KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

TRAGEDI MH 17 DI AKHBAR ONLINE – 01 OGOS

KLIK TAJUK AKHBAR UNTUK BERITA LENGKAP

MH17: Baki 80 Mayat Masih Di Lokasi Nahas

mh171CANBERRA: Menteri Luar Australia, Julie Bishop berkata, baki 80 mayat daripada 298 mangsa yang terbunuh dalam insiden pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 terhempas masih berada di lokasi nahas.

Bagaimanapun katanya, tindakan Rusia mungkin mengecewakan usaha polis Belanda dan Australia untuk mengumpul baki mayat mangsa nahas itu.

Dakwa Bishop, beliau kuatir Rusia mungkin menjadi dalang terhadap usaha menyekat akses pasukan polisi ke lokasi pesawat itu terhempas.

Bagaimanapun Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata mungkin terlalu awal untuk semua pihak membuat penilaian mengenai perkara itu.   mStar Online

Malaysia-Belanda berusaha ke lokasi nahas

NAJIB Tun Razak dan Rosmah Mansor meletakkan sejambak bunga di luar berek tentera di mana pakar-pakar forensik bertungkus lumus untuk mengenal pasti mayat mangsa nahas pesawat MH17  - AGENSI

NAJIB Tun Razak dan Rosmah Mansor meletakkan sejambak bunga di luar berek tentera di mana pakar-pakar forensik bertungkus lumus untuk mengenal pasti mayat mangsa nahas pesawat MH17 – AGENSI

THE HAGUE 31 Julai – Belanda dan Malaysia hari ini mengulangi komitmen untuk terus berusaha sedaya upaya bagi membolehkan pasukan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan nahas sekali gus memberi laluan kepada tenaga pakarnya melakukan tugas mereka.

Jaminan itu dinyatakan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte walaupun kedua-dua belah pihak secara serius mengambil kira kemungkinan pasukan penyiasat gagal mendapatkan akses dalam masa beberapa hari akan datang.

Tegasnya, usaha membawa balik mayat mangsa masih menjadi perkara utama bagi kedua-dua buah negara.

“Belanda telah diberikan tugas mengetuai urusan forensik dan membawa pulang mayat di peringkat antarabangsa.

“Kami berasa terhutang dengan negara yang warganya kehilangan nyawa dalam bencana berkenaan untuk melaksanakan tanggungjawab ini dengan secepat dan sebaik mungkin,” katanya.   UTUSAN ONLINE

Nahas MH17: Malaysia yakin dapat cukup bukti

Malaysia yakin mendapat bukti mencukupi bagi mendakwa dalang di sebalik tragedi MH17, sebaik pasukan antarabangsa selesai melakukan siasatannya.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata satu mayat lengkap daripada 227 beg mayat yang dihantar ke kem tentera Hilversum, Belanda, bagi proses pengesahan identiti, memadai bagi pasukannya menimbulkan kes.

Katanya, satu mayat mencukupi bagi membuat pendakwaan memandangkan penyiasat dilaporkan berdepan kesulitan mengumpul sisa mayat mangsa di lokasi nahas di Grabovo, Ukraine, berikutan pertempuran antara tentera Ukraine dengan kumpulan pemisah.

“Kita mahu membuktikan kes melampaui keraguan munasabah, bukan dipenuhi pelbagai kesamaran,” katanya.  BERITA HARIAN ONLINE

Kerajaan urus mayat mangsa tanpa waris terdekat

imageKUCHING – Urusan pengkebumian mangsa nahas penerbangan MH17 Malaysia Airlines yang tidak mempunyai waris terdekat akan diuruskan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim hari ini berkata, mayat mangsa nahas itu akan diuruskan mengikut adat dan agama masing-masing.

Mayat mangsa MH17 juga akan diberi penghormatan tertinggi apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di Sepang, katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di sini.

Bagaimanapun, beliau berkata urusan membawa pulang 43 mayat rakyat Malaysia yang menjadi mangsa nahas penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine mungkin mengambil masa.

Katanya, mayat-mayat terbabit hanya akan dibawa pulang selepas segala urusan mengenal pasti identiti mayat dan forensik selesai dilakukan oleh pihak berkuasa di Amsterdam, Belanda.   SINAR HARIAN ONLINE

Beritahu penumpang laluan penerbangan: Abbott

Australia: Perdana Menteri Australia Tony Abbot menyeru syarikat penerbangan memaklumkan kepada penumpang mereka mengenai laluan penerbangan atas zon perang namun menentang permintaan Kesatuan Pekerja Pengangkutan (TWU) untuk mengambil pendekatan preskriptif bagi memaksa Qantas melangkau Iraq.

TWU meminta kerajaan supaya memaksa semua penerbangan yang didaftarkan dengan Australia serta pesawat yang keluar masuk dari negara itu supaya menyusun semula laluan penerbangan bagi mengelak kawasan konflik selepas kejadian pesawat MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine.

Qantas yang juga satu daripada penerbangan komersil melalui Iraq untuk ke Eropah menyatakan bahawa tidak ada maklumat yang mencadangkan terdapat risiko kepada pesawat komersil yang merentasi Iraq pada ketinggian pesawat itu terbang.

Abbot turut menggambarkan kerajaan tidak mungkin akan mengambil tindakan seperti disarankan TWU, sebaliknya menyeru sistem penerbangan bersikap telus.   myMetro Online

Ukraina Izinkan Belanda dan Australia Kirim Polisi ke Lokasi MH17

Sekelompok orang mengenakan seragam militer berada di jalan dekat puing pesawat Malaysia Airlines

Sekelompok orang mengenakan seragam militer berada di jalan dekat puing pesawat Malaysia Airlines

KIEV, KOMPAS.com — Parlemen Ukraina, Kamis (31/7/2014), meloloskan sebuah undang-undang khusus yang mengizinkan Belanda dan Australia mengirimkan sebanyak 950 polisi bersenjata untuk mengamankan lokasi jatuhnya Malaysia Airlines MH17 di Ukraina timur.

Dengan keputusan ini maka Australia sudah siap mengirimkan pasukan elite kepolisian untuk melindungi tim investigasi yang akan mencari sisa-sisa jasad korban di lokasi tragedi itu.

Keputusan parlemen Ukraina itu muncul di tengah kabar militer Ukraina mengumumkan gencatan senjata selama 12 jam, khususnya di sekitar lokasi jatuhnya MH17, menyusul pernyataan PBB yang menyebut tim penyelidik MH17 belum mendapat perlindungan.

Sementara itu, di kota Donetsk yang dikuasai pemberontak tampaknya gencatan senjata tak terjadi. Suara ledakan masih terdengar di luar kota dan baku tembak masih terus berlangsung di sekitar lokasi jatuhnya pesawat terbang.   KOMPAS ONLINE

DVI Polri Masih Identifikasi Jasad Penumpang MH17 di Belanda

Puing-puing MH-17 (reuters)

Puing-puing MH-17 (reuters)

Jakarta – Tim Disaster Victim Identification (DVI) masih melakukan identifikasi jasad warga negara Indonesia yang menjadi korban MH 17 yang jatuh diroket di wilayah konflik Ukraina beberapa waktu lalu.

Direktur Eksekutif DVI Kombes Anton Castilani mengatakan, sampai dengan sore kemarin sudah 126 coffins (peti mati) yang telah dibuka, dan telah dilakukan 243 pemeriksaan posmortem terhadap 62 jasad utuh dan 181 jasad tidak utuh.

Sementara hari ini sudah dilakukan pemeriksaan terhadap 31 peti mati dan dilakukan 70 pemeriksaan posmortem, 11 jasad utuh dan 59 jasad tidak utuh.

“Masih sisa 100 coffins tersimpan di refrigerator, diharapkan dapat diselesaikan dalam 4 hari,” kata Anton saat berbincang dengan detikcom, Kamis (31/7/2014).   DETIK NEWS ONLINE

Para ahli internasional capai lokasi MH17

Konvoy rombongan OSCE melewati pos tentara Ukraina

Konvoy rombongan OSCE melewati pos tentara Ukraina

Para ahli internasional akhirnya bisa mencapai lokasi puing pesawat MH17 yang jatuh di Ukraina setelah pemerintah secara khusus menghentikan operasi militer untuk satu hari.

Konvoi kendaraan para ahli dari Organisasi Keamanan dan Kerja Sama Eropa, OSCE, tiba bersama empat ahli Australia dan dua ahli forensik Belanda.

Pertempuran tentara pemerintah Ukraina dan pemberontak membuat para ahli tertahan selama sepekan untuk ke lokasi.

Sebuah tim Malaysia yang terdiri dari 68 petugas polisi juga sudah tiba di Kiev, ibukota Ukraina, untuk turut membantu penyelidikan, kata Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, yang berada di Belanda untuk bertemu mitranya, PM Mark Rutte.

Dalam kecelakaan Malaysia Airlines itu, Belanda kehilangan 193 warganya, sementara Malaysia kehilangan 43 orang, dan Australia kehilangan 27 warganya.

Polisi dan ahli forensik Belanda dan Australia akan terlebih dahulu memusatkan perhatian pada upaya menemukan jenazah yang tersisa dan mengumpulkan milik para korban.  BBC INDONESIA ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Ogos 1, 2014 by in Ehwal Semasa, Komuniti, Renungan.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Ogos 2014
M T W T F S S
« Jul   Dec »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: