KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

KETIBAAN AIDILFITRI DI AKHBAR ONLINE

KLIK TAJUK AKHBAR UNTUK BERITA LENGKAP

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok

KUALA LUMPUR 27 Julai – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad malam ini.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Isnin, 28 Julai 2014,” katanya.

Tarikh itu ditetapkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara.   UTUSAN ONLINE

Hari Raya Idul Fitri Jatuh pada Senin, 28 Juli 2014

Menteri Agama Lukman Hakim Saifuddin memimpin Sidang Isbat Awal Syawal 1435 H di Kementerian Agama, Minggu (27/7/2014) malam

Menteri Agama Lukman Hakim Saifuddin memimpin Sidang Isbat Awal Syawal 1435 H di Kementerian Agama, Minggu (27/7/2014) malam

JAKARTA, KOMPAS.com – Pemerintah menetapkan 1 Syawal 1435 H atau Idul Fitri jatuh pada hari Senin (28/7/2014). Keputusan itu diambil dalam Sidang Isbat Awal Syawal 1435 H yang digelar di Kementerian Agama, Minggu (27/7/2014) malam.

“Kami tetapkan bahwa tanggal 1 Syawal 1435 H bertepatan dengan hari Senin, 28 Juli 2014 Masehi,” kata Menteri Agama Lukman Hakim Saifuddin.

Sebelum mengambil keputusan, Lukman mendengarkan paparan perhitungan hisab dari anggota tim rukyat Planetarium Jakarta, Cecep Nurwendaya. Berdasarkan hasil perhitungan metode rukyat dan metode hisab, posisi hilal di atas 3 derajat.   KOMPAS ONLINE

Lemang To’Ki Pelengkap Aidilfitri

lemang3BENTONG: Lemang yang dihasilkan daripada campuran pulut dan santan, kemudian dibakar di dalam buluh secara tradisional menggunakan arang dan kayu api adalah antara juadah wajib dinikmati apabila tiba musim perayaan, terutama Aidilfitri.

Bagi perantau yang sentiasa berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kota Baharu, Kelantan pastinya tidak asing dengan nama Lemang To’Ki Bentong yang terletak kira-kira 45 minit dari Plaza Tol Gombak.

Pengusaha Lemang To’Ki, Mazlan Ramli, 49, ketika ditemui di gerainya berkata, walaupun terdapat pelbagai produk segera di pasaran, lemang yang diperbuat secara tradisional masih menambat hati ramai kerana dikatakan rasanya yang enak serta tahan lebih lama.

Beliau berkata, proses pembuatan lemang iaitu merendam dan membasuh buluh, memarut kelapa, sehinggalah ke peringkat terakhir, persediaan membakar lemang itu dilakukan sendiri di gerainya.   mStar Online

Raya sehelai sepinggang

KEADAAN rumah yang hangus.

KEADAAN rumah yang hangus.

Banting: Disaat semua sedang sibuk menyediakan juadah berbuka terakhir Ramadan, lapan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka hangus dijilat api dalam kejadian di Ladang Batu, Tanjung Sepat, di sini, sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, rumah kampung itu hangus sama sekali, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting Mohd Jaslizad Jalil berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada jam 6.15 petang sebelum mengejarkan tiga jentera ke tempat kejadian.

“Api berjaya dikawal kira-kira 10 minit selepas jentera pertama sampai dan padam sepenuhnya pada jam 8.30 tadi.  myMetro Online

Zakat fitrah hendaknya pastikan sampai ke fakir miskin

Petugas membagikan zakat berupa beras saat buka bersama di Masjid Istiqlal, Jakarta Pusat, Minggu (27/7). (ANTARA FOTO/Vitalis Yogi Trisna)

Petugas membagikan zakat berupa beras saat buka bersama di Masjid Istiqlal, Jakarta Pusat, Minggu (27/7). (ANTARA FOTO/Vitalis Yogi Trisna)

Bandung (ANTARA News) – Zakat Fitrah hendaknya dipastikan sampai ke fakir miskin secara tepat sasaran, kata Ketua Forum Ulama Umat Indonesia (FUUI) KH Athian Ali Dai ketika dihubungi dari Bandung, Minggu.

“Zakat fitrah hendaknya sampai kepada fakir miskin, jangan lagi ada muslim memakan hak fakir atas nama amilin,” kata KH Atian.

Ia menyebutkan, zakat fitrah berbeda dengan zakat harta. Fitrah dibayarkan oleh kaum muslim yang memiliki makanan atau rezeki memiliki kelebihan rezeki pada Hari Raya Idul Fitri.

Ia menyebutkan zakat fitrah khas karena dilakukan pada Bulan Ramadhan, dengan maksud untuk meringankan mereka yang fakir untuk meringankan beban mereka pada saat Hari Raya Idul Fitri.   ANTARA NEWS ONLINE

Warga Muslim Melbourne Bersiap Sambut Lebaran

Selama Ramadan, jam buka supermarket khusus makanan Timur Tengah ini tutup lebih cepat. (Photo: Rama Adityadarma)

Selama Ramadan, jam buka supermarket khusus makanan Timur Tengah ini tutup lebih cepat. (Photo: Rama Adityadarma)

Umat Muslim di Melbourne, Australia, bersiap merayakan akhir Ramadan, Idul Fitri, yang akan berlangsung hari Senin (28/7/2014). Suasana penyambutan Idul Fitri mulai terlihat di daerah Brunswick dan Coburg di sepanjang Sydney Road, di Melbourne utara.

Dalam pemantauan ABC di sebuah supermarket halal yang terbilang besar di Sydney Road, Madina, setidaknya penjualan sudah meningkat dua kali lipat pada bulan ramadan ini. Tampak ramai pengunjung memborong berkilo-kilo daging mentah untuk diolah menjadi jamuan buka puasa ataupun guna merayakan Idul Fitri.

Menurut pemilik toko daging ini, salah satu favorit pelanggan pada periode Idul Fitri ini adalah tika atau potongan daging domba yang kemudian sering dipanggang dan disajikan bersama sayur-sayuran.

Tidak hanya belanja makanan, rupanya budaya muslim di Australia juga memiliki kebiasaan serupa ketika menyambut Idul Fitri yaitu berbelanja baju baru. Biasanya, pada periode mendekati Idul Fitri, toko perhiasan emas di sepantaran jalan yang memang banyak penduduk Muslimnya ini, dipadati oleh pengunjung yang ingin membeli perhiasan dan baju baru.    RADIO AUSTRALIA ONLINE

H-1 Lebaran, Monas Padat Pengunjung

Pengunjung naik delman melintas di depan Monas ketika libur Natal di Monas, Jakarta,

Pengunjung naik delman melintas di depan Monas ketika libur Natal di Monas, Jakarta,

TEMPO.CO, Jakarta – H-1 menjelang Lebaran, pengunjung Monumen Nasional (Monas) sangat ramai. Terlihat rombongan pengunjung mulai memadati kawasan Monas. “Jalan-jalan saja sambilnunggu buka puasa,” kata Sarah, 32 tahun, pengunjung Monas saat ditemui Tempo di Monas, Ahad, 27 Juli 2014.

Selain ramainya pengunjung, para pedagang kaki lima (PKL) juga mulai memadati kawasan Monas. Akan tetapi, para PKL hanya memadati dua lokasi. Di dekat pintu masuk parkir IRTI dan pintu masuk ke Tugu Monas. Para PKL menggelar aneka dagangan, seperti makanan, minuman, pernak-pernik Monas, baju, sandal, mainan, dan lainnya.

“Banyak pedagang yang masuk, saya juga ikutan masuk,” ujar Suciati, 36 tahun, penjual minuman di Monas. Menurut Suciati, baru beberapa hari mulai dagang di kawasan Monas lagi. “Baru 3 hari jelang Lebaran,” katanya. “Biasanya saya dagang di Parkir IRTI,” kata Suci. Suci kembali berdagang di kawasan Monas karena melihat pengunjung yang ramai. “Semoga laku,” katanya.   TEMPO ONLINE

Selamat tinggal Ramadan Kareem

SAAT-SAAT berbuka bersama keluarga pasti menjadi kenangan indah apabila Ramadan berakhir

SAAT-SAAT berbuka bersama keluarga pasti menjadi kenangan indah apabila Ramadan berakhir

ALHAMDULILLAH, kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Madinah al-Munawarah. Sedu dan sebak mengiringi sepanjang penerbangan meninggalkan Tanah Haram, bandar raya Baginda SAW setelah hampir tiga tahun bermukim di sana.

Banyak pengalaman yang telah kami lalui. Ia tersemat di dada, melekat di minda dan mudah-mudahan dapat pula dipanjangkan kepada khalayak pembaca dan seterusnya menjadi ilmu bermanfaat.

Di Madinah, kedatangan Ramadan seolah-olah merupakan bulan berhari raya. Mereka menyebut, Ramadan Kareem dan Ramadan Mubarak. Ia ditulis di kebanyakan kedai-kedai besar di kompleks beli-belah. Waktu bekerja dipendekkan, sekolah dan universiti bercuti.

Duhai wanita yang dikasihi Allah. Ramadan di Malaysia tidak banyak bezanya dengan 11 bulan yang lain. Hampir kebanyakan kita meneruskan rutin biasa ke pejabat, menghantar dan menjemput anak-anak ke sekolah dan menyediakan juadah makan malam (berbuka puasa).   KOSMO ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Julai 28, 2014 by in Ehwal Semasa, Komuniti, Renungan.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: