting untuk kekuatan ummah sekali gus menepis penindasan dan ketidakadilan.

Jelasnya, penyatuan ummah kini yang dilihat semakin lemah dikhuatiri akan memberi ruang kepada anasir-anasir perosak membawa kemusnahan kepada agama Islam.

“Jika muslimin dan muslimat berpecah, kita akan mengalami keadaan yang menyedihkan seperti penindasan terhadap rakyat Palestin.

“Di Israel, cuma terdapat lapan juta orang manakala populasi umat Islam seluruh dunia melebihi 200 juta orang. Kita perlu bersatu untuk menjadi lebih kuat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan dan bantuan zakat kepada 26 orang pelajar di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), kampus Petaling Jaya di sini semalam.    UTUSAN ONLINE

Harga Daging di Palembang Mencapai Rp 130.000/ Kg

daging-_140715204616-361REPUBLIKA.CO.ID, PALEMBANG — Menjelang hari raya Idul Fitri 1435 H beberapa harga barang kebutuhan pokok pada beberapa pasar di Palembang mengalami lonjakan. Salah satunya adalah harga daging sapi yang sudah melambung tinggi.

Inspeksi mendadak (sidak) yang dilakukan petugas Dinas Peternakan Provinsi Sumatera Selatan (Sumsel), Rabu (23/7), menemukan adanya kenaikan harga pada daging sapi.

Kepala Dinas Peternakan Provinsi Sumsel Max Sulistyo mengungkapkan, dari hasil sidak pada beberapa pasar di kota Palembang harga daging sapi sudah mengalami kenaikan dari harga sebelum bulan Ramadhan.

Harga daging yang sebelum Ramadhan berkisar Rp 110.000/ kg, naik menjadi Rp 130.000/kg. Demikian hasil sidak yang dilakukan Petugas Dinas Peternakan Provinsi Sumatera Selatan di Pasar Sako dan Pasar Kuto.

“Menjelang Idul Fitri harga daging di pasar sudah mengalami kenaikan harga sebelumnya Rp 110.000/ kg naik menjadi Rp 120.000/ kg. Kami menemukan ada pedagang yang menjual dengan harga Rp 130.000/ kg untuk daging berkualitas baik,” kata Max Sulistyo.   REPUBLIKA ONLINE

Impor Gula Dihentikan Sementara

Ratusan petani tebu yang tergabung dalam Asosiasi Petani Tebu Rakyat Indonesia (APTRI) menggelar unjuk rasa di depan kantor Kementerian Perdagangan, Jakarta.   TEMPO/Subekti

Ratusan petani tebu yang tergabung dalam Asosiasi Petani Tebu Rakyat Indonesia (APTRI) menggelar unjuk rasa di depan kantor Kementerian Perdagangan, Jakarta. TEMPO/Subekti

TEMPO.CO, Jakarta – Menteri Perdagangan Muhammad Lutfi memutuskan untuk menghentikan importasi gula kristal putih hingga akhir tahun 2014. Musababnya, pemerintah sedang berupaya menstabilkan harga gula karena stok di dalam negeri masih melimpah.

“Sementara ini, menurut pengkajian kami, di Kementerian Perdagangan, semua impor akan distop untuk menstabilkan harga,” kata Lutfi saat ditemui di kantornya, Jumat, 11 Juli 2014.

Menurut Lutfi, masalah tata niaga gula ini memang harus diluruskan. Caranya, dengan bersama-sama memperbaiki neraca suplai dan permintaan gula dalam negeri. “Semua pemangku mesti arif, bijaksana, transparan, dan adil.”

Ia menyadari sejumlah petani telah mengajukan gugatan ke Pengadilan Tata Usaha dan Niaga (PTUN) terkait dengan izin impor gula kristal putih bagi Bulog. Termasuk gugatan ke Mahkamah Konstitusi soal penetapan harga patokan petani (HPP) untuk gula kristal putih yang dianggap merugikan petani   TEMPO ONLINE

WNI Jadi Terpidana Pertama Hukum Syariah Brunei

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan, Brunei.

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan, Brunei.

BANDAR SERI BEGAWAN, KOMPAS.com — Seorang warga negara Indonesia menjadi orang pertama yang dipidana menggunakan hukum pidana syariah di Brunei Darussalam.

Menurut harian The Brunei Times, pria Indonesia bernama Eko Sulistiono itu tertangkap basah tengah merokok pada saat bulan Ramadhan.

Seorang pejabat pengadilan, Hj Zuraina Dato Seri Hj Abd Rahman, mengatakan, Eko ditangkap setelah merokok pada siang bolong di bengkel mobil tempatnya bekerja. “Dia ditangkap polisi syariah pada 9 Juli lalu di kawasan Benkurang Masin,” kata Zuraina.

Setelah menjalani sidang, pada 21 Juli lalu Eko didakwa melanggar Undang-Undang Pidana Syariah 2013 Pasal 195 ayat 1. Akibatnya, dia dihukum denda 2.500 dollar AS atau lebih dari Rp 25 juta dan kurungan enam bulan.   KOMPAS ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Julai 24, 2014 by in Ehwal Semasa, Komuniti, Renungan.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: