KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

MENJELANG AIDILFIRTI – 26 JULAI

KLIK TAJUK AKHBAR UNTUK BERITA LENGKAP

‘Kempen’ lebih tegas didik pemandu cuai

Ketika ini berjuta-juta buah kenderaan sedang berasak-asak, bersesak-sesak di jalan raya. Tidak kiralah di jalan lebuh raya dan jalan persekutuan.

Majoritinya mahu sampai ke kampung halaman masing-masing bagi merayakan Aidilfitri yang kemungkinan disambut lusa.

Walaupun ada banyak jalan dan lebuh raya untuk sampai ke destinasi, pada musim perayaan sebegini pengguna sebenarnya tidak ada pilihan.

Ini disebabkan semua jalan alternatif atau ‘jalan potong’ dipenuhi kenderaan. Pemandu menjadi lebih kreatif bila dikepung kesesakan jalan raya. Mereka akan cuba mencari jalan lain dengan harapan dapat lari daripada kesesakan di jalan biasa. Mereka mula meredah jalan kampung, jalan tanah rancangan Felda, jalan sawah atau jalan pesisir pantai bagi melarikan diri daripada kesesakan lalu lintas.

Masalahnya orang lain pun berfikir dan berbuat perkara yang sama. Jalan alternatif sudah tidak menjadi jalan pilihan lagi kerana turut sesak dengan kenderaan.   UTUSAN ONLINE

12 juta warga Jakarta beraya di kampung

Penduduk Jakarta berpusu-pusu untuk menaiki kereta api di stesen Senen, Jakarta  -  AGENSI

Penduduk Jakarta berpusu-pusu untuk menaiki kereta api di stesen Senen, Jakarta – AGENSI

JAKARTA 25 Julai – Sekurang-kurangnya 12 juta warga Jakarta sudah meninggalkan kota ini, hari ini untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri bersama keluarga menyebabkan aliran lalu lintas di lebuh raya padat dengan kenderaan.

Jumlah orang ramai yang balik kampung tiga hari menjelang sambutan hari raya merupakan kelaziman khususnya bagi warga Jakarta.

Masih ada baki sejuta lagi warga Jakarta yang belum pulang kerana golongan ini memilih untuk pulang sama ada esok atau pada hari Ahad ini.

Di wilayah-wilayah lain di Indonesia, suasana yang sama semakin terasa dengan pelabuhan-pelabuhan utama dibanjiri orang ramai yang berpusu-pusu meninggalkan tempat mencari rezeki untuk kembali ke pangkuan keluarga.    

Menjelang ketibaan 1 Syawal yang dijangka disambut pada Isnin ini, pihak berkuasa menganggarkan 30 juta umat Islam di seluruh negara memilih menyambut hari raya di kampung halaman.    UTUSAN ONLINE

MH17: Kerajaan Negeri Batal Rumah Terbuka Aidilfitri

Kerajaan negeri turut mengambil keputusan membatalkan penganjuran rumah terbuka Aidilfitri. Gambar Hiasan

Kerajaan negeri turut mengambil keputusan membatalkan penganjuran rumah terbuka Aidilfitri. Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri turut membatalkan atau menangguhkan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri 2014, ketika negara diselubungi kesedihan dengan nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 43 rakyat tempatan.

Pembatalan atau penangguhan itu juga selaras dengan keputusan pembatalan Majlis Rumah Terbuka Anggota Jemaah Menteri Aidilfitri 2014 yang diumumkan pejabat Perdana Menteri, Khamis.

Kabinet juga bersetuju membatalkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia 2014 anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang dijadual diadakan di Rembau, Negeri Sembilan.

Walaupun seluruh negara sedang bersedih atas tragedi ini, umat Islam masih disyariatkan untuk meraikan Aidilfitri setelah sebulan mengerjakan ibadat berpuasa di bulan Ramadan dengan sempurna dan kembali ke jalan fitrah Ilahi.    mStar Online

Pengumuman hari raya diselaras seluruh negara sejak 31 tahun lalu

KUALA LUMPUR: Bagi umat Islam di negara ini terutamanya kanak-kanak, malam 29 Ramadan amat ditunggu-tunggu kerana pada malam itu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengumumkan tarikh 1 Syawal menandakan Aidilfitri.

Pengumuman itu yang dibuat bagi seluruh negara disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 31 tahun lalu.

Dalam temu bual dengan Bernama di sini, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berkata sebelum 1983, perisytiharan tarikh-tarikh penting umat Islam termasuk penentuan Ramadan dan Syawal tidak diselaraskan.

“Pernah berlaku sebuah negeri mengumumkan tarikh raya sehari lebih awal daripada negeri-negeri lain,” katanya menambah pada era tersebut tarikh berkenaan ditentukan menerusi pencerapan anak bulan di beberapa lokasi.

Bagi menangani masalah itu, beliau berkata pada 1983 raja-raja Melayu selaku ketua agama Islam negeri memutuskan penentuan tarikh-tarikh penting umat Islam dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong dan terpakai untuk semua negeri.    BERITA HARIAN ONLINE\

Diskaun tol 20% sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR – Pengguna Lebuh Raya Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) akan menikmati kadar diskaun tol sebanyak 20 peratus sempena sambutan perayaan Aidil Fitri tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulannya Zainudin A.Kadir berkata diskaun itu ditawarkan kepada pengguna di di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

Katanya, pengguna lebuh raya akan menikmati diskaun itu selama dua hari bermula 28 Julai dari pukul 6 pagi.

“Prolintas sekali lagi menawarkan diskaun tol kepada semua pengguna rangkaian lebuhraya Prolintas seperti lazimnya pada setiap perayaan utama. Pemberian diskaun ini termasuk di dalam aktiviti tanggungjawab sosial Prolintas,” katanya dalam satu kenyataan.   SINAR HARIAN ONLINE

Lebuh raya mula sesak

KUALA LUMPUR -Aliran trafik dari ibu negara ke arah utara dan selatan di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) sesak apabila hampir 1.5 juta kenderaan mula bergerak meninggalkan ibu kota semalam pulang ke kampung meraikan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada Isnin ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik PLUS berkata, trafik menghala ke utara dilaporkan bergerak perlahan dari Gopeng menuju Simpang Pulai akibat lori terbakar di kilometer 294.4 dan dari Terowong Menora ke Kuala Kangsar tengah hari semalam.   KOSMO ONLINE

Gorontalo gelar dua festival tahunan pada Ramadhan

Rusli Habibie (FOTO ANTARA/ Dhoni Setiawan)

Rusli Habibie (FOTO ANTARA/ Dhoni Setiawan)

Gorontalo (ANTARA News) – Pemerintah Provinsi Gorontalo menggelar dua festival tahunan di setiap penghujung Ramadhan yakni malam pasang lampu atau tumbilotohe dan lomba beduh.

Gubernur Gorontalo Rusli Habibie, Jumat, mengatakan Tumbilotohe merupakan tradisi warga Gorontalo di penghujung ramadhan. Dalam bahasa Gorontalo, “tumbilo” berarti pasang dan “tohe” berarti lampu.

Tradisi yang dikemas dalam festival ini menjadi daya tarik Gorontalo, karena pengunjung bisa menikmati jutaan lampu yang ada di setiap sudut kota, halaman rumah, lapangan, tepi jalan hingga di setiap bangunan kantor.

Lampu yang digunakan adalah botol berumbu yang diisi minyak tanah dan ditata sesuai keinginan warga seperti bentuk masjid, tulisan hingga kaligrafi.  ANTARA NEWS ONLINE

Lebaran Tak Lengkap tanpa Ketupat (3-habis)

Pedagang merangkai janur kelapa menjadi ketupat

Pedagang merangkai janur kelapa menjadi ketupat

Di Sumatra, ketupat biasanya disantap bersama kari atau gulai.

Dalam buku Pusaka Kuliner Nyonya Rumah, 1.200 Resep Masakan dan Kue Legendaris karya Julie Sutarjana disebutkan, ketupat pada dasarnya sama dengan lontong.

Hanya saja, cangkang yang digunakan untuk ketupat terbuat dari daun kelapa atau lontar. Sedangkan, lontong dibungkus dengan daun pisang kelutuk, kemudian disemat lidi.

Mengenai opor ayam, Julie menulis, sajian ini berbeda dari kari ayam. Opor ayam adalah kari yang berwarna putih dengan perpaduan rempah-rempah dan santan yang gurih. Opor ayam yang enak sangat dipengaruhi oleh kualitas bahan yang digunakan.

“Opor akan lebih nikmat bila menggunakan ayam kampung ketimbang ayam negeri dan akan lebih mantap bila menggunakan santan segar daripada santan kemasan.”   REPUBLIKA ONLINE

Kendaraan Bergerak Ke luar Jakarta

Kemacetan pada jam pulang kerja di Jalan Gatot Subroto, Kamis (24/7/2014)

Kemacetan pada jam pulang kerja di Jalan Gatot Subroto, Kamis (24/7/2014)

KARAWANG, KOMPAS.com — Pemudik yang ke luar Jakarta hari ini memadati sejumlah ruas di luar kota. Di Pintu Tol Cikopo, Cikampek, Karawang, Jawa Barat, antrean kendaraan sempat berhenti beberapa saat. Polisi menutup pergerakan kendaraan ke jalur pantai utara dan mengalihkan ke selatan lewat Subang. Arus kendaraan di Simpang Jomin sudah melebihi kapasitas jalan.

Pengalihan tersebut terjadi pada pukul 13.00 ketika volume kendaraan makin tinggi. Kepadatan kendaraan tersebut terjadi sejak dini hari sampai menjelang sore.

Sementara itu, jalur non-tol sama parahnya. Di ruas Johar- Ciranggon-Telaga Sari-Wadas- Cilamaya-Cikalong arus lalu lintas padat merayap. Pengguna sepeda motor dan mobil memadati ruas jalan. Kecepatan kendaraan maksimal 10 kilometer per jam. Sesekali, kendaraan berhenti karena harus antre.

Wakil Menteri Perhubungan Bambang Susantono mengatakan, hari ini memang puncak mudik seperti perkiraan sebelumnya. Pagi tadi, Bambang meninjau sejumlah simpul menggunakan helikopter.    KOMPAS ONLINE

Malam Ini, 137 Ribu Kendaraan Tinggalkan Jakarta

Suasana di gerbang tol Cikampek ramai oleh mobil pemudik, Kamis dini hari, 24 Juli 2014

Suasana di gerbang tol Cikampek ramai oleh mobil pemudik, Kamis dini hari, 24 Juli 2014

TEMPO.CO, Jakarta – Kementerian Perhubungan memprediksi, malam ini, sebanyak 137.385 kendaraan akan meninggalkan Jakarta. Kendaraan itu diperkirakan mulai bergerak dari pukul 15.30 hingga 23.59 WIB.

“Angka totalnya maksimal 10 persen lebih banyak dari kendaraan yang bergerak ke luar Jakarta pada H-3 Lebaran tahun lalu,” kata Kepala Seksi Perlengkapan Jalan Direktorat Jenderal Perhubungan Darat Kementerian Perhubungan, Dina Kusumahati Darmananta, di Posko Nasional Angkutan Lebaran Terpadu 2014 Kementerian Perhubungan, Jakarta, Jumat, 25 Juli 2014.

Menurut Dina, pada H-3 tahun lalu, total kendaraan yang keluar Jakarta sejumlah 253.549. Pada H-3 tahun ini, angka ini diprediksi meningkat maksimal 10 persen atau menjadi 278.903 unit. Sementara itu, sejak Jumat dinihari tadi hingga pukul 15.30 WIB, baru 141.518 kendaraaan yang meninggalkan Jakarta. Artinya, sisa kendaraan yang akan keluar sampai tengah malam nanti mencapai 137.385 kendaraan. “Paling sedikit meningkatnya 1-5 persen,” kata Dina.     TEMPO ONLINE

Jelang Lebaran, Jalanan Riyadh Dipadati Kendaraan ke Mekah dan Madinah

Jalanan di Riyadh (Foto: Arabnews)

Jalanan di Riyadh (Foto: Arabnews)

Jakarta – Memasuki 10 hari terakhir bulan Ramadan dan menjelang Idul Fitri jumlah jamaah yang datang ke Arab Saudi membludak. Jalan-jalan dari dan ke dua kota suci, Mekah dan Madinah dipenuhi oleh bus yang mengangkut para jamaah.

Lebih dari 150 bus di Riyadh dipenuhi oleh para jamaah umrah yang siap bertolak ke Mekkah dan Madinah pada Kamis, (24/7/2014). Tidak hanya dari Riyadh, jamaah umrah dengan jumlah besar juga akan bertolak ke tujuan yang sama dari Provinsi Timur Arab Saudi. Sementara itu, ribuan warga akan berpergian ke berbagai kota di penjuru negeri untuk menghabiskan Idul Fitri mereka besama keluarga.

Operator wisata lokal telah menaikkan harga paket umrah pada akhir pekan dari SR 90 menjadi SR 220 per jamaah dari Riyadh untuk mengantisiasi lonjakan permintaan. Hal ini bisa dimaklumi sebab puncak musim bertepatan dengan liburan musim panas tahun ini.   DETIK RAMADAN ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Julai 26, 2014 by in Ehwal Semasa, Makluman.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: