KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

LAGI MENGENAI TRAGEDI MH 17 DI AKHBAR ONLINE – 29 JULAI

KLIK TAJUK AKHBAR UNTUK BERITA LENGKAP

MH17: Tidak perlu tuding jari, serah kepada siasatan – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR 28 Julai – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap tidak ada mana-mana pihak yang menuding jari antara satu sama lain berhubung tragedi MH17.

Beliau berkata siasatan lanjut akan menentukan pihak sebenar yang terlibat dalam nahas membabitkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu.

“Saya rasa kecewa kerana tanpa penyelesaiannya, Amerika dan Eropah sudah mengenakan sekatan terhadap Rusia seolah-olah mereka mencari sebab untuk bertindak terhadap Rusia dan guna pristiwa malang ini untuk tujuan politik,” katanya.

Sambil mengakui sangat sedih dengan kejadian MH370 dan MH17, Dr Mahathir berkata kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku kepada pesawat komersial MAS.

“Kejadian MH17 merupakan jenayah sama ada dirancang atau tidak. Kita tak boleh terima salah tembak sebagai alasan”, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra Aidilfitri di Istana Negara di sini, hari ini.   UTUSAN ONLINE

MH17: Kotak Hitam Tunjuk Nahas Akibat Serpihan Roket – Pegawai Ukraine

Seorang lelaki berjalan dekat dengan serpihan bangkai pesawat MH17 di lokasi nahas dekat kampung Grabovo, Ukraine. Foto Reuters

Seorang lelaki berjalan dekat dengan serpihan bangkai pesawat MH17 di lokasi nahas dekat kampung Grabovo, Ukraine. Foto Reuters

KIEV (Ukraine): Kotak hitam milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine menunjukkan terdapat serpihan dari letupan roket yang menyebabkan nahas pesawat penumpang itu, kata seorang pegawai keselamatan Ukraine pada Isnin.

Penyiasat antarabangsa “menunjukkan bahawa data perakam penerbangan menunjukkan bahawa sebab bagi kemusnahan dan kemalangan pesawat itu apabila mengalami penyahmampatan letupan yang besar akibat letupan roket,” kata jurucakap Majlis Keselamatan dan Pertahanan Ukraine, Andriy Lysenko.

Data dari kotak hitam pesawat itu dianalisa di Britain selepas ia diserahkan kepada pegawai Malaysia oleh pemberontak pro-Rusia yang mengawal lokasi nahas MH17.

Kumpulan penyiasat yang mengetuai siasatan di Belanda enggan untuk mengesahkan maklumat terbaharu dari Kiev, dengan menyatakan bahawa mereka “sedang menunggu gambarAN lebih lengkap tentang apa yang telah berlaku.”   mStar Online

Insiden tembak jatuh MH17 mungkin sama seperti jenayah perang – PBB

KUALA LUMPUR: Insiden penembakan pesawat Malaysia Airlines MH17 ‘mungkin boleh disamakan dengan jenayah perang’, kata Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia, Navi Pillay.

Agence France-Presse (AFP) memetik Pillay sebagai berkata, PBB mengutuk “penembakan dasyat” pesawat penumpang Malaysia di wilayah yang dikuasai pemberontak yang mengorbankan kesemua 298 orang yang berada dalam pesawat dan mendesak penyiasatan “yang menyeluruh, berkesan, bebas dan tidak berat sebelah” dijalankan.

“Pencabulan undang-undang antarabangsa ini, dalam keadaan sekarang, mungkin boleh disamakan dengan jenayah perang.

Setiap usaha akan dilakukan untuk memastikan sesiapa yang melakukan pencabulan serius undang-undang antarabangsa termasuk jenayah perang akan di bawa ke muka pengadilan, tidak kira siapa mereka,” kata Pillay dalam satu kenyataan.   BERITA HARIAN ONLINE

Usik cebisan mayat: Jaga sensitiviti keluarga

imageKUALA LUMPUR – Pengamal media perlu bertanggungjawab ketika membuat liputan tragedi MH17 dan mengelak sebarang perbuatan yang boleh menggores hati anggota keluarga mangsa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata demikian sebagai mengulas kritikan warga siber terhadap seorang wartawan portal berita Malaysia yang dikatakan mencucuk cebisan dipercayai kulit mangsa tragedi MH17 di lokasi pesawat itu terhempas di timur Ukraine.

“Tak semestinya apabila media jumpa sesuatu di lokasi dikatakan itu adalah bahagian anggota mangsa dan sebagainya…,” katanya kepada Bernama selepas mengadakan kunjungan Aidilfitri di Wisma Bernama, hari ini.

Beliau juga berkata, media sepatutnya berkongsi kesukaran yang dialami pasukan penyiasat untuk mencari bukti terutama apabila lokasi kejadian terletak dalam kawasan yang dilanda konflik    SINAR HARIAN ONLINE

Malaysia masih runding gencatan senjata antara Ukraine, puak pemisah

UTRECHT (Belanda) 28 Julai – Kerajaan Malaysia kini sedang berunding dengan kerajaan Ukraine dan kumpulan pemisah, Republik Rakyat Donetsk, untuk mencapai gencatan senjata bagi memastikan laluan selamat untuk pasukan penyiasat antarabangsa memasuki lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Torez, timur Ukraine.

Ketua Pasukan Siasatan Khas Malaysia, Khairil Hilmi Mokhtar berkata kawasan gencatan senjata yang dirundingkan adalah berada dalam lingkungan kira-kira 35km di lokasi nahas MH17 yang terhempas pada 17 Julai lepas.

Beliau berkata rundingan gencatan senjata itu bertujuan untuk membolehkan pasukan penyiasat antarabangsa, yang terdiri daripada Malaysia, Belanda dan Australia, mendapatkan semula sisa-sisa mayat mangsa dan bangkai pesawat Boeing 777-200ER untuk siasatan.

“Casis pesawat telah berselerak di sekitar kawasan tragedi itu dan ini adalah cabaran untuk kumpulan penyiasat untuk melaksanakan tugas mereka,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini, Ahad.   UTUSAN ONLINE

Malaysia-Belanda akan Bahas Akses Penyelidik ke Lokasi MH17

Penyelidik Malaysia sedang memerika puing pesawat Malaysia Airlines MH17 yang jatuh di wilayah Ukraina

Penyelidik Malaysia sedang memerika puing pesawat Malaysia Airlines MH17 yang jatuh di wilayah Ukraina

REPUBLIKA.CO.ID, MALAYSIA – Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengatakan akan bertemu Perdana Menterti Belanda Mark Rutte pekan depan untuk membahas bagaimana mengamankan akses penuh bagi para penyelidik ​​le lokasi pesawat Malaysia MH17 jatuh.

Separatis pro-Rusia tetap mengendalikan daerah di timur Ukraina di mana Malaysia Airlines Boeing 777 dijatuhkan pekan lalu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, yang menewaskan 298 orang yang berada di dalam pesawat.

Najib membantu membuat kesepakatan dengan para pemimpin separatis untuk mengamankan kembalinya sisa-sisa para korban serta dua kotak hitam pesawat yang penting untuk menentukan apa yang terjadi pada saat penerbangan. Sekarang adalah waktunya, kata dia, untuk melanjutkan penyelidikan penuh.

“Prioritas saya sekarang adalah untuk memastikan bagian ketiga dari kesepakatan dihormati, dan bahwa penyelidik internasional diberikan akses penuh dan aman menuju situs. Ini akan membutuhkan kerja sama dari orang-orang mengendalikan lokasi kecelakaan dan angkatan bersenjata Ukraina,” katanya dalam sebuah pernyataan seperti dilansir Reuters, Sabtu (26/7).   REPUBLIKA ONLINE

38 peti jenazah korban MH-17 tiba di Belanda

Petugas berdiri di dekat peti jenazah korban jatuhnya pesawat Malaysia Airlines MH17 di dekat pesawat militer Belanda sebelum diberangkatkan ke Belanda di Bandara Kharkiv, Ukraina, Kamis (24/7)

Petugas berdiri di dekat peti jenazah korban jatuhnya pesawat Malaysia Airlines MH17 di dekat pesawat militer Belanda sebelum diberangkatkan ke Belanda di Bandara Kharkiv, Ukraina, Kamis (24/7)

Jakarta (ANTARA News) – Sebanyak 38 peti jenazah korban pesawat naas Malaysia Airlines MH-17, kembali tiba di bandar udara militer Belanda di Eindhoven yang diterbangkan dari Kharkiv Ukraina dengan menggunakan dua pesawat yakni C-130 Hercules Kerajaan Belanda dan Boeing C-17 Australia.

Sekretaris I Pensosbud, Danang Waskito kepada ANTARA di Jakarta, Senin menyebutkan penerimaan 38 peti jenazah tersebut dilakukan dalam prosesi penyambutan yang khidmat, dihadiri pejabat tinggi Belanda diantaranya Menteri Ekonomi Belanda, Henk Kamp, State Secretary of Social Affairs and Employment, Mrs. Jetta Klinsman, dan pejabat lainnya.
Hadir pula dalam acara penerimaan jenazah tersebut Menteri Luar Negeri Australia, The Hon Julie Bishop MP, serta perwakilan Negara asing dari negara korban, termasuk perwakilan KBRI Den Haag.
Ketigapuluh delapan peti jenazah tersebut kemudian dibawa dengan iringan mobil jenazah menuju Korporaal van Oudheusdenkazerne di Hilversum untuk kemudian akan dilakukan proses identifikasi jenazah.   ANTARA NEWS ONLINE

‘Lokasi nahas MH17 masih belum selamat’

Donetsk: Pertempuran sekitar kawasan nahas MH17 menghalang kehadiran pakar penyiasat antarabangsa hari ini walaupun Malaysia dan puak pemberontak sudah mencapai persetujuan bagi menempatkan polis antarabangsa di kawasan nahas.

Timbalan Ketua Organisasi Keselamatan dan Kerjasama misi pemantauan Eropah di Ukraine, Alexander Hug berkata, mereka menerima maklumat pertempuran masih berlaku di kawasan itu.

“Keadaan di sana masih belum selamat, jadi kami mengambil keputusan untuk bergerak esok pagi,” katanya

Kawasan wilayah timur Donetsk dan Luhansk masih bergolak berikutan tentera kerajaan Ukraine cuba mengusir puak pemberontak dari kawasan itu.   myMetro Online

Australia hantar kakitangan bersenjata ke tapak nahas MH17

Keadaan kawasan nahas MH17 pada 23 Julai 2014 di Donetsk. – Reuters

Keadaan kawasan nahas MH17 pada 23 Julai 2014 di Donetsk. – Reuters

SYDNEY, 27 Julai – Australia hari ini berkata ‘sebilangan’ kakitangan bersenjata akan memasuki tapak nahas MH17 minggu hadapan, tetapi menegaskan mereka adalah ‘pasukan tidak menimbulkan ancaman’ yang tidak diiringi oleh pasukan ketenteraan.

Australia dan Belanda mempersiapkan pasukan mereka sebelum kemungkinan pengerahan ke wilayah yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine untuk melindungi tapak nahas MH17 dan mencari mayat mangsa-mangsa dan bangkai pesawat.

Menteri Luar Julie Bishop berkata sesetengah pasukan Australia yang berada di tapak nahas itu akan bersenjata untuk melindungi penyiasat-penyiasat nahas, tetapi tidak menyatakan jumlahnya.

“Tumpuan utama ialah adanya penyiasat-penyiasat polis, mereka yang pakar dalam pengenalpastian mayat dan mereka yang pakar dalam penyiasatan, Belanda dan Australia pada tahap ini,” Bishop memberitahu penyiar Channel Ten, yang bercakap dari Amsterdam.   MEDIA PERMATA ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Julai 29, 2014 by in Ehwal Semasa, Komuniti, Makluman, Renungan.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: